Image by montemari from Pixabay

Oleh : Nafsiah Jani

Arabic gum atau Al-Manna yang mengandungi serat diet telah diiktiraf mempunyai kesan positif tehadap kesihatan manusia. Masyarakat terdahulu menggunakannya dalam perubatan tradisional dan alternatif

Ternyata Arabic gum ini mempunyai 1001 rahsia dan manfaat untuk kesihatan yang perlu diketahui semua manusia di dunia ini. Manfaatnya dapat memberi kebaikan dalam kehidupan seharian manusia di bumi ini. Arabic gum biasanya digunakan masyarakat Timur Tengah sebagai ramuan masakan.

Arabic Gum atau gam arab turut dikenali sebagai Acacia gum adalah lelehan kering yang diperolehi daripada batang pokok Acacia Senegal dan Acacia Seyal. Khasiat Arabic gum dalam perubatan menjadikannya antara ubat alternatif yang semakin mendapat perhatian kerana ia juga kaya dengan nutrisi yang baik.

Arabic gum telah banyak digunakan dalam industri makanan dan juga selamat untuk digunakan dalam masakan. Ia juga telah digunakan secara meluas sebagai penstabil, pemekat dan agen penggelan (gelling agent) di dalam minuman dan makanan seperti gula-gula getah, pastil dan marshmellow.

Namun kini, Arabic gum telah digunakan secara meluas sebagai makanan tambahan untuk kesihatan. Jawatankuasa Pakar Bersama Food and Agriculture Organization (FAO) dan World Health Organization (WHO) telah melaporkan bahawa arabic gum adalah bahan makanan tambahan yang sangat selamat. Arabic gum kini lebih mudah didapati dalam bentuk serbuk dan dijual sebagai makanan tambahan.

Sekurang-kurangnya terdapat 3 gred Arabic gum yang terdapat di pasaran dan kualitinya ditentukan oleh warna, cuaca, tanah dan ciri-ciri cecair yang dikumpulkan. Arabic gum yang paling berkualiti terdapat semasa musim kemarau apabila kulit pokok acacia merekah dan mengeluarkan cecair di pokok.

Tarig A. Eltom, CC BY 3.0 <https://creativecommons.org/licenses/by/3.0>, via Wikimedia Commons

Arabic gum juga rendah dengan kalori dan kaya dengan serat larut dan mengandungi pelbagai mineral seperti kalium, kalsium dan magnesium. Serat larut telah terbukti bagus untuk menurunkan berat badan dan membantu mengawal paras gula serta kolesterol dalam darah. Serat yang ada di dalam Arabic gum juga telah dikenali antara serat yang paling selamat di dunia.

Walaupun kajian sebelum ini menunjukkan keberkesanan Arabic gum untuk merawat pelbagai jenis penyakit, namun diingatkan bahawa Arabic gum tidak boleh menggantikan ubat sedia ada. Ia juga tidak boleh diambil sewenang-wenangnya tanpa permerhatian dan nasihat pakar perubatan terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah penyakit kronik seperti masalah buah pinggang.

Disini kami kongsikan beberapa kebaikan dan manfaat berguna bagi mereka yang mengamalkan Arabic gum ini dalam kehidupan mereka sehari-hari.

1. Membantu proses penurunan berat badan dengan mengawal selera makan. University of Medical Science & Technology Sudan melaporkan mereka yang mengambil Arabic gum mengalami penurunan dari segi BMI dan peratusan lemak. 18 gm Arabic gum dicampur dalam 250 ml air, kacau larut dan minum pada waktu pagi dan waktu malam pula 12 gm pula dikacau dalam 250 ml air dan minum 4 jam selepas makan malam.

2. Arabic gum kaya dengan serat yang boleh meningkatkan penyingkiran kolesterol dari badan dan seterusnya menurunkan paras kolesterol dalam darah. Pengambilan Arabic gum 15 gm hingga 30 gm selama 30 hari dapat mengurangkan paras kolesterol dalam darah.

3. Minum air arabic gum sebanyak 25 gm sebelum tidur juga dapat membuang toksin dalam badan dan menghalang kanser kolon.

4. Arabic gum juga boleh membentuk gel untuk membalut luka dan pengunaannya mampu mempercepatkan penyembuhan luka melalui komponen aktif seperti alkaloid dan flavonoid. Gel ini juga bersifat antioksidan, tidak memecahkan darah dan boleh melekat.

5. Arabic gum juga kaya dengan serat larut bagi membantu mengawal paras gula dalam darah. Kajian mendapati bahawa pengambilan serbuk Arabic gum sebanyak 10 gm sehari selama 16 minggu telah menurunkan paras gula semasa berpuasa dan bagus untuk pesakit diabetes.

6. Arabic gum juga dapat mengawal tekanan darah tinggi dan membantu mengembalikannya menjadi normal. Kajian mendapati bahawa pengambilan 10-25 gm arabic gum yang dilarutkan di dalam 250 ml air dan diambil pada waktu pagi selama 16-18 minggu telah berjaya menurunkan tekanan darah tinggi pesakit tersebut.

7. Komponen antiradang yang terkandung dalam arabic gum, dikatakan dapat mengurangkan sakit tekak serta simptom batuk. Untuk hilangkan batuk, hisap ketulan Arabic gum sebesar hujung jari mengikut keperluan. Arabic gum merupakan salah satu bahan yang sering ditemui dalam lozenges atau ubat sakit tekak.

8. Kandungan serat Arabic gum yang tinggi juga mempunyai fungsi sebagai prebiotik. Prebiotik berperanan meningkatkan jumlah probiotik atau bakteria baik di dalam usus sekaligus memberi pelbagai kebaikan kepada badan seperti membantu sistem penghadaman badan berfungsi dengan baik dan juga membantu penyerapan mineral di dalam badan.

9. Arabic gum juga dapat mengubati masalah sembelit yang disebabkan oleh air dalam badan anda tidak mencukupi untuk melawaskan pembuangan air besar.

10. Untuk penyakit gout, rebus daun pandan serta akarnya sekali. Ambil segelas air rebusan yang telah sejuk tadi dan dibancuh dengan 25 gm Arabic gum dan minum pada setiap pagi semasa perut kosong dan pada waktu malam.

 

Previous articleWasiat Rasulullah SAW berkenaan dengan kaum wanita
Next articlePenangan watak Mak Leha, tawaran untuk Liza Abdullah tak putus

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here