Oleh : Asmat Fikri

Vagina rasa gatal memang mengganggu dan rasa yang tidak selesa! Nak garu rasa malu, tak garu… tak tahan pula gatalnya bahagian vagina tersebut. Adoii! nak buat macam mana ni, tambah pula rasa gatal ini berlaku ketika berada di khalayak ramai?

Ya betul! Sebenarnya ramai wanita mengalami masalah vagina yang gatal. Disebabkan itu muncul macam-macam jenis sabun dan pencuci di pasaran bagi elakkan kemaluan (vagina) perempuan merasa gatal. Namun, tahukah kita gatal itu adalah ‘hint’ untuk sesuatu yang lebih besar? Ia tidak seringan tangan terkena gigitan nyamuk, jadi gatal. Tidak ya. Ia boleh jadi antara punca kita terkena jangkitan kelamin!

Jangkitan kelamin (STI) terus menimbulkan cabaran kesihatan awam yang ketara di seluruh dunia, menjejaskan individu daripada semua peringkat umur, jantina dan orientasi seksual.

Namun, bagaimana kita boleh membezakan jika anda dijangkiti oleh STI? Apakah tanda-tanda yang perlu diketahui dan apakah langkah yang perlu diambil semasa diagnosis?

Sebelum kita bercerita lanjut mengenai jangkitan kelamin (STI) ini, jom kita tengok dulu kenapa terjadinya vagina gatal ini. Mungkin ada dikalangan kita yang sedang mengalami masalah ini, namun malu nak meluahkan atau segan nak bertanya pada sesiapa.

Antara sebab vagina gatal adalah seperti berikut:

1)Jangkitan yis – Sekitar 75 peratus wanita sekurang-kurangnya mengalami 1 kali jangkitan yis dalam sepanjang hayat mereka. Jangkitan yis ini bermaksud pertumbuhan kulat jenis Candida secara berlebihan di bahagian faraj hingga ia boleh jadi lebih teruk dari gatal, iaitu keluar lelehan cecair pekat berwarna putih dari kemaluan.

2)Vaginosis bakteria – Ia bukan jangkitan. Tetapi terjadi apabila keseimbangan semulajadi bakteria dalam faraj terjejas, maka pertumbuhan berlebihan bakteria tertentu akan menyebabkan beberapa gejala termasuk gatal pada vagina. Selain gatal, ia juga akan menyebabkan vagina merasa pedih dan keluar lelehan keputihan yang berbau hanyir dari kemaluan.

3) Sabun – Bukan sahaja sabun, namun benda lain yang berkait dengan vagina seperti seluar dalam, losyen, pewangi vagina, sabun basuh pakaian dalam, atau tuala wanita juga boleh menyebabkan menyebabkan vagina kegatalan.

4)Melalui fasa menopaus – Menurut North American Menopause Society, kegatalan vagina mungkin terjadi akibat perubahan hormon semasa dan selepas putus haid. Selepas menopaus, perubahan hormon para wanita boleh menyebabkan faraj kering dan kulit menipis.

5)Jangkitan kelamin (STI) – Walaupun jarang kedengaran, vagina gatal juga antara tanda terkena jangkitan kelamin (STI). Trichomoniasis adalah jangkitan pada alat kelamin yang disebabkan oleh bakteria Trichomonas vaginalis (T.V). Trichomoniasis kebiasaannya menyebabkan wanita mengalami keputihan yang tidak normal seperti berwarna hijau atau kuning dan berbau busuk.

• Ikuti sambungan artikel bahagian kedua mengenai apakah itu penyakit kelamin (STI) dengan lebih terperinci lagi.

Previous articleRimba Kita Run 2024 berjaya kumpul lebih 1,200 peserta
Next articleKebaikan dan manfaat buah Mahkota Dewa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here