Image by freepik

Oleh : Asmat Fikri

“Aku kalau ikutkan memang nak anak ramai, tapi setakat tiga ni je yang dapat…Hurm…” bila ditanya kenapa, pastu jawab dia sebab ketiga-tiga anak lahir secara Czer (pembedahan). Jadi doktor nasihatkan kalau boleh tidak bersalin lagi kerana ia boleh memudaratkan kesihatan dalaman wanita.

Mengikut pernyataan kawan kita di atas, betul ke situasinya itu? Betul ke tidak boleh mengandung jika sudah melahirkan secara czer atau C- section sebanyak tiga kali? Memang maksimum bersalin secara C- section adalah tiga kali? Apakah tidak boleh bersalin secara normal jika telah bersalin secara czer sebanyak tiga kali?

Untuk menjawab pertanyaan itu, menurut Dr. Zubaidi Hj Ahmad seperti yang dikongsi menerusi laman sosial rasmi miliknya memberitahu, beliau tidak dapat memberikan jawapan sama ada ‘YA’ atau ‘TIDAK’ kerana banyak faktor yang menyebabkan seseorang wanita itu terpaksa menjalani pembedahan untuk bersalin.

Ada keadaan di mana wanita itu terpaksa menjalani pembedahan itu walaupun dia boleh melahirkan secara normal. Sebagai contoh, bila anak di dalam kandungan berada dalam keadaan distress. Jika dibiarkan saja, anak itu boleh mati dalam kandungan. Maka pembedahan perlu dijalankan dengan segera walaupun wanita itu boleh melahirkannya secara normal.

Ada juga sesetengah wanita memang tidak boleh melahirkan anak secara normal untuk selama-lamanya. Jika dilakukan kelahiran normal, anak tidak dapat dilahirkan dan kemungkinan akan lemas ketika proses kelahiran. Sebagai contoh tulang punggung ibu yang kecil, menyebabkan faraj tidak boleh mengembang ketika proses bersalin.

Kehamilan dan proses kelahiran adalah berbeza bagi setiap wanita. Ianya sukar diagak. Walaupun kelahiran pertama memerlukan pembedahan, tetapi kelahiran seterusnya mungkin tidak. Jika kehamilan tidak mempunyai sebarang masalah dan kesihatan si ibu berada dalam keadaan baik, maka tidak ada masalah untuk mencuba kelahiran secara normal walaupun telah menjalani pembedahan.

Image by gpointstudio on Freepik

Saranan Dr Zubaidi, berbincanglah dengan doktor yang merawat, jika anda berhasrat untuk mencuba kelahiran secara normal. Ramai doktor tidak mahu mengambil risiko dan meneruskan saja proses kelahiran melalui pembedahan. Namun ada juga doktor yang cuba menunaikan permintaan wanita yang hamil. Jika proses kelahiran normal itu menghadapi masalah, akhirnya pesakit akan ditolak ke bilik pembedahan.

Jelasnya lagi, kejayaan melahirkan anak secara normal selepas pembedahan czer bergantung kepada beberapa faktor. Antaranya ialah:
.
1. Pembedahan czer yang terdahulu bukan disebabkan oleh masalah proses kelahiran yang lambat akibat rahim tidak mengecut (dystocia)

2. Kehamilan sekarang tidak mempunyai masalah yang sama dengan kelahiran sebelum ini yang memerlukan pembedahan czer (contohnya posisi songsang –kaki keluar dahulu)

3. Pernah melakukan proses kelahiran secara normal sebelum ini

4. Proses kelahiran kali ini telah bermula dan rahim mula mengecut dengan baik dan pangkal rahim untuk proses kelahiran mula terbuka.

5. Ibu yang hamil berumur kurang dari 35 tahun sebanyak tiga kali?

*Ikuti sambungan artikel akan datang risiko yang bakal dihadapi para ibu yang telah beberapa kali bersalin secara czer.

Previous articleKisah Muharram dan bubur Asyura (Bahagian 1)
Next articleRawatan tradisional menghilangkan jeragat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here