Photo from wellspringgardens.com

Oleh: Nafsiah Jani

Lengkuas biasanya digunakan untuk menambah aroma dan menyedapkan lagi masakan. Manakala dalam bidang perubatan pula, lengkuas juga membantu mengatasi masalah kulit, melegakan sakit perut, selesema dan berfungsi sebagai ejen antibakteria.

Lengkuas yang berasal dari keluarga Alpinia Galanga juga mempunyai banyak manfaat dan khasiat untuk kesihatan. Ia mengandungi vitamin A, B1, B2, B3, C, mineral seperti kalsium, fosfor, zat besi, natrium, kalium dan zink.

Namun, harus diingat bahawa mengambil lengkuas secara berlebihan juga boleh menimbulkan kesan sampingan yang tidak baik kepada tubuh. Oleh itu, anda dinasihatkan mengambil jumlah yang secukupnya dalam masakan atau rawatan sehari-hari.

Lengkuas boleh dijadikan ubat dengan minum air rebusan lengkuas setiap hari. Ambil 2 inci lengkuas (diketuk), sedikit madu dan limau nipis. Masak air 300 ml dan masukkan lengkuas yang telah diketuk tadi. Masak hingga mendidih selama 15 hingga 20 minit. Bila sudah mendidih masukkan madu dan sebiji air perahan limau nipis. Minum ketika panas ataupun suam.

Air rebusan lengkuas dapat memberikan sejumlah khasiat yang baik bagi tubuh badan manusia. Jadi apa tunggu lagi, jika nak sihat dan jauh dari sebarang peyakit minumlah air rebusan lengkuas setiap hari. Anda akan takjub dengan hasilnya. Selamat mencuba.

  1. Air rebusan lengkuas dapat membantu penurunan penyakit degeneratif seperti alzheimer dan parkinson. Biasanya, kedua penyakit tersebut banyak dihidapi oleh seseorang yang sudah lanjut usia.
  2. Lengkuas juga mengandung galangin yang memiliki sifat antikanser dan dapat mengurangi risiko kanser. Menurut sebuah kajian jurnal Nutrients menegaskan bahwa lengkuas sangat efektif dalam mengurangi risiko kanser terutamanya kanser usus besar.
  3. Lengkuas juga dapat membantu mereka yang menghadapi masalah batuk dengan mencairkan kahak dan merawat bronkitis. Ambil dua ketul lengkuas, dua ketul temulawak dan dua ketul halia sebesar ibu jari direbus bersama kulit kayu manis bersama tiga cawan air. Rebus hingga mendidih. Bila dah hangat-hangat kuku, air rebusan itu boleh diminum pagi dan malam setiap hari sehingga batuk elok.
  4. Lengkuas mengandungi vitamin C, alpin, dan galangin yang dapat membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Selain itu, vitamin C ini juga dapat mengoptimalkan penyerapan zat besi sehingga membuatkan peredaran darah menjadi lancar.
  5. Lengkuas merupakan salah satu sumber anti oksidan yang dapat membantu melawan penyakit dan melindungi sel-sel tubuh dari rosak akibat radikal bebas.
  6. Lengkuas kaya dengan serat, sehingga mampu menolong usus mencerna makanan. Ia juga membantu mengatasi masalah sembelit.
  7. Kandungan vitamin B6 atau piridoksin dalam ekstrak lengkuas sangat bermanfaat dalam memantau fungsi otak dan membantu mereka yang menghadapi masalah insomnia atau susah tidur pada waktu malam. Untuk mengatasi masalah ini minumlah segelas teh lengkuas dengan madu untuk mendapatkan kualiti tidur yang cukup bermakna.
  8. Lengkuas juga dapat membantu menurunkan paras kolesterol yang tinggi hingga boleh menyebabkan serangan jantung dan strok. Kadar kolesterol dalam darah pun boleh dicegah jika anda rajin minum air rebusan lengkuas yang mengandungi antioksidan yang tinggi.
  9. Lengkuas mengandung antioksidan polifenol yang cukup tinggi. Kandungan ini dapat menjaga kesihatan otak dan meningkatkan kemampuan daya ingatan.
  10. Lengkuas mengandungi beberapa asid amino esensial yang dapat membantu menghasilkan sel-sel kulit yang sihat. Zat ini juga dapat mengurangkan berlakunya kemerahan dan pembengkakan pada kulit wajah. Kandungan flavonoidnya yang tinggi juga membantu mengurangkan kesan pada wajah akibat radikal bebas dengan mengurangi jerawat, bekas luka, bintik hitam dan mengurangi radang pada kulit wajah.

 

Previous articleBahaya Kebas dan sakit ibu jari selepas bersalin? (Bahagian 1)
Next articlePeminat adalah tulang belakang kejayaan Khai Bahar Di ABPBH 36

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here