Oleh: Nafsiah Jani

Bila bercakap pasal maajun pasti ramai yang beranggapan bahawa maajun ini tidak elok untuk kesihatan dan macam-macam lagi. Namun maajun inilah yang diamalkan nenek moyang kita sejak dulu lagi untuk kekal sihat dan bertenaga.

Untuk keselamatan, carilah dan makanlah maajun yang kita tahu pembuatnya. Boleh dikatakan maajun ini begitu popular di kampung kerana ia dihasilkan golongan orang tua-tua dengan pelbagai ramuan akar kayu yang berkhasiat untuk penjagaan dalaman dan luaran seseorang.

Namun ketika membeli maajun, janganlah membeli yang dijual di tepi jalan kerana kita tidak tahu isi kandungan dan cara pembuatannya.Dikhuatiri maajun tiruan ini boleh menjejaskan kesihatan kita.

Kalau ingin kekal sihat hingga ke akhir hayat carilah maajun yang kita percayai dan ada logo Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Untuk hasil yang menakjubkan amalkan pengambilannya secara konsisten.

Jika diamalkan inilah antara kebaikan maajun ini kepada tubuh badan kita.Disini kami paparkan beberapa kebaikan mengambil maajun. Antaranya ialah :

1. Melegakan masalah sakit sendi badan

2. Mengurangkan lenguh badan

3. Mengurangkan kebas badan

4. Mengeluarkan angin dalam badan.

5. Legakan sakit pinggang/belakang

6. Menjadikan badan lebih ringan untuk kerja, segar dan sihat.

7. Mengubati keputihan pada wanita.

8. Menurunkan berat badan dan mengempiskan perut

9. Membetulkan semula perjalanan period supaya ianya datang normal

10.Menyeri dan mencantikkan kulit

 

 

Previous articleEh! biar betul minuman berkafein sebabkan badan berbau? (Bahagian 1)
Next article“Hal Hebat” terjadi kepada Ernie Zakri kerana lagu “Masing Masing”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here