Nasi ayam krispy buttermilk

Oleh : Nafsiah Jani

Bagi peminat nasi ayam yang biasa seperti dijual dikedai-kedai, cubalah rasai keenakan Nasi Ayam Krispy Buttermilk hidangan lazat di Restoran Rasa Rosz, lot L3-210, Level East Wing di IOI City Mall Putrajaya.

Ayamnya yang garing dan besar, ditambah dengan kuah buttermilk yang lemak berkrim membuat anda teruja menambah dari satu pinggan menjadi dua pinggan. Kalau tak percaya, cubalah berkunjung ke sini.

Sudahlah makanannya sedap-sedap belaka, setiap menu pula dijual pada harga yang cukup berpatutan jika dibandingkan dengan restoran lain di IOI City Mall. Harga setiap menu dijual pada harga yang sangat berpatutan, hidangan yang lazat dan makan dalam suasana yang santai. Selain itu, anda juga akan menikmati potongan sebanyak 5% sempena pembukaan cawangan kedua ini sehingga 30 Disember ini.

Restoran Rasa Rosz di IOI City Mall ini juga turut menyediakan lebih 13 jenis menu baru menu pemakanan sihat yang berasaskan sayur-sayuran sesuai untuk mereka yang ingin berdiet. Malah Restoran Rasa Rosz ini memang sesuai untuk hidangan seisi keluarga kerana segala-galanya ada di sini.

Antara makanan sihat yang lain termasuk Asam Pedas Siakap, Laksa Spaghetti Tuna, Ayam Panggang Mushroom, Awesome burger iaitu Burger Ayam Krispy bersama salad dan lain-lain lagi.

Pemilik Restoran Rasa Rosz, Rozita Ramelan berkata, dia bertuah kerana bisnesnya dapat bertahan seperti sekarang ini.

“Syukur pada Allah kerana permudahkan segala urusan saya dalam dunia perniagaan termasuk bidang makanan ini. Bukan mudah untuk bertahan seperti sekarang ini. Semuanya bukan pasal ekonomi sahaja, tapi juga kita kena fikirkan membuka restoran di tempat yang ada banyak permintaan, cabaran operasi dan adakah kutipan akan dapat cover semula untuk bayar segala kos-kos.

“Saya juga bertuah kerana sudah ada pelanggan tetap yang sentiasa menyokong bisnes kami. Ada yang sanggup datang dari jauh semata-mata nak makan ditempat kami termasuk dari Singapura. Itu sebabnya dengan adanya cawangan baru memudahkan pelanggan untuk datang ke Restoran Rasa Rosz.”

Rozita menambah, Ada rezeki, outlet ketiga mungkin di KLCC dan keempat juga akan menyusul selepas ini.

“Buka restoran ini memang mudah. Tapi nak kekal lama itu yang memerlukan banyak pengorbanan dan usaha. Tak ada jalan singkat dalam perniagaan ini. Mula-mula berniaga, memang kita akan alami kerugian…itu sebabnya nak meniaga ini kena ada dana yang boleh membuatkan seseorang itu bertahan dalam tempoh yang lama sebelum berjaya.

“Harapan saya dalam masa lima tahun restoran ini akan berkembang dengan pesat dan saya juga dikenali sebagai pengilang dan peruncit produk-produk muslim.”

Sementara itu, Cef Bob Azran yang berpengalaman lebih 20 tahun sebagai Cef turut menambah, “Menu-menu baru yang saya ketengahkan ini ada tambahan dari segi bahan masakan dan premium dalam hidangan. Selain hidangan biasa, kami juga tampilkan hidangan barat dan citarasa Malaysia.”

Bagi yang ingin mengetahui hidangan sedap dan istimewa ini cuba ikuti Instagram @rasaroszresto, facebook dan tiktok RasaRosz. Platform ini juga menampilkan banyak konten yang menarik berkaitan menu-menu di Restoran Rasa Rosz, cara penyediaan makanan, video bersama cef dan artis-artis yang pernah menikmati hidangan di sini.

Jangan lepaskan peluang keemasan, dapatkan diskaun 5% sempena pembukaan Restoran Rasa Rosz di IOI Mall Putrajaya sepanjang bulan Disember ini.

Antara menu terkini Restoran Rasa Rosz ialah Mi Racun Tulang, Spaghetti Buttermilk Chicken Katsu, Spaghetti Basil Pesto, Fettucini Rendang Daging dan Cucur Kakiage yang merupakan gabungan citarasa Asia, Eropah, Jepun dan Itali yang bersesuaian dengan citarasa rakyat Malaysia

Manakala Spaghetti Buttermilk Chicken Katsu ini adalah salah satu daripada tiga pasta baru yang diketengahkan selain Spaghetti Creamy Carbonara Mushroom dan Spaghetti Basil Pesto. Untuk set nasi pula terdapat Nasi Gulai Kawah Tulang, Daging atau ayam skewer, Cucur Kakiage, Chicken Wing bersama dua pilihan sos sambal madu ataupun Buttermilk.

