Para mentor yang terlibat dalam program Starlight Stars.

Oleh: Khadijah Ibrahim

SEJAK ditayangkan di platform tontonan antarabangsa iQIYI pada 26 Oktober lalu, rancangan Starlights Boys berjaya meraih jumlah tontonan yang tinggi hingga berada di antara tangga teratas untuk program variasi di iQIYI.

Program realiti yang disertai oleh 69 peserta itu mampu menarik perhatian ramai kerana rata-rata peserta adalah dari pelbagai negara yang bersaing untuk merebut peluang membentuk sebuah kumpulan lelaki dengan sembilan anggota.

Ivan, peserta dari Malaysia.

Starlight Boys yang diacarakan oleh Lee Sung-Kyoung itu ditayangkan setiap Sabtu, jam 8 malam secara eksklusif di platform iQIYI International. Program tersebut menampilkan barisan mentor yang hebat serta berpengalaman dalam industri K-Pop, mereka adalah Lee Seung-Gi, Daesung (Bigbang), Choi Young-Joon, Hanhae, Kwon Eun-Bi, Hui (Pentagon), Eric (The Boyz) dan Yoon (Stayc).

Sewaktu peringkat penilaian awal, setiap pelatih diberi markah berdasarkan tahap prestasi mereka. Cara permarkahan adalah dengan memberikan tiga bintang, dua bintang, satu bintang hinggalah gred kosong atau ‘zero star’ untuk yang tercorot. Mereka yang menerima ‘zero star’ perlu kembali ke ruang menunggu dan boleh memberi tekanan kepada pelatih lain di situ.

Kingston Wong peserta Starlight Stars yang berasal dari Kuala Lumpur.

Difahamkan, ada beberapa pelatih telah menyertai beberapa pertandingan sebelum ini termasuk Lan Han-gyul (BAE173). Dia pernah berentap dalam program The Unit pada 2017 dan kemudiannya menyertai kumpulan lelaki sementara iaitu X1 menerusi Produce X 101. Pada tahun lalu, dia kembali untuk program Peak Time bersama anggota BAE173 yang lain.

Sekarang, dia berhadapan cabaran sekali lagi dalam Starlight Boys. Perjalanan Lee Han-gyul selama ini penuh dengan suka duka. Tentunya peminat mengharapkan yang terbaik untuk mereka kali ini.

Syo dari Hokkaido, Jepun.

Sementara itu, Syo, campuran Jepun dan Amerika yang berasal dari Hokkaido, Jepun itu pernah menjadi penyanyi latar untuk lagu “Gesture of the Waves” dendangan Radwimps’ Yojiro Noda. Selain itu, peserta yang nama penuhnya Syo Painia, 24, itu juga berkebolehan bermain dram dan sering mengadakan persembahan bersama band.

Di antara peserta Starlight Stars, ada juga wakil Malaysia iaitu Ivan atau nama penuhnya Chen Ming Xuan, 23, yang merupakan anggota Chengxin Project. Seorang lagi peserta negara ialah Huang Yu Han atau nama komersialnya, Kingston Wong, 19, kelahiran Kuala Lumpur. Kingston pernah mengeluarkan lagu solo pertama, “Always Be With Me’ pada Ogos 2021.

Lee Han-gyul sudah beberapa kali sertai program realiti.

Sementara Lee Seung-Gi mengaku sebagai mentor, beliau berasa sukar memberikan respon yang kasar atau boleh mengecewakan orang lain. Bagaimanapun, penyanyi dan pelakon itu faham tentang komitmen dan tanggungjawab yang digalas untuk melahirkan idola dalam kalangan generasi muda itu.

Untuk peminat yang mahu memberikan sokongan kepada pelatih kegemaran boleh berbuat demikian menerusi aplikasi iQIYI International atau di iq.com. Ahli iQIYI International VIP juga berpeluang untuk membuat undian selain memberikan sokongan kepada pelatih dalam program tersebut.

Previous articleCara penyediaan Spaghetti Basil Pesto yang lazat di Restoran Rasa Rosz.
Next articleRock Warrior Music Festival tunda kerana cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here