Achey melamar Tantari untuk berduet dengannya dalam lagu "Biar".

Oleh: Wawa Najwa

LAGU “Rindu Hatiku Rindu” ciptaan komposer ternama, Eddie Hamid dan lirik oleh Jaju dan Hakim Hakimi berjaya mengangkat nama penyanyi cilik Tantari.

Tantari atau nama sebenarnya, Naufal Zahirul Azahael Mohd Alfian,7, terus menjadi fenomena apabila single sulungnya itu menduduki tangga #1 Trending untuk muzik di YouTube selama 20 hari berturut-turut dan meraih lebih daripada lapan juta tontonan.

Populariti Tantari itu membuatkan Achey yang menyerlah sebagai penyanyi dan penulis lirik untuk lagu ciptaan dan dendangannya, seperti “Sakit” (45 juta tontonan di YouTube) dan “Yang Terindah” (35 juta tontonan di YouTube) melamar penyanyi cilik itu untuk berduet dengannya.

Lagu “Biar” memaparkan tema perpisahan dan ketabahan dalam menghadapi cabaran hidup.

Kerjasama antara kedua-dua artis ini bukan sahaja menggabungkan bakat istimewa mereka tetapi juga menghasilkan satu karya muzik yang luar biasa.

Single “Biar” ditulis sepenuhnya oleh Achey sendiri sama seperti semua lagu-lagu hitnya sebelum ini.

Achey atau Mohd Nasir Hamzah, 38, berkata, single duet pertama dengan Tantari ini mengisahkan mengenai seorang lelaki yang sentiasa berusaha untuk mencapai kesempurnaan dalam hubungannya tetapi hakikatnya, tiada apa yang sempurna dalam hidup ini.

“Melalui lirik-lirik yang mendalam, lagu ini merangkumi aspek kehidupan yang kompleks di mana kesempurnaan bukanlah matlamat yang realistik.

Lagu “Biar’ adalah ciptaan sepenuhnya oleh Achey.

“Saya mahu melalui lagu ini menyokong fahaman bahawa setiap kelemahan dan kekurangan dalam hubungan, sebenarnya, membawa kita lebih dekat kepada pemahaman tentang kebahagiaan yang sejati.

“Lagu “Biar” memaparkan tema perpisahan dan ketabahan dalam menghadapi cabaran hidup. Menerusi lagu ini, saya dan Tantari cuba menyampaikan pesanan bahawa walaupun kita berusaha untuk mencapai kesempurnaan, kita perlu menerima hakikat bahawa kekurangan adalah sebahagian daripada kehidupan kita,” jelas Achey.

Dengan lirik yang mendalam dan melodi yang menyentuh hati, ditambah pula dengan vokal Achey yang penuh emosi dan gaya nyanyian Tantari yang unik digabungkan dengan sempurna, menjadikan lagu “Biar” sebuah karya yang penuh makna.

Baru sahaja dimuat naik ke pelantar YouTube 30 Ogos lalu, muzik video rasmi lagu “Biar” sudah pun mencapai kedudukan Top 30 Trending untuk muzik di YouTube dengan jumlah tontonan melebihi 60,000 dalam masa hanya tiga hari.

“Biar” mencapai kedudukan Top 30 Trending di YouTube dengan jumlah tontonan melebihi 60,000.

Sementara itu, Tantari berkata dia teruja kerana dapat berkolaborasi dengan seorang penyanyi dan penulis lagu ternama walaupun baru setahun jagung terlibat dalam industri muzik tempatan.

“Saya seronok dapat jemputan daripada abang Achey untuk menyanyi bersama dalam sebuah lagu. Ramai orang kenal dengan abang Achey. Ramai juga kata yang abang Achey adalah Tantari bila dah besar nanti.

“Segala sokongan yang diterima daripada peminat memberi semangat kepada saya untuk buat yang terbaik dalam setiap persembahan. Saya banyak belajar daripada abah bagaimana untuk buat persembahan pentas sebab abah juga selalu buat persembahan dalam majlis-majlis kahwin,” katanya ceria.

Single “Biar” terbitan bersama Nova Music dan Seventeen Eleven Music kini boleh distrim di semua pelantar penstriman muzik yang ada di Malaysia. Muzik video rasmi “Biar” juga boleh ditonton di saluran YouTube Seventeen Eleven Music di pautan ini https://www.youtube.com/watch?v=d2KLaUi-xq8.

Previous articleUK’s beri penghormatan kepada peminat pilih lagu
Next articleCara mengatasi masalah perut buncit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here