Image by freepik

Oleh : Nafsiah Jani

Ikan memang sedap di makan. Namun jika tersilap langkah, ketika sedang seronok menikmati makan malam atau sedang meratah ikan, kita boleh tercekik dengan tulang halusnya tanpa sengaja.

Risiko tercekik tulang ikan tanpa sengaja boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tetapi kejadian ini lebih mudah terjadi kepada orang yang memakai gigi palsu, kanak-kanak dan warga emas.

Keadaan ini akan membuatkan kita berasa kurang selesa dengan keadaan tekak seolah-olah ada benda yang menganggu dan juga membuat kita panik setelah pelbagai usaha dilakukan namun tulang tersebut tidak dapat dikeluarkan.

Keadaan ini juga akan membuatkan rasa menyucuk di bahagian tekak, batuk, rasa sakit dan sukar untuk menelan makanan. Tulang ikan yang tersangkut di tekak sebaik-baiknya dikeluarkan dengan kadar segera kerana jika dibiarkan begitu saja, lama-kelamaan ia dapat menyebabkan beberapa komplikasi seperti luka di tekak, jangkitan kuman dan sakit dada.

Image by 8photo on Freepik

Disini kami paparkan pelbagai petua dan cara bagi membantu mereka yang menghadapi situasi tercekik tulang ini. Namun jika gejala bertambah buruk, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor.

  1. Kepal segenggam nasi putih dan terus menelannya. Insya- Allah tulang akan mengikut nasi kepal yang kta makan tadi turun ke dalam perut.
  2. Berkumur dengan air garam suam kerana ia membantu mengecut dan mengendurkan otot esofagus, supaya tulang ikan boleh terkeluar dengan sendirinya. Air garam pula boleh membantu meredakan sebarang kerengsaan atau keradangan yang terjadi.
  3. Batuk secara paksa atau batuk dengan kuat bagi membolehkan tulang ikan keluar daripada tekak.
  4. Minum satu sudu cuka bagi membantu memecahkan tulang ikan yang halus. Jika masih terasa tulang minum lagi satu sudu cuka dan telan bersama nasi putih.
  5. Minum air kosong dengan banyaknya juga boleh membantu untuk mengatasi masalah tercekik tulang ikan. Air kosong dapat membantu untuk menurunkan tulang ikan dan membuatnya ikut mengalir bersama dengan air turun ke perut.

    Image by azerbaijan_stockers on Freepik
  6. Tahan pisang di dalam mulut untuk tempoh sekurang-kurangnya satu minit dan kemudian telan pisang dengan potongan besar untuk menarik tulang. Ini bagi memberikan ia peluang untuk menyerap air liur.
  7. Kunyah marshmallow sekadar untuk melembutkannya, kemudian telan dalam satu tegukan besar. Bahan melekit dan bergula boleh mencengkam tulang dan membawanya ke dalam perut.
  8. Minyak zaitun adalah pelincir semula jadi. Jika terdapat tulang yang tersekat pada tekak, cuba telan satu atau dua sudu besar minyak zaitun.
  9. Minum air soda bikarbonat sebagai cara untuk menyingkirkan tulang yang tersekat pada tekak. Ini kerana apabila soda memasuki perut, ia akan membebaskan gas. Gas-gas ini akan membantu menghancurkan tulang dan membina tekanan yang boleh mengeluarkannya.
  10. Tulang ikan juga boleh dihilangkan dengan mencuba roti bersaiz besar yang di sapu mentega kacang dan kemudian menelannya sekaligus. Roti berfungsi untuk ‘menangkap’ tulang ikan dan menolaknya ke dalam perut. Selepas itu minum air bagi memudahkan roti dihadamkan.
Previous articleUcapkanlah Astaghfirullahal ‘adziim (Bahagian 2)
Next articleWaspada serangan asma!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here