Oleh: Nafsiah Jani

Sempena cuti sekolah ini, kedua-dua Restoran Rasa Rosz di IOI City Mall Putrajaya dan Restoran Rasa Rosz di AEON Big, Wangsa Maju turut menawarkan harga promosi School Holiday Promo set berharga RM16 untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah dari 21 hingga 31 Disember ini.

Tawaran ini untuk menu pilihan antaranya Chicken Maryland, Spaghetti Creamy Carbonara Mushroom dan Spaghetti Bolognese. Setiap pembelian makanan turut mendapat pilihan air sama ada Milo Ais ataupun Ribena Ais.

Spaghetti Creamy Carbonara Mushroom yang lazat.

Jadi jangan lepaskan peluang ini untuk membawa anak-anak anda merasai keenakan dan kelazatan menu yang terdapat di Restoran Rasa Rosz. Manakala ibu bapa yang datang juga masih dapat menikmati potongan sebanyak 5% sempena pembukaan cawangan kedua ini sehingga 30 Disember ini.

Restoran Rasa Rosz di IOI City Mall ini juga turut menyediakan lebih 13 jenis menu baru menu pemakanan sihat yang berasaskan sayur-sayuran sesuai untuk mereka yang ingin berdiet. Malah Restoran Rasa Rosz ini memang sesuai untuk hidangan seisi keluarga kerana segala-galanya ada di sini.

Spaghetti Bolognese yang begitu mendapat sambutan

Selain rasa yang cukup enak dan menyelerakan, gaya hidangan juga turut membuat anda terpesona untuk terus menikmatinya. Setiap menu pula dijual pada harga yang cukup berpatutan jika dibandingkan dengan restoran lain di IOI City Mall. Harga setiap menu dijual pada harga yang sangat berpatutan, hidangan yang lazat dan makan dalam suasana yang santai.

Antara makanan sihat yang lain termasuk Asam Pedas Siakap, Laksa Spaghetti Tuna, Ayam Panggang Mushroom, Awesome burger iaitu Burger Ayam Krispy bersama salad dan lain-lain lagi. Menu-menu baru ini juga ada tambahan dari segi bahan masakan dan premium dalam setiap hidangan.

Chicken Maryland yang sungguh enak.

Bagi yang ingin mengetahui setiap hidangan di Restoran Rasa Rosz cuba ikuti Instagram @rasaroszresto, facebook dan tiktok RasaRosz. Platform ini juga menampilkan banyak konten yang menarik berkaitan menu-menu di Restoran Rasa Rosz, cara penyediaan makanan, video bersama cef dan artis-artis yang pernah menikmati hidangan di sini.

Antara menu terkini Restoran Rasa Rosz ialah Spaghetti Buttermilk Chicken Katsu, Spaghetti Basil Pesto, Fettucini Rendang Daging dan Cucur Kakiage yang merupakan gabungan citarasa Asia, Eropah, Jepun dan Itali yang bersesuaian dengan citarasa rakyat Malaysia.

Manakala Spaghetti Buttermilk Chicken Katsu ini adalah salah satu daripada tiga pasta baru yang diketengahkan selain Spaghetti Creamy Carbonara Mushroom dan Spaghetti Basil Pesto. Untuk set nasi pula terdapat Nasi Ayam Krispy Buttermilk, Nasi Gulai Kawah Tulang, Daging atau ayam skewer,Chicken Wing bersama dua pilihan sos sambal madu ataupun Buttermilk.

Milo Ais yang menyengarkan.

Selain menu-menu baru, Restoran Rasa Rosz masih mengekalkan lebih 40 jenis menu masakan tradisional dan fusion yang sedia ada. Antara menunya adalah Mi Racun Tulang, Soto Ayam Terapung, Lontong Goreng, Cucur Udang, Pasta Asam Pedas Fettucini, Nasi Goreng Belacan Daging Tenderloin, Nasi Goreng Tomyam Ketam, Nasi Ayam Ratu Tumis, Ayam Masak Lemak Cili Padi, Asam Pedas Tulang, Fried Bao Bao dan banyak lagi.

Selain Calamansi Asam Boi, terdapat juga beberapa lagi pilihan air yang begitu sedap dan menyejukkan. Iaitu Tembikai Lychee, Iced Chocolate, Ais Kacang (Classic), Ais Kacang (Special) yang dihiasi ice cream diatasnya dan Ais Kepal Milo pada harga berpatutan.

Restoran Rasa Rosz dibawah naungan Syarikat Rasa Rosz Sdn. Bhd. ditubuhkan sejak tahun 2018 sehingga kini. Bermula dengan pengeluaran produk Ratu Tumis dan kerjasama dengan kedutaan Thailand bagi membawa masuk produk M-SHROOMS yang halal dari Thailand.

Ribena Ais juga terdapat di Restoran Rasa Rosz.

Rasa Rosz juga menghasilkan Sambal Ready To Eat, perencah serbaguna Lazzat, sambal belacan dan pelbagai lagi jenis pes masakan yang berkualiti tinggi untuk pasaran tempatan dan antarabangsa yang begitu mendapat sambutan.

Bagi yang ingin menikmati hidangan ini, silalah berkunjung ke Restoran Rasa Rosz terletak di Lot G-05-06, AEON Big, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, dan Restoran Rasa Rosz, lot L3-210, Level East Wing di IOI City Mall Putrajaya yang dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Mereka yang ingin membuat tempahan bagi meraikan yang tersayang atau datang secara berkumpulan pula bolehlah hubungi 013-8082772 (call / whatsapp).

Previous articleBintang Running Man berkunjung ke Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here