Oleh : Asmat Fikri
Selepas bersalin pernah ke anda mengalami masalah sakit pada bahagian tangan terutama sekitar ibu jari?. Sakit tu macam kebas-kebas, menyusuk, dan boleh jadi juga bengkak. Rata-rata pernah mengalaminya terutamanya selepas bersalin.
Ramai yang beranggapan, ia terjadi disebabkan kerana telah menggunakan tenaga yang lebih semasa memangku bayi dalam pantang ketika menyusu. Biasa sakit bahagian itu ada datang sekejap tanpa berlarutan. Tapi kalau sudah ke tahap lebih teruk, ia akan rasa berpanjangan hingga mengganggu tugas harian.
Menurut Hello Doktor, penyakit itu dipanggil “De Quervain’s Tenosynovitis’’ atau juga dikenali sebagai “mother’s thumb’’. Ia merupakan satu keadaan yang menyebabkan kesakitan pada pangkal ibu jari dan pergelangan tangan. Dua tendon yang terlibat adalah `extensor pollicis brevis’ dan `abductor pollicis longus’. Tendon-tendon ini akan bersalut di dalam sarung atau terowong yang terdapat pada pergelangan tangan lalu menyebabkannya menjadi bengkak atau tebal hasil pergerakan yang berulang-ulang pada kawasan yang terlibat.
Penyakit ini biasanya berlaku pada wanita yang berusia lebih 40 tahun, terutamanya wanita selepas bersalin. Biasanya sebab `overuse of hand and thumb’, angkat berat, contoh angkat baby kecil. Biasa berlaku pada tangan dominan, maknanya kalau `right handed’, biasanya akan sakit pada tangan kanan dan sebaliknya.
Kalau pergi klinik atau hospital, biasanya doktor akan menyuruh pesakit menggenggam tangan dengan ibu jari di dalam genggaman dan dibengkokkan ke arah jari kelingking. Kalau sakit semakin teruk, maka ujian perlu dilakukan dan besar kemungkinan positif penyakit De Quervain’s Tenosynovitis ini.
De Quervain’s Tenosynovitis yang tidak dirawat mungkin akan menurunkan fungsi tangan dan mengurangkan jarak pergerakan sendi pada tangan.
Antara langkah yang boleh diambil jika mengalami sakit ini adalah:
- Pakai brace atau sekurang-kurangnya wrist support.
- Ubat tahan sakit dan anti keradangan.
- Senaman tangan untuk tingkatkan kekuatan dan fleksibiliti pada ibu jari dan pergelangan tangan.
- Rawatan ice pada tempat yang sakit.
- Suntikan ubat anti keradangan pada tempat yang sakit.
- Pembedahan.
Biasanya ada juga yang bertanya apakah punca-puncanya penyakit ini? Adakah semua ibu selepas bersalin akan mengalaminya? Oh tidak semestinya! Ada yang akan dapat penyakit ini dan ada juga yang tidak mengalami sakit ini.
# Ikuti sambungan artikel akan datang punca-punca berlakunya penyakit ini.

ASMA Fikri ialah bekas wartawan Majalah Al-Islam.