Oleh: Nafsiah Jani
Mungkin anda dah bosan makan spaghetti goreng dan sekali sekala tekak anda hendak mencuba masakan spaghetti ala-ala barat seperti Spaghetti Basil Pesto. Jadi apa kata anda cuba membuatnya sendiri mengikut resepi yang disediakan.
Kalau lagi nak mudah dan menyenangkan, pergi saja ke Rasa Rosz Resto yang terletak di Lot G-05-06, AEON Big, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Disini segala-galanya ada, ibaratnya anda berada di syurga dunia bila berada di Rasa Rosz Resto yang dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam.
Selain Wangsa Maju, cawangan kedua Rasa Rosz Resto juga akan dibuka di IOI City Mall Putrajaya pada pertengahan November ini. Selain menu berat, terdapat juga banyak pilihan pencuci mulut, pelbagai hidangan ringkas lagi enak iaitu Chicken Wing bersama dua pilihan sos sambal madu ataupun Buttermilk.
Pemilik Rasa Rosz Resto, Datuk Sri Rozita Ramelan berkata,“Di IOI City Mall Putrajaya nanti, saya turut menambah lebih 13 jenis menu baru iaitu pemakanan sihat dan makanan berasaskan sayuran. Makanan sihat ini nanti sesuai untuk mereka yang nak berdiet dan ia akan dihidangkan sepertimana hidangan dirumah. Ada rezeki, outlet ketiga mungkin di KLCC dan keempat juga akan menyusul selepas ini.”
Antara makanan sihat yang bakal ada di cawangan baru ini nanti termasuk Asam Pedas Siakap, Laksa Spaghetti Tuna, Ayam Panggang Mushroom, Awesome burger iaitu Burger Ayam Krispy bersama salad dan lain-lain lagi.
Mungkin anda nak tahu bagaimana cef di Rasa Rosz Resto menyediakan Chicken Wing yang begitu enak dan lazat sekali. Bagi yang ingin mengetahui hidangan sedap dan istimewa ini cuba ikuti Instagram @rasaroszresto, facebook dan tiktok RasaRosz.
Platform ini juga menampilkan banyak konten yang menarik berkaitan menu-menu di Restoran Rasa Rosz, cara penyediaan makanan, video bersama cef dan artis-artis yang pernah menikmati hidangan di sini.
Antara menu terkini Rasa Rosz Resto ialah Mi Racun Tulang dan Fettucini Rendang Daging yang merupakan gabungan citarasa Asia, Eropah, Jepun dan Itali yang bersesuaian dengan citarasa rakyat Malaysia
Manakala Spaghetti Buttermilk Chicken Katsu ini adalah salah satu daripada tiga pasta baru yang diketengahkan selain Spaghetti Creamy Carbonara Mushroom. Untuk set nasi pula terdapat Nasi Gulai Kawah Tulang, Daging atau ayam skewer dan Cucur Kakiage
Selain menu-menu baru, Rasa Rosz Resto masih mengekalkan dan menyediakan masakan yang terdahulu berupa lebih 40 jenis menu masakan tradisional dan fusion. Antara menunya adalah Soto Ayam Terapung, Lontong Goreng, Cucur Udang, Pasta Asam Pedas Fettucini, Nasi Goreng Belacan Daging Tenderloin, Nasi Goreng Tomyam Ketam, Nasi Ayam Ratu Tumis, Ayam Masak Lemak Cili Padi, Asam Pedas Tulang, Fried Bao Bao dan banyak lagi.
Manakala pilihan air juga kini telah dipelbagaikan dengan sajian Ais Kacang (Classic), Ais Kacang (Special) yang dihiasi ice cream diatasnya dan Ais Kepal Milo pada harga berpatutan. Selain Air Batu Campur (ABC) ini, terdapat juga air-air yang sedap untuk dinikmati iaitu Calamansi Asam Boi, Tembikai Lychee dan Iced Chocolate.
Rasa Rosz Resto dibawah naungan Syarikat Rasa Rosz Sdn. Bhd. ditubuhkan sejak tahun 2018 sehingga kini. Bermula dengan pengeluaran produk Ratu Tumis dan kerjasama dengan kedutaan Thailand bagi membawa masuk produk M-SHROOMS yang halal dari Thailand.
Rasa Rosz Resto juga menghasilkan Sambal Ready To Eat, perencah serbaguna Lazzat, sambal belacan dan pelbagai lagi jenis pes masakan yang berkualiti tinggi untuk pasaran tempatan dan antarabangsa yang begitu mendapat sambutan.
Mereka yang ingin membuat tempahan bagi meraikan yang tersayang atau datang secara berkumpulan pula bolehlah hubungi 013-8082772 (call / whatsapp).
Resipi Spaghetti Basil Pesto
Bahan-bahannya:
200 gm Spaghetti (rebus dan toskan)
3 ulas bawang putih (ketuk)
10 batang cendawan
5 biji tomato ceri (belah dua)
6 hirisan ayam
Pes Rasa Rosz
Sedikit cooking cream
Minyak zaitun
Garam
Perasa Lazzat
Sedikit serbuk lada hitam
Daun pasli
Sedikit keju parmesan (diparut)
Cara penyediaannya:
1.Rebus spaghetti hingga empuk dalam periuk lain dan masukkan sedikit minyak zaitun agar spaghetti tidak melekat.
2.Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak zaitun untuk memasak.
3.Masukkan hirisan ayam dan bawang putih dan goreng seketika.
4. Kemudian masukkan cendawan dan tomato ceri. Goreng hingga masak dan balik-balikkan.
4. Masukkan dua sudu pes rasa rosz dan goreng hingga naik bau. Selepas itu masukkan sedikit air rebusan spaghetti.
5. Perasakan dengan garam, serbuk perasa Lazzat, sedikit lada hitam dan sedikit cooking cream.
6. Bila dah siap masak, Spaghetti Basil Pesto sedia untuk dihidangkan. Letakkan dalam pinggan dan hias diatasnya dengan keju parmesan dan sedikit daun pasli. Sedia untuk dimakan.
@rasaroszresto Port makan spaghetti dekat KL yang paling best, ada local fusion dan banyak lagi! 📍Location: Aeon Big Wangsa Maju Lot G-05, 6, Section 5 Jalan 8/27a, Wangsa Maju 53300, Kuala Lumpur ⏰Operation hour: 10 am – 9 pm #rasarosz #ratutumis #ratutumissambal #rasaroszresto #wangsamaju ♬ original sound – Rasa Rosz Resto
Nafsiah Jani adalah seorang wartawan hiburan. Beliau pernah menulis di Utusan Malaysia, majalah URTV, Wanita dan Saji terbitan Utusan Karya.