Oleh: Datuk Omar Mustapha Ong

Saya percaya impian YB. Chow Yu Hui Ahli Parlimen Raub yang muda lagi bertenaga ini sebenarnya jauh lebih besar daripada yang beliau zahirkan.

Ramai yang mungkin lupa atau tidak tahu sejarah bahawa pernah satu ketika dahulu Malaysia ada dua Perdana Menteri serentak dalam satu masa.

Pada bulan September 1963, Malaysia menjadi satu-satunya negara di dunia yang mengiktiraf dua pemimpin tertinggi politik dengan gelaran Perdana Menteri: Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia dan Lee Kuan Yew, Perdana Menteri Singapura.

Saya percaya tanpa disebut secara terbuka YB Raub dan semua yang sealiran dengannya mahukan pisang berbuah buah dua kali. PM1 jaga Islam PM2 jaga bukan Islam.

Mendiang Lee Kuan Yew tidak bersetuju untuk dikenali sebagai Ketua Menteri Singapura seperti mana ketua ketua kerajaan negeri Sabah dan Sarawak yang bergabung dengan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia pada waktu itu.

Mendiang tegar mahu perjuangkan kesamarataan semua rakyat Malaysia dalam kerangka Malaysian Malaysia beliau. Singapura akhirnya disingkirkan dan meninggalkan Malaysia dua tahun kemudian pada Ogos 1965 dan Lee Kuan Yew kekal sebagai Perdana Menteri Singapura selama 25 tahun lagi.

Saya teringat pesanan ahli falsafah Sepanyol-Amerika George Santayana: Mereka yang lupa sejarah yang lalu akan dihukum untuk mengulanginya.

Jangan sampai yang buta kehilangan tongkat.

Previous articleSelamat Menyambut Nisfu Syaaban 2025/1446H
Next articleAdi Putra tidak suka hampakan permintaan orang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here