Selain menu-menu baru, Restoran Rasa Rosz masih mengekalkan dan menyediakan masakan yang terdahulu berupa lebih 40 jenis menu masakan tradisional dan fusion. Antara menunya adalah Soto Ayam Terapung, Lontong Goreng, Cucur Udang, Pasta Asam Pedas Fettucini, Nasi Goreng Belacan Daging Tenderloin, Nasi Goreng Tomyam Ketam, Nasi Ayam Ratu Tumis, Ayam Masak Lemak Cili Padi, Asam Pedas Tulang, Fried Bao Bao dan banyak lagi.

Selain Calamansi Asam Boi, terdapat juga beberapa lagi pilihan air yang begitu sedap dan menyejukkan. Iaitu Tembikai Lychee, Iced Chocolate, Ais Kacang (Classic), Ais Kacang (Special) yang dihiasi ice cream diatasnya dan Ais Kepal Milo pada harga berpatutan.

Restoran Rasa Rosz dibawah naungan Syarikat Rasa Rosz Sdn. Bhd. ditubuhkan sejak tahun 2018 sehingga kini. Bermula dengan pengeluaran produk Ratu Tumis dan kerjasama dengan kedutaan Thailand bagi membawa masuk produk M-SHROOMS yang halal dari Thailand.

Rasa Rosz juga menghasilkan Sambal Ready To Eat, perencah serbaguna Lazzat, sambal belacan dan pelbagai lagi jenis pes masakan yang berkualiti tinggi untuk pasaran tempatan dan antarabangsa yang begitu mendapat sambutan.

Bagi yang ingin menikmati hidangan ini, silalah berkunjung ke Restoran Rasa Rosz terletak di Lot G-05-06, AEON Big, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, dan Restoran Rasa Rosz IOI City Mall yang dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Mereka yang ingin membuat tempahan bagi meraikan yang tersayang atau datang secara berkumpulan pula bolehlah hubungi 013-8082772 (call / whatsapp).

Nasi Ayam Krispy Buttermilk

Bahan-bahannya:-
Nasi ayam
Ayam (ambil bahagian dada dan potong nipis)
Sambal special Restoran Rasa Rosz
Tepung serbaguna untuk goreng ayam krispy
2 hiris timun
2 hiris tomato
2 helai daun salad
Sedikit bawang goring
Sedikit daun bawang

Kuah buttermilk
1.Dalam kuali panaskan empat sudu besar butter sehingga cair. Kemudian tumis 3 ulas bawang putih yang dihiris nipis dan dua tangkai daun kari hingga naik bau. Masukkan ½ tin susu cair dan ½ biji bawang Holland yang dipotong dadu. Masak hingga kuah pekat dan perasakan dengan garam dan gula.

Cara-cara penyediaan:-
1.Ambil ayam yang nipis tadi dan celup dalam tepung sepenuhnya. Kemudian goreng dalam minyak yang panas. Goreng selama sembilan minit.
2. Sementara tunggu ayam garing, ambil nasi ayam yang telah tersedia dan hidangkan didalam pinggan yang beralaskan daun pisang bagi menaikkan aroma masakan.
3. Hidangkan bersama sambal nasi ayam. Pastikan sambal itu ada rasa manis, masam dan masin.
4. Hiasi dengan ulam timun dan tomato.
5. Kemudian angkat ayam dan potong tanpa putus dan hidangkan bersama nasi ayam tadi.
6. Hidang siap dan taburkan kuah buttermilk diatas ayam dan lebih enak dihidangkan bersama sup kosong bagi menambah selera.
7. Taburkan sedikit bawang goreng dan daun bawang di atas nasi. Sedia untuk dimakan.

 

@rasaroszresto Chef Aniq nak masak apa tu? Haa korang nak try menu lunch yang menarik dan unik sikit? Apa kata try “Nasi Ayam Crispy Buttermilk” dari Rasa Rosz Resto?!!! 📍Location: Rasa Rosz Resto, IOI City Mall, Putrajaya Lot L3-210, Level 3, East Wing. ⏰Operation hour: 10 am – 10 pm #rasarosz #ratutumis #ratutumissambal #rasaroszresto #ioicitymall #wangsamaju ♬ original sound – Rasa Rosz Resto

Previous articleAspalela Abdullah tetap perjuangkan irama Melayu Asli hingga akhir hayatnya!
Next articleStacy Terus “Menyala”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here