Oleh : Syed Wafa
Foto : Khairul Rizal Khalid dan Mohd Amin
Kemeriahan hujung Ramadan begitu terasa, hasrat pengurusan Chinta Event Entertainment untuk meraikan kenalan artis-artis serta penggiat seni yang sentiasa memberi sokongan kepada program-program seni kelolaan mereka tercapai setelah majlis berbuka puasa berjaya dilaksanakan di Warung Tok Kay baru-baru ini.
Majlis yang sungguh meriah ini mendapat kerjasama Warung Tok Kay milik usahawan terkenal, Datuk Noora Kay yang juga pemilik syarikat Expert Laundry dan Butik Bidadari di Galaxy Ampang.
Majlