Elisya Sandha, dan Azrel Ismail bergandingan dalam drama 12 episod ini.

Oleh: Wawa Najwa

SESIAPA yang melanggan iQIYI di rumah tu berhati-hati kerana drama terbaru yang disiarkan di platform penstriman itu ada cerita yang tidak sesuai ditonton oleh mereka yang berumur 18 tahun ke bawah.

Cerita apa tu! Ala! Cerita Mihrab Cinta Zulaikha yang mula ditayangkan pada jam 9 malam, sejak 17 Mei lalu tu. Kenapa tak boleh, tajuknya dah gempar!

Drama 12 episod yang dilakonkan oleh Elisya Sandha, Azrel Ismail, Scha Elinnea, Johan As’ari, Arash Mohamad, Maria Farida dan Raf Iskandar itu diinspirasikan dari kejadian dan konflik sebenar dalam masyarakat setempat yang menonjolkan kisah percintaan dan juga kekuatan dari segi moral.

Drama Mihrab Cinta Zulaikha boleh ditonton di iQIYI.

iQIYI memberitahu drama ini boleh ditonton oleh penonton yang berumur 18 tahun ke atas, manakala penonton di bawah umur 18 tahun tidak digalakkan untuk menonton disebabkan dasar konsep drama yang mendalam serta jalan cerita matang.

Pengurus Besar iQIYI Malaysia & Singapura, Jony Deng memberitahu oleh kerana faktor umur yang telah disarankan, pihak iQIYI meletakan drama arahan Izuan Mokhtar ini disenarai drama langganan VIP.

“Drama ini diinspirasikan dari kejadian dan konflik sebenar dalam masyarakat. Idea di sebalik penghasilan drama ini datangnya dari keinginan untuk meneroka tema-tema yang melibatkan keimanan, percintaan dan pengorbanan yang sering terjadi dalam masyarakat Malaysia.

Johan As’ari (tengah) sebagai Aidil dalam Mihrab Cinta Zulaikha.

“Bayangkan dunia di mana penceritaan tidak mengenal batas, di mana setiap bingkai adalah jendela budaya yang meriah dengan kisah yang belum terungkap.”

“Jadi, saya berharap drama Mihrab Cinta Zulaikha akan menarik perhatian dan memikat hati penonton melalui kisahnya yang mendalam dan menginspirasikan. Semoga drama ini tidak hanya memperkayakan pengalaman penonton tetapi juga akan meneroka dan memperluaskan pemahaman mereka tentang kekayaan budaya dan nilai-nilai moral melalui karya asli ini,” katanya.

Drama ini mengisahkan tentang Zulaikha (Elisya Sandha), seorang wanita yang tabah, berdikari serta berpegang teguh pada ajaran agama yang bertanggungjawab menguruskan rumah anak yatim namun berdepan masalah kewangan apabila ujian datang menimpa.

Zulaikha bertanggungjawab mengurus rumah anak yatim.

Kemunculan Yusof Hakimi (Azrel Ismail) sebagai penyelamat dalam membantu menyelesaikan segala permasalahan di rumah anak yatim membawa kepada lamaran oleh Yusof terhadap Zulaikha.

Setelah berkahwin, Zulaikha mendapat tahu kehidupan Yusof yang sebenar jauh daripada pegangan agama seperti mana yang disangkakannya. Mengeruhkan lagi situasi, Yusof sudah pun mempunyai kekasih.

Pelbagai pergolakan yang berlaku ditambah ujian demi ujian menimpa diri Zulaikha, namun mampukah dia bertahan atau berserah pada takdir?

Drama ini diinspirasikan dari konflik sebenar dalam masyarakat.

Tegas Jony Deng, setiap drama Original terbitan iQIYI mementingkan mutu penghasilan, jalan cerita yang menarik dan pemilihan pelakon-pelakon yang tepat dalam menjayakan sesuatu watak.

“Pemilihan pelakon adalah berdasarkan kesesuaian karakter yang dibawakan dalam drama serta kemampuan mereka untuk menarik perhatian penonton, selain memiliki bakat lakonan yang hebat dalam menghidupkan sesebuah karakter, setiap pelakon mempunyai daya tarikan tersendiri yang membuatkan mereka unik,” ujarnya.

Previous articleKonsert Kumpulan Dolla 3 Ogos ini
Next articleBella dan Didi Astillah Bermanja-manja

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here