Photo by Maria Orlova: https://www.pexels.com/photo/woman-with-towel-on-head-after-shower-4946936/

Oleh : Nafsiah Jani

Wanita yang semakin berusia pasti akan mengalami masalah jeragat di muka iaitu tompokan hitam yang terdapat di pipi, hidung dan dahi. Selalunya masalah ini terjadi disebabkan salah memakai produk yang mengandungi merkuri ataupun disebabkan lain-lain faktor.

Mungkin ramai yang terkeliru antara jerawat dan jeragat. Jerawat adalah masalah kulit yang berkaitan dengan liang pori manakala jeragat adalah masalah kulit berkaitan dengan pigmentasi. Berbeza dengan jerawat, jeragat bukan disebabkan oleh minyak tetapi diakibatkan oleh faktor seperti sinaran ultraviolet, hormone, ubat-ubatan, barangan kosmetik dan faktor keturunan.

Jeragat juga disebabkan kulit muka terdedah lama di bawah pancaran matahari tanpa sebarang krim perlindungan dan penghasilan komponen melanin secara berlebihan pada kulit wajah.

Bagi memastikan anda tidak menghadapi masalah muka berjeragat di waktu tua, pastikan anda mula menjaga muka sejak remaja lagi. Walaupun bintik hitam ini tidak berbahaya namun ia boleh membuatkan seorang wanita itu berasa rendah diri dengan penampilan wajah yang kulit wajahnya dipenuhi jeragat.

Namun anda tidak perlu risau untuk menghilangkan jeragat tersebut. Anda tidak memerlukan belanja yang besar untuk membeli produk bagi menghilangkannya. Sebaliknya anda boleh gunakan saja bahan-bahan yang terdapat di dapur ataupun buah-buahan disekeliling rumah anda.

Untuk elakkan kulit muka berjeragat, pakai krim pelindung matahari yang mengandungi SPF 35 setiap kali anda berada diluar rumah, elakkan makanan berminyak, minum banyak air kosong sekurang-kurangnya dua liter sehari.

Gunakan air kelapa untuk membersihkan muka. Ini kerana kandungan asid yang terdapat dalam air kelapa dapat merawat kulit wajah sewaktu anda keluar rumah pada jam 11 pagi hingga 3 petang.

Image by freepik

Dibawah ini kami sarankan anda untuk menggamalkan rawatan tradisional bagi merawat masalah muka berjeragat. Bahan-bahan ini bukan saja menjimatkan kos, sebaliknya membuat kulit tambah cantik berseri. Selamat mencuba.

  1. Kandungan curcumin yang terdapat dalam serbuk kunyit boleh mengurangkan terhasilnya melanin pada kulit yang menyebabkan jeragat. Campurkan sesudu teh serbuk kunyit bersama jus lemon. Kemudian, kacau sehingga membentuk sebatian yang pekat. Sapukannya pada kawasan yang berjeragat. Biarkan selama 10 minit dan boleh dibilas dengan air bersih.
  2. Jus bawang merah juga boleh menghilangkan bintik-bintik gelap pada muka kerana ia kaya dengan vitamin C. Caranya parut bawang besar dan perah jusnya. Kemudian sapukan jus bawang besar ini ke kawasan jeragat beberapa kali sehari selama 16-20 minggu untuk mendapatkan hasil yang ketara. Amalan ini secara konsisten boleh menghilangkan tompokan gelap pada wajah , meratakan tekstur kulit dan mengembalikan tona muka sekata.
  3. Pakailah masker betik secara konsisten pada setiap hari atau dua kali seminggu sekiranya inginkan jeragat hilang Caranya hancurkan betik masak dan lumurkan dimuka sebagai masker dan biarkan seketika selama 20 minit. Bilas dengan air bersih.
  4. Campuran betik, lemon dan madu juga mampu menghilangkan atau memudarkan jeragat di muka. Campurkan isi betik masak, satu sudu madu dan sedikit perahan lemon. Kisar kesemua bahan-bahan ini tanpa meletakkan air. Ini kerana betik memiliki kandungan air yang tinggi. Kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan dalam acuan dan sejuk bekukan selama satu jam. Apabila ingin dipakai cuma gosokkan perlahan pada seluruh kulit wajah dan biarkan selama 10 minit. Bilas dengan air biasa. Anda akan teruja dengan hasilnya kerna kulit semakin licin, lembut dan gebu.
  5. Campuran lemon dan kentang bagus dijadikan masker untuk merawat jeragat. Kentang mengandungi enzim unik, katekolase untuk merangsang kulit menjadi lebih sihat dan cerah. Campuran ini juga dapat membantu menghilangkan dan memudarkan bintik hitam, jeragat dan parut jerawat. Caranya buang kulit kentang dan rebus sehingga empuk. Kemudian kisar kentang bersama air lemon sehingga halus seperti dadih. Sapukan ke wajah dan biarkan selama 20 minit. Selepas itu basuh wajah dengan air biasa. Lakukan setiap hari agar bintik hitam dan jeragat semakin pudar dan terus hilang.
  6. Ubat gigi juga dapat membantu mengatasi masalah muka berjeragat. Campurkan satu sudu teh ubat gigi dan garam. Kacau sekata dan sapu pada wajah yang berjeragat. Biarkan selama lima minit dan kemudian basuh muka dengan air bersih.Ubat gigi mint dan putih telur juga mampu mengatasi masalah jeragat. Letakkan tisu diatas hidung dan kawasan berjeragat, lumurkan campuran tadi diatas tisu dan biarkan selama 15 minit. Akhir sekali tanggalkan kertas tisu dan cuci muka dengan air bersih.
  7. Jus lemon juga kaya dengan asid hidroksi boleh membantu membuat sel kulit mati mengelupas secara semula jadi serta mempercepatkan penumbuhan sel kulit baru yang terjejas gara-gara jeragat. Perah buah lemon hingga menjadi jus dan sapukan pada kulit muka yang bermasalah. Kemudian, biarkan dan bersihkan lalu ulang beberapa kali dalam seminggu.
  8. Oat juga boleh dijadikan topeng muka bagi menggurangkan masalah muka berjeragat. Oat juga membantu menyerap lebihan minyak pada kulit wajah.Oat juga tinggi dengan sifat antiradang dan antioksidan bagi merawat masalah kulit kering dan membuang sel kulit mati.
  9. Baking soda juga dapat menghilangkan jeragat serta mampu membantu menjaga tahap keseimbangan pH pada kulit anda sekali gus dapat mengatasi masalah kulit muka berjeragat. Caranya, cuma perlu sapu serbuk soda penaik pada kulit yang berjeragat, gosok, cuci dengan air bersih dan ulang sebanyak 5 kali.
  10. Cuka epal mempunyai sifat astrigen, mampu menyingkirkan minyak yang berlebihan dari dalam kulit berjeragat. Kesannya, organ kulit akan lebih dilindungi dari jangkitan, ekoran ia tinggi sifat antibakteria dan antiseptik. Campurkan 1 per 3 cuka epal dengan tepung dan kacau sebati.Sapukan bahan tadi pada kulit yang berjeragat. Biarkan seketika sebelum wajah dibilas dengan air bersih. Jika rajin diamalkan anda akan terperanjat dengan hasilnya. Cuba jangan tak cuba.
Previous articleRisiko bersalin czer lebih dari tiga kali (Bahagian 1)
Next articleWira Legenda Rashid Sidek

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here