Photo credit: https://herbadantumbuhan.blogspot.com/

Oleh: Nafsiah Jani

Mungkin pokok buah mahkota dewa ini banyak terlihat ditanam dengan mudahnya ditepi-tepi rumah. Namun jika anda mengetahui kebaikan dan manfaat buah ini pasti anda akan menjaga pokok ini.

Mahkota dewa atau simalakama merupakan salah satu jenis buah yang berasal dari Indonesia. Mahkota dewa dengan nama latinnya, Phaleria Macrocarpa memiliki struktur buah berbentuk bulat. Ketika muda buahnya berwarna hijau dan setelah masak buahnya bertukar menjadi warna merah. Buah mahkota dewa diketahui memiliki banyak kandungan nutrisi penting, seperti flavonoid, saponin dan lain-lain lagi.

Salah satu cara untuk makan buah ini adalah dijadikan sebagai teh. Ambil buah dan buangkan bijinya kerana mengandungi racun yang membahayakan tubuh badan. Potong buahnya menjadi potongan yang kecil dan tipis. Kemudian jemur hingga kering. Bila perlu, rebus buah kering tadi selama lima hingga 10 minit. Bila siap, minum ketika hangat. Anda akan gembira dengan hasilnya.

Ekstrak buah ini dilaporkan memiliki sejumlah sifat ubat yang berharga. Misalnya seperti antikanser, antidiabetes, anti-hiperlipidemia, antiinflamasi, antibakteria, antikulat, antioksidan dan efek vasorelaxant. Berikut adalah beberapa manfaat dari buah mahkota dewa yang patut anda ketahui:

1. Salah satu manfaat buah mahkota adalah diyakini berpotensi sebagai ubat diabetes. Sebab, kandungan saponin pada buah mahkota dewa diklaim dapat berfungsi selayaknya insulin. Insulin sendiri berfungsi untuk mengurangkan kadar gula dalam darah dan pengumpulan darah.

Hariadhi, CC BY-SA 3.0 <https://creativecommons.org/licenses/by-sa/3.0>, via Wikimedia Commons

2. Air rebusan buah mahkota dewa memiliki kandungan polifenol yang dapat mengubati penyakit gout yang disebabkan radang sendi kerana urik asid yang berlebihan dalam tubuh.

3. Buah ini juga berfungsi sebagai bahan antivirus, antibakteria, anti-oksidan, anti-alergi dan anti-radang: Air rebusan daun pokok mahkota dewa diminum dua kali sehari. Ambil 40 helai daun mahkota dewa dan rebus bersama 650 ml air sehingga sukatan menjadi separuh dan diminum.

4. Kandungan saponin yang terdapat dalam buah ini juga dapat membantu meningkatkan daya ketahanan tubuh badan.

5. Jika anda mengalami penyakit kronik dan darah tinggi, ambik buah mahkota dewa dan hiris nipis. Kemudian jemur dan biarkan ia kering. Kemudian simpan didalam bekas. Bila nak minum, ambil beberapa hiris buah mahkota dewa kering tadi dan letakkan dalam segelas air panas. Biarkan selama lima minit barulah ia sedia untuk diminum. Amalkan minum sekali sahaja.

6. Ia juga dapat mengubati dan mengurangkan penyakit kanser seperti kanser payudara dan kanser rahim.

7. Buah ini juga dapat membantu mengurangkan kadar angin dalam badan.

8. Kandungan buah ini juga mampu mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan serta penambahan lemak di dinding pembuluh darah.

9. Air rebusannya juga dapat membantu mengubati masalah batuk dan selsema.

10. Air rebusan buah mahkota dewa kering juga dapat membantu mengatasi pelbagai masalah kulit seperti ekzema, jerawat, bisul dan masalah kegatalan

 

Previous articleVagina gatal tanda penyakit kelamin STI? (Bahagian 1)
Next articleSuka, Duka Dan Air Mata, “Sejarah” Di Sebalik Biduanita Negara Siti Nurhaliza!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here