Image by jcomp on Freepik

Oleh : Nafsiah Jani

Di kalangan lelaki yang berperut buncit mereka juga dikenali dengan panggilan perut boroi. Bagi sesetengah wanita pula menghadapi masalah perut buncit disebabkan faktor selepas bersalin atau bagi wanita muda disebabkan faktor pemakanan.

Jenis pemakanan juga merupakan faktor yang menyumbangkan kepada masalah perut boroi atau buncit ini. Makanan berlemak tinggi, makanan segera, makanan olahan, makanan berkalori tinggi, susu, marjerin, soda dan minuman beralkohol adalah antara sajian yang harus dielakkan.

Namun jangan anggap masalah perut buncit atau perut boroi ini adalah perkara biasa. Anda perlu peka jika perut anda buncit atau boroi yang berlebihan kerana ini merupakan petanda bahawa kesihatan seseorang itu berada ditahap yang kurang memuaskan.

Berdasarkan penyelidikan saintifik yang dijalankan oleh The National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Disorders (NIDDK) di Amerika Syarikat, masalah perut buncit mampu menjadi penyumbang utama kepada penyakit kronik seperti penyakit jantung koronari, strok, penyakit pundi hempedu, hati berlemak, kanser tertentu dan kencing manis.

Pengambilan makanan berkhasiat dan amalan gaya hidup yang sihat seperti rajin bersenam merupakan aspek yang paling penting untuk anda mendapatkan perut dan bentuk badan yang ideal.

Dibawah ini kami kongsikan bersama cara dan petua untuk mengatasi masalah perut buncit ataupun boroi. Cuba jangan tak cuba kerana segalanya bergantung keada usaha dan cara anda melakukannya.

1. Pilihlah makanan yang mempunyai sajian serat yang tinggi dan protin
rendah lemak. Ia boleh didapati melalui buah-buahan, sayuran, bijirin penuh dan protin yang mengandungi rendah lemak. Elakkan mengambil makanan yang diproses, mengandungi gula dan tepung gandum yang ada banyak lemak tepu.

Image by azerbaijan_stockers on Freepik

2. Minum air teh yang dicampur limau nipis tanpa gula dan minum setiap hari. Amalkan air ini dan Insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Amalkanlah selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun. Petua ini sesuai untuk orang yang tidak mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba.

3. Pastikan anda minum banyak air kosong atau air lemon sehingga air kencing bertukar warna putih. Badan memerlukan banyak air kerana pengambilan serat yang berlebihan dan air dapat membantu untuk mencerna lebihan serat tersebut.

4. Selain air dan makanan yang bersesuaian, seseorang itu juga memerlukan rehat yang secukupnya. Penting untuk anda mendapatkan tidur yang secukupnya, sekurang-kurangnya lapan jam sehari supaya badan anda dapat menyingkirkan lemak sepanjang ia berehat. Jika badan anda tidak mendapat rehat yang secukupnya, mungkin proses penyingkiran lemak akan menjadi lebih sukar.

5. Untuk hilangkan perut buncit, rajin-rajinlah minum air asam jawa. sebagai minuman harian. Air asam jawa dapat mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air menjadi satu gelas. Sejukkan seketika dan minumlah selepas makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh bertambah segar dan langsing.

6. Garam boleh yang berlebihan boleh membuatkan perut anda nampak lebih buncit. Jika anda ingin kempiskan perut, tinggalkan makanan segera, snek dan juga makanan yang diproses. Semua ini mengandungi garam yang tinggi.

7. Mengubah corak pengambilan makanan juga dapat membantu mengatasi masalah perut buncit. Ini terutamanya bagi mengawal pengambilan kalori setiap hari. Elakkan pengambilan hidangan yang mempunyai gula yang tinggi dan karbohidrat. Lebihkan pada pengambilan susu rendah lemak yang mengandungi kalsium yang tinggi.

8. Selain menjaga pemakanan, seseorang itu juga perlu melakukan senaman kardio iaitu senaman ketahanan badan atau senaman aerobik untuk menyingkirkan lemak degil yang terkumpul. Lakukan senaman berintensiti rendah terlebih dahulu dan selepas itu baru senaman yang berintensiti tinggi. Takut anda mudah bosan bila melakukan senaman kardio yang sama dan akhirnya malas untuk terus membuatnya.

9. Kandungan asid di dalam minyak zaitun yang dikenali sebagai asid oleik dapat membantu menghapuskan lemak berlebihan dalam badan. Asid lemak di dalam minyak zaitun boleh mengekalkan paras gula dalam darah. Gunakan minyak zaitun dalam setiap masakan untuk mendapat menu yang lebih sihat untuk anda sekeluarga.

10. Selalulah makan buah-buahan seperti tembikai, betik dan tomato. Tomato membantu mengurangkan lemak pada perut kerana ia dapat mengurangkan air yang merebak di sekitar bahagian bawah perut. Tembikai pula elok dimakan sebelum makan. Kandungan air yang tinggi dalam tembikai dapat mengurangkan lemak dan mengelakkan makan terlalu banyak. Kandungan enzim papain di dalam betik dapat memperbaiki sistem pencernaan. Enzim ini juga membantu menghadam makanan dengan cepat dan seterusnya mengurangkan lemak di perut anda.

Previous articleAchey lamar Tantari untuk duet dalam ‘Biar’
Next articleCromok kembali beraksi di SoulFest, Ahad ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here