Oleh : Nafsiah Jani
Bertuah sungguh sesiapa yang menjadi ahli kelab IOI City Mall Putrajaya. Selain menikmati pelbagai faedah yang ditawarkan, mereka juga berpeluang makan pada harga istimewa di Restoran Rasa Rosz yang terletak di lot L3-210, Level East Wing di IOI City Mall Putrajaya.
Baru-baru ini telah berlangsung sebuah majlis penuh santai bagi ahli-ahli kelab IOI City Mall Putrajaya untuk merasai dan mencuba sendiri keenakan makanan serta minuman pada harga yang cukup berpatutan. Kebanyakan mereka yang datang cukup kagum dengan menu yang dihidangkan serta harga yang ditawarkan.

Pemilik Restoran Rasa Rosz, Datuk Sri Rozita Ramelan berkata, buat masa ini IOI City Mall Putrajaya mempunyai seramai 200 ribu orang ahli kelab namun yang betul-betul aktif setakat ini hanya 20,000 orang sahaja.
“Kami akan bekerjasama dengan IOI City Mall bagi menarik lebih ramai pelanggan untuk mendaftar menjad ahli kelab. Bila mereka sudah mendaftar ada pelbagai keistimewaan yang akan mereka nikmati antaranya diskaun makan di Restoran Rasa Rosz dan mendapat maklumat awal mengenai segala bentuk tawaran Restoran Rasa Rosz.

“Tempat baru, jadi kita kena bagi mereka merasai sendiri keenakan dan kelazatan menu yang kami hidangkan. Kami sentiasa mengadakan promosi antaranya set istimewa sambutan Tahun Baharu Cina, promosi ramadan, promosi cuti sekolah dan lain-lain lagi. Itu sebabnya kami adakan majlis `testing food’ Restoran Rasa Rosz pada hari ini buat ahli-ahli kelab tersebut.
“Bukan itu saja, bila mereka sudah berdaftar sebagai ahli dan kebetulan waktu mereka makan jatuh pada hari jadi dan kami akan memberi hadiah berupa dessert atau minuman untuk mereka nikmati secara percuma.”


Sementara itu Faezah Yasmin Tan Sri Mustafa seorang ahli kelab baru IOI City Mall Putrajaya ketika ditemui pada majlis tersebut menyatakan keterujaannya menikmati makanan Restoran Rasa Rosz pada hari tersebut.
“Saya suka laksa tunanya…memang sedap dan rasanya lain dari yang lain. Kalau mereka yang tak makan ikan tuna jangan risau kerana rasanya memang sedap. Begitu juga dengan Spaghetti Buttermilk Chicken Katsu, sedap kerana kuahnya cukup lemak berkrim. Memang saya akan datang semula untuk menikmatinya lagi bersama keluarga saya selepas ini.”

Bagi yang ingin mengetahui setiap hidangan di Restoran Rasa Rosz cuba ikuti Instagram @rasaroszresto, facebook dan tiktok RasaRosz. Platform ini juga menampilkan banyak konten yang menarik berkaitan menu-menu di Restoran Rasa Rosz, cara penyediaan makanan, video bersama cef dan artis-artis yang pernah menikmati hidangan di sini.
Antara menu terkini Restoran Rasa Rosz ialah Spaghetti Buttermilk Chicken Katsu, Mushroom, Spaghetti Basil Pesto, Spaghetti Creamy Carbonara dan Fettucini Rendang Daging yang merupakan gabungan citarasa Asia, Eropah, Jepun dan Itali yang bersesuaian dengan citarasa rakyat Malaysia.

Untuk set nasi pula terdapat Nasi Ayam Krispy Buttermilk, Nasi Gulai Kawah Tulang, Daging atau ayam skewer,Chicken Wing bersama dua pilihan sos sambal madu ataupun Buttermilk.
Selain menu-menu baru, Restoran Rasa Rosz masih mengekalkan lebih 40 jenis menu masakan tradisional dan fusion yang sedia ada. Antara menunya adalah Mi Racun Tulang, Soto Ayam Terapung, Lontong Goreng, Pasta Asam Pedas Fettucini, Nasi Goreng Belacan Daging Tenderloin, Nasi Goreng Tomyam Ketam, Nasi Ayam Ratu Tumis, Ayam Masak Lemak Cili Padi, Asam Pedas Tulang, Fried Bao Bao dan banyak lagi.

Sambil bersembang anda boleh menikmati minum petang seperti suasana di kampung dengan hidangan lempeng bersama kari ayam, lempeng pisang besama kelapa. cucur udang, cucur kakiage, pisang goreng bersama ice cream, milky peach ataupun ice sea coconut longan.
Hidangan ini sangat enak jika dinikmati bersama teh tarik, matcha latte gula Melaka sejuk dan panas, terdapat juga minuman panas matcha latte dan matcha latte gula Melaka float, Ais Kacang (Classic), Ais Kacang (Special) yang dihiasi ice cream diatasnya dan Ais Kepal Milo.

Jika inginkan kelainan ketika menikmati hidangan petang, cubalah nikmati air terbaru Peach Laici. Gabungan rasa peach dan laici yang unik dan menarik ini turut dimasukkan biji selasih bagi menyegarkan tubuh dan baik untuk kesihatan. Selain Peach Laici, air yang begitu sedap dan menyejukkan antaranya Epal Asam Boi, Sweet Splash, Calamansi Asam Boi, Tembikai Laici, dan Iced Chocolate.
Restoran Rasa Rosz di IOI City Mall ini juga turut menyediakan lebih 13 jenis menu baru menu pemakanan sihat yang berasaskan sayur-sayuran sesuai untuk mereka yang ingin berdiet. Malah Restoran Rasa Rosz ini memang sesuai untuk hidangan seisi keluarga kerana segala-galanya ada di sini.

Antara makanan sihat yang lain termasuk Asam Pedas Siakap, Laksa Spaghetti Tuna, Ayam Panggang Mushroom, Awesome burger iaitu Burger Ayam Krispy bersama salad dan lain-lain lagi. Menu-menu baru ini juga ada tambahan dari segi bahan masakan dan premium dalam setiap hidangan.
Restoran Rasa Rosz dibawah naungan Syarikat Rasa Rosz Sdn. Bhd. ditubuhkan sejak tahun 2018 sehingga kini. Bermula dengan pengeluaran produk Ratu Tumis dan kerjasama dengan kedutaan Thailand bagi membawa masuk produk M-SHROOMS yang halal dari Thailand.

Rasa Rosz juga menghasilkan Sambal Ready To Eat, perencah serbaguna Lazzat, sambal belacan dan pelbagai lagi jenis pes masakan yang berkualiti tinggi untuk pasaran tempatan dan antarabangsa yang begitu mendapat sambutan. Mulai Mac ini sambal keluaran Rasa Rosz akan berada di semua 2600 outlet 7Eleven di seluruh Semenanjung.
Bagi yang ingin meraikan hari teristimewa bersama tersayang atau datang secara berkumpulan, kunjungilah Restoran Rasa Rosz di Lot G-05-06, AEON Big, Wangsa Maju, Kuala Lumpur atau hubungi 013-8082772 (call/ whatsapp). Manakala untuk tempahan Restoran Rasa Rosz, lot L3-210, Level East Wing di IOI City Mall Putrajaya yang dibuka setiap hari dari jam 11 pagi hingga 10 malam bolehlah hubungi 012-8217714.


Nafsiah Jani adalah seorang wartawan hiburan. Beliau pernah menulis di Utusan Malaysia, majalah URTV, Wanita dan Saji terbitan Utusan Karya.