"Terlalu banyak suka, duka dan air mata yang telah Siti lalui hampir sepanjang tiga dekad bergelar seorang anak seni, itulah "Sejarah" sebelum Siti bergelar "Biduanita Negara", kejayaan ini adalah pergorbanan dari semua yang menjadi tulang belakang kejayaan Siti selama ini terutama media dan peminat iaitu Siti Zoners yang tidak jemu sokong kerjaya Siti sehingga kini," kata penyanyi no 1 Malaysia, Datuk Sri Siti Nurhaliza bersungguh-sungguh.

Oleh : Syed Wafa

“Terlalu banyak suka, duka dan air mata yang telah Siti lalui hampir sepanjang tiga dekad bergelar seorang anak seni, itulah “Sejarah” sebelum Siti bergelar “Biduanita Negara”, kejayaan ini adalah pergorbanan dari semua yang menjadi tulang belakang kejayaan Siti selama ini terutama media dan peminat iaitu Siti Zoners yang tidak jemu sokong kerjaya Siti sehingga kini,” kata penyanyi no 1 Malaysia, Datuk Sri Siti Nurhaliza bersungguh-sungguh yang masih seperti dulu, seorang yang bersikap rendah diri dan murah dengan senyuman.

Secara eksklusif Siti Nurhaliza melancarkansecara rasmi single terbaharu berjudul “Sejarah” di restoran The Roomah, Solaris Dutamas baru-baru ini.

Sejak berusia sembilan tahun Siti Nurhaliza menjual pelbagai jenis kuih di kawasan berhampiran Berek Polis Kampung Awah, Kuala Lipis, Pahang demi membantu keluarganya yang agak susah ketika itu.

Lagu “Sejarah” mempunyai signifikan tersendiri dalam karier Siti Nurhaliza yang bakal mencecah usia 30 tahun berkecimpung di dalam industri muzik.

Lagu “Sejarah” merupakan gandingan komposer terkenal dari Indonesia, Erwin Gutawa bersama anak perempuannya, Gita Gutawa selaku penulis lirik. Menurut Erwin, lagu Sejarah diciptakan khusus buat Siti Nurhaliza dengan membayangkan keindahan nyanyian serta personaliti yang ada pada penyanyi tersebut.

Lahirnya seorang bintang yang terus bersinar…Siti menjuarai “Bintang HMI” pada tahun 1995.

Erwin meminta Gita menulis lirik berkisarkan seseorang yang kaya dengan pengalaman
hidup dan memaknakan kesyukuran di dalam setiap bait kata yang diungkapkan.
Lebih istimewa, Erwin menggunakan khidmat Czech Symphony Orchestra untuk
mengiringi susunan muzik yang digarap indah khusus untuk Siti Nurhaliza.

Lagu “Sejarah” merupakan buah tangan istimewa Siti Nurhaliza sebelum menutup tirai 2024 setelah sibuk mengadakan beberapa siri konsert sepanjang tahun ini.

Siti berkongsikan pengalaman sebagai anak seni kepada pihak media.

Bagi Siti, “Sejarah” merupakan sebuah lagu yang sangat istimewa apabila beliau kembali dapat berganding bahu dengan Erwin Gutawa dalam sebuah lagu. Beliau sendiri meminta Erwin menghasilkan sebuah lagu khusus yang menceritakan tentang perjalanan seni beliau.

“Saya sangat berterima kasih kepada Erwin Gutawa yang sudi menghasilkan sebuah lagu yang sangat menyentuh emosi saya apabila menyanyikannya. Lagu ini seperti saya berada dalam semua fasa perjalanan seni dan satu persatu memori terbayang sewaktu menyampaikannya,’’ ujar Siti.

Bukan senang untuk bergelar Penyanyi No 1 Malayisa seperti Siti Nurhaliza.
Dari dulu hingga kini sikap Siti yang merendah diri dan tidak kedekut dengan senyuman.

Siti juga berterima kasih kepada Aubrey Suwito yang telah membantu proses rakaman vokal lagu ini di Kuala Lumpur. Single terbitan SN Legacy Sdn.Bhd dan Universal Music Sdn Bhd ini boleh distrim dan dilanggan di seluruh pelantar digital sejak 14 November 2024.

Pada majlis yang sama, Siti turut meraikan pihak media yang juga selama ini menjadi tulang belakang di atas kejayaan beliau sejak bergelar artis. Bagi Siti, pihak media sudah menjadi sahabat dan keluarga yang telah banyak membantu memperkenalkan beliau
kepada masyarakat dan peminat.

Acara memotong kek sebagai tanda penghargaan Siti bergelar “Biduanita Negara” dan pelancaran single terbaru “Sejarah”.
Selain itu, Universal Music menyampaikan plak penghargaan yang disampaikan oleh Kim Lim, Managing Director Universal Music Malaysia kepada Siti atas penganugerahan gelaran “Biduanita Negara” yang diterima oleh Siti baru-baru ini dan sempena pelancaran single “Sejarah.

Bagi menghargai kerjasama pihak media selama ini, Siti telah mengadakan acara khas antaranya sesi cabutan bertuah di samping semua yang hadir menerima cenderahati khas.

Selain itu, Universal Music menyampaikan plak penghargaan yang disampaikan oleh Kim Lim, Managing Director Universal Music Malaysia kepada Siti atas penganugerahan gelaran “Biduanita Negara” yang diterima oleh Siti baru-baru ini dan sempena pelancaran single “Sejarah”.

Ditanya apakah yang menakutkan Siti setelah bergelar “Biduanita Negara? Siti menjawab dengan tenang, tiada istilah “takut” dalam kerjaya seninya dan jika kerjaya seninya telah berlalu itu semua adalah ketentuan Allah SWT, beliau juga sentiasa memberi sokongan kepada pendatang baru dalam dunia seni suara tanah air

Ditanya apakah yang menakutkan Siti setelah bergelar “Biduanita Negara? Siti menjawab dengan tenang, tiada istilah “takut” dalam kerjaya seninya dan jika kerjaya seninya telah berlalu itu semua adalah ketentuan Allah SWT, beliau juga sentiasa memberi sokongan kepada pendatang baru dalam dunia seni suara tanah air.

“Selagi Siti diterima selagi itu Siti akan terus buat terbaik dalam kerjaya seni yang amat Siti sayangi ini,” kata Siti Ikhlas.

Siti Nurhaliza bersama pengurus yang setia dari awal penglibatan beliau dalam dunia seni sehingga sekarang iaitu Rozi Abdul Razak.

Kami di Ladybosz sentiasa mendoakan Siti Nurhaliza sentiasa berjaya dalam bidang yang diceburi dan kami sebagai rakyat Malaysia bangga mempunyai seorang “Biduanita Negara” yang akan kekal dalam “Sejarah” sebagai artis no 1 kesayangan kami semua.

Previous articleKebaikan dan manfaat buah Mahkota Dewa
Next article“Perayaan Patah Hati” bersama for Revenge, 6 Disember ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here