Oleh : Asmat Fikri
Bau badan bukan masalah biasa, tapi ia amat merumitkan dan memalukan kalangan wanita yang mempunyai masalah sebegini. Bukan hanya si tuan badan yang merasa rumit dan malu untuk segera selesaikan masalah tersebut. Malah orang sekeliling lagi rumit memikirkan kerana terpaksa menahan bau yang menyucuk hidung tanpa perlu menyinggung perasaan tuan punya badan.
Bayangkan, bau masam dari ketiak itu langsung tidak memberi ruang untuk orang sekeliling hidup tenang. Malah, buat si tuan punya badan, ia boleh sampai mengganggu mental sehingga hilang keyakinan diri untuk berjumpa orang ramai. Masalah bau badan ini terutama dalam kalangan orang perempuan sering terjadi, terutama bagi mereka yang bertubuh besar.
Bagi memahami dengan jelas, bau badan adalah peluh yang keluar bercampur bersama dengan bakteria di permukaan kulit adalah punca yang menyebabkan badan berbau. Selain itu, bau badan turut dipengaruhi juga oleh beberapa jenis makanan seperti bawang putih dan kari.
Punca bau badan
Seperti yang dinyatakan di atas, bau badan ini dipengaruhi oleh bakteria yang bercampur peluh. Jumlah peluh yang dihasilkan seseorang juga berbeza bergantung kepada beberapa faktor. Antaranya:
- Saiz badan
Mereka yang mempunyai saiz badan yang lebih besar akan menghasilkan lebih banyak haba. Jadi, mereka kerap berpeluh berbanding orang lain. - Usia
Badan kita akan menjadi lebih sensitif terhadap haba selepas mencapai usia tertentu. - Jumlah otot
Jisim otot yang lebih tinggi akan menjana lebih banyak penghasilan haba. - Kesihatan diri
Demam dan kondisi mental tertentu, contohnya depresi boleh menyebabkan badan anda menghasilkan lebih banyak peluh daripada biasa! - Tahap kecergasan diri
Mereka yang lebih cergas selalunya berpeluh lebih kerap.
Penyebab bau badan wanita
Justeru, kali ini kita akan lebih memfokuskan mengenai golongan wanita yang sering dikaitkan dengan masalah bau badan. Terdapat banyak sebab sebenarnya, antaranya adalah:
- Hormon. Sebab, wanita lebih banyak mengalami proses perubahan hormon dan hormon pada tubuh wanita cenderung tidak stabil.
- Masa hamil. Ketika hamil, wanita akan menghasilkan hormon estradiol yang dapat menimbulkan bau menyengat pada tubuh. Selain itu, wanita hamil juga lebih mudah berpeluh kerana adanya peningkatan suhu tubuh.
- Penyakit diabetes. Berdasarkan data Diabetes Atlas yang diterbitkan oleh International Diabetes Federation (IDF), wanita lebih cenderung terkena risiko diabetes dibandingkan lelaki. Hal ini kerana umumnya wanita melakukan lebih sedikit aktiviti berbanding lelaki sehingga tidak menghabiskan karbohidrat atau glukosa.
- Stres atau tekanan. Penelitian yang dilakukan oleh American Physiological Association menyebutkan wanita lebih cenderung mengalami stres berbanding lelaki. Sebab, wanita memiliki gangguan fizikal dan mental yang lebih tinggi berbanding lelaki.
- Selalu makan makanan berminyak. Wanita selalu mengaitkan masalah stres dengan makan. Jika makan, ianya dikatakan dapat melegakan sedikit stres. Disebabkan itu sesetengah wanita jarang teliti dalam bab makan hingga selalu mengambil makanan berminyak yang boleh menyumbang kepada bau badan.
- Pengambilan minuman berkafein. Perempuan dan kopi ibarat tidak dapat dipisahkan. Ianya sudah menjadi gaya hidup. Tetapi sebenarnya ramai yang tidak perasan badan anda akan menghasilkan lebih banyak peluh yang boleh menghasilkan bau kurang menyenangkan apabila kerap meminum minuman berkafein!
# Ikuti sambungan artikel akan datang cara-cara untuk menghilangkan bau badan.
ASMA Fikri ialah bekas wartawan Majalah Al-Islam.