Jascha Richter berjaya mengajak penonton menyanyi bersamanya.
Oleh: Khadijah Ibrahim
MELIHAT kepada nama kumpulan ini bagi yang tidak mengenali pasti menjangka bahawa Michael Learns To Rock atau MLTR adalah sebuah kumpulan rock macam Metallica atau Deep Purple.
MLTR yang ditubuhkan pada 1988 dan berasal dari Denmark pada asalnya berimpian untuk menjadi kumpulan rock dan sebab itulah namanya sebegitu.
Kare Wanscher adalah pemain dram kumpulan Michael Learns To Rock.

Jelas gitaris MLTR, Mikkel Lentz, pada awal penubuhan mereka jangkakan kumpulan yang turut dianggotai oleh vokalis, Jascha Richter dan pemain dram, Kare Wanscher mampu mengatur langkah sebagai kumpulan rock.

Namun sepanjang pembabitan mereka dalam bidang seni, MLTR lebih dikenali sebagai kumpulan yang hebat dengan lagu-lagu pop rock dan balada, malah setiap lagu yang dirakam oleh kumpulan tersebut mempunyai cerita tersendiri.
Mikkel Lentz, gitaris MLTR teruja dengan aksi penonton yang turut menyanyi bersama.

Sebagai bukti mereka mampu mengadakan persembahan ala kumpulan rock, pada konsert jelajah MLTR ‘Take Us To Your Heart’ yang berlangsung di Arena of Stars, Resort World Genting pada 10 November lalu, mereka mendendangkan lagu “Wild Women”.

MLTR yang pertama kali datang ke Malaysia, 30 tahun lalu dan mengadakan persembahan di Hard Rock Café tak sangka sejak itu mereka sering berulang-alik ke sini.
Michael Learns To Rock sentiasa menunggu peluang untuk hadir ke Malaysia.

“Hello! Malaysia, kami datang dari Denmark dan kehadiran kami ke sini adalah untuk meraikan lagu-lagu kami bersama anda semua. Kami suka datang ke Malaysia kerana anda semua sangat ‘sporting’.

“Anda semua mempunyai vokal yang bagus dan boleh menubuhkan kumpulan muzik sendiri. Ayuh, kita imbau semula lagu-lagu nostalgia kesukaan anda,” kata Jascha yang memulakan persembahan pada malam itu dengan lagu “Someday” dan diikuti dengan lagu “Sleeping Child” yang turut dinyanyikan bersama oleh kira-kira 5,000 penonton.
Menariknya persembahan MLTR yang turut menampilkan pemain bass undangan, Troels Skjaerbaek adalah sebelum atau sesudah mendendangkan lagu mereka akan bercerita tentang kisah di sebalik lagu tersebut.
Penonton teruja dengan persembahan MLTR.

Seperti lagu “Blue Night” yang merupakan judul album studio kelima MLTR, kata Jascha, lagu berkenaan untuk mengingatkan setiap orang yang setiap tahun usia kita akan berinjak.

Sepanjang konsert berlangsung selama dua jam itu, MLTR mendendangkan 18 buah lagu dan boleh dikatakan hampir kesemua lagu turut dinyanyikan oleh penonton. Malam itu memang sesi karaoke bersama MLTR.
Sudah pasti lagu hit MLTR seperti “Out of Blue”, “Nothing To Lose”, “25 Minute”, “The Actor”, “Love Will Never Lie”, “Breaking My Heart”, “Paint My Love”, “Take Me To Your Heart” dan “That’s Why” dengan mudah dinyanyikan oleh penonton yang rata-rata adalah peminat setia kumpulan tersebut.
Walaupun usia meningkat persembahan MLTR tetap menghiburkan penonton.

Ternyata kehadiran MLTR yang telah mengeluarkan 29 buah album termasuk kompilasi dan ‘live’ dan menjayakan lebih 800 pertunjukan pentas di seluruh dunia sentiasa dinantikan oleh peminat mereka.

Selain Malaysia, MLTR juga turut menemui peminat mereka di Medan, Indonesia, Singapura dan Ho Chi Minh, Vietnam sepanjang konsert jelajah ‘Take Us To Your Heart’ berlangsung.
Previous articleBahaya angin dalam badan…kerap sendawa tanda kanser? (Bahagian 1)
Next articleKebaikan jering untuk kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here