Image by 8photo on Freepik
Oleh : Asmat Fikri
Kerap sendawa ada yang merasakan ia sesuatu perkara yang normal. “Biasalah selepas makan tu sendawa. Tanda kenyang…” Ya memang, mungkin jika sendawa selepas makan itu adalah perkara biasa dan normal. Namun jika kerap sangat sendawa dan mengeluarkan angin yang berbau itu tanda perbuatan itu tidak normal? Malah boleh menyebabkan terjadinya kanser!
Sendawa berbau busuk yang ada kalanya seperti bau telur busuk itu dipanggil sendawa sulfur. Sendawa sulfur ini terhasil dari gas hidrogen sulfida (H₂S) di saluran pencernaan. Hidrogen sulfida terbentuk ketika bakteria dalam usus pecah hasil dari makanan yang tinggi sulfur seperti telur.
Sendawa sulfur yang kerap, boleh menjadi tanda berlakunya jangkitan dalam sistem pencernaan disebabkan oleh bakteria pylori. Ramai yang tidak menyedari sendawa ini boleh menjadi bahaya kerana ianya tidak sakit dan dirasakan normal. Jika dibiarkan ini berlarutan, ia boleh menyebabkan luka dan juga kanser perut.
Jadi jom kita tengok apakah punca sendawa sulfur ini!. Antara penyebab utama adalah disebabkan pemakanan. Makanan yang tinggi sulfur seperti telur, brokoli, kubis, bawang, kekacang serta daging merah. Kalau boleh janganlah kerap mengambil makanan sebegini.
Selain itu, ia juga boleh jadi disebabkan gangguan sistem pencernaan. Jika ada masalah pada sistem pencernaan, ia boleh melambatkan sistem pencernaan. Jika makanan tidak dicerna dengan cepat, ia memberi ruang dan peluang kepada bakteria untuk memecahkan sulfur dan menghasilkan hidrogen sulfida.
Antara masalah system pencernaan juga disebabkan intoleransi makanan. Iaitu intoleransi terhadap laktosa atau fruktosa juga boleh menyebabkan penapaian makanan yang menghasilkan gas sulfur. Dan melalui sistem pencernaan yang tidak baik juga boleh berlaku jangkitan Helicobacter pylori (H. pylori). Sejenis bakteria yang sering menyebabkan ulser perut dan boleh meningkatkan pengeluaran gas sulfur.
Selain itu, sendawa sulfur ini juga boleh berlaku disebabkan Gastroesophageal Reflux Disease (GERD). Pada penderita GERD, gas dari perut dapat naik dengan lebih mudah ke kerongkong, menyebabkan sendawa sulfur. Dan sebab terakhir adalah ketidakseimbangan antara bakteria baik dan jahat dalam usus turut dapat meningkatkan produksi gas berbau sulfur.

Cara mengatasi sendawa sulfur.

Jika ada sendawa sulfur, apakah cara terbaik untuk menguranginya? Atau adakah cara lain untuk mengelakkan terjadinya sendawa sulfur ini?. Mungkin itu persoalan kalian yang membaca artikel ini kan? Menjawab soalan itu, berikut adalah antara cara-cara mengatasi sendawa sulfur yang boleh menyebabkan kanser perut ini. Antaranya adalah:
1. Perubahan Pola Makan
o Kurangkan mengambil makanan tinggi sulfur.
o Hindari makanan berlemak tinggi yang melambatkan pencernaan.
o Tingkatkan serat untuk melancarkan pencernaan, tetapi lakukan secara bertahap.
2. Minum Air yang secukupnya. Air dapat membantu melancarkan sistem pencernaan dan mengurangkan pengeluaran gas.
3. Probiotik. Probiotik dapat membantu seimbangkan mikrobiota usus iaitu bakteria jahat dan baik serta mengurangi pengeluaran gas berbau sulfur.
4. Ubat anti asid dan ubat khusus untuk usus. Jika disebabkan oleh GERD atau infeksi H. pylori, doktor mungkin sarankan ambil antibiotik atau ubat untuk mengurangkan asid perut.
#Ikuti sambungan pada artikel akan datang, apa yang menyebabkan banyaknya angin dalam tubuh badan terutamanya tubuh badan kaum wanita hingga berlakunya sendawa #
Previous articleAsya’B nak lebarkan sayap ke Malaysia dan Sayang Padamu jadi salam perkenalan.
Next articleKonsert MLTR ‘Take Us To Your Heart’ sampai ke hati penonton

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here