Enam selebriti program Running Man akan berkunjung ke Malaysia untuk bertemu peminat mereka.

Oleh: Khadijah Ibrahim

SALAH satu program variety (pelbagai) yang mendapat perhatian ramai adalah Running Man yang mula disiarkan di kaca TV pada Julai 2010. Rancangan ini bukan saja popular di Korea Selatan, malah di beberapa bahagian negara Asia lain, termasuklah di Malaysia.

Tidak dinafikan selebriti Running Man yang terdiri daripada Yoo Jae-suk, Jee Seok-jin, Kim Jong-kook, Haha, Song Ji-hyo dan Yang Se-chan cukup popular di kalangan peminat tempatan.

Bagi memenuhi Impian peminat setia program tersebut, penganjur Sunstrong Entertainment bakal membawa mereka datang ke Malaysia pada 15 Februari 2025 untuk menjayakan acara Runnng Man Run 2 U Live In Kuala Lumpur, yang bakal berlangsung di Mines International Exhibition and Convention Centre (MIECC), pada jam 5 petang.

Temui mereka di MIECC, Seri Kembangan, Selangor.

Acara ini bukan sahaja menjadi sambutan kembalinya ahli-ahli Running Man ke Malaysia selepas tujuh tahun, tetapi juga meraikan kejayaan rancangan ini yang telah mencapai episod ke-732.

Sejak debut 14 tahun lalu, Running Man terus menarik peminat baharu, menjadikannya sebuah rancangan ikonik dalam sejarah hiburan Korea.

Buat pertama kalinya, pengacara Yu Jae Seok dan Yang Se Chan akan datang ke Malaysia. Gaya pengacaraan mereka yang sangat mesra dan lucu, telah menawan hati penonton dan peminat.

Tiket untuk bertemu dengan anggota Running Man akan mulai dijual pada 26 Disember ini.

Interaksi menarik dan lawak jenaka mereka, sentiasa membawa kegembiraan kepada peminat. Kunjungan Yu Jae Seok, dan Yang Se Chan juga merupakan tarikan paling besar bagi peminat Running Man di Malaysia kali ini.

Bagi yang mahu melihat selebriti kegemaran anda secara langsung, jangan lupa untuk membeli tiet-tiket yang dijual pada harga, RM 958, RM 858, RM 688, RM 488, RM 388 dan RM 288 mulai 12 tengah hari, 26 Disember ini. Tempahan juga boleh dibuat menerusi: my.bookmyshow.com

Previous articleKonsert Rock Kapak 2 kembalikan populariti muzik rock 1980-an
Next articlePromosi sempena cuti sekolah di Restoran Rasa Rosz, IOI City Mall Putrajaya dan AEON Big Wangsa Maju

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here