Oleh: Datuk Omar Mustapha Ong

Pernah satu ketika dulu tersiar dengan terang-terang di muka depan sebuah akhbar mengambarkan hasrat dan pendirian
Bekas Perdana Menteri Singapura, Mendiang Lee Kuan Yew dan di bawah ini terjemahan dari petikan akhbar tersebut…Masihkah Melayu leka?

“SAYA MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA? HANYA JIKA IA AKAN MENGUNTUNGKAN NEGARA SECARA KESELURUHAN,” KATA LEE KUAN YEW

SINGAPURA – Perdana Menteri, Encik Lee Kuan Yew, berkata hari ini beliau ingin menjadi Perdana Menteri Malaysia hanya jika ia memberi manfaat kepada Malaysia secara keseluruhan. Encik Lee memberitahu sidang akhbar di sini bahawa beliau berpendapat seorang Melayu perlu menjadi Perdana Menteri sekurang-kurangnya untuk beberapa tahun lagi.

Petikan akhbar The Straits Times ketika Singapura menjadi sebahagian dari Malaysia antara 1963-1965 sewaktu negara mempunyai dua pemimpin politik yang bergelar Perdana Menteri: Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia dan Encik Lee Kuan Yew, Perdana Menteri Singapura.

Terang terang mendiang Lee Kuan Yew memberi tempoh hayat kepada Tunku sebelum beliau sendiri mengambil alih jawatan Perdana Menteri Malaysia. Sekurang kurangnya mendiang menyatakan hasrat secara terbuka. Terima tidak terima soal lain. Akhirnya pemimpin dan rakyat Melayu membantah dengan lantang dan Singapura diberi kata putus untuk berpisah dan meninggalkan Malaysia.

Zaman sekarang, visi, misi dan gerakan Malaysian Malaysia berselindung dan bernaung di bawah nama Kerajaan Perpaduan. Yang zahir cuma kata kata indah dan wacana yang mengalihkan perhatian.

Lebih baik berdepan singa di tengah padang daripada ular di dalam rumput. Tahu tahu ular dah masuk rumah!

Previous articleAhli kelab IOI City Mall Putrajaya Kagum dengan menu di Restoran Rasa Rosz!
Next articlePenantian Marsha, Nadeera berakhir di AJL39

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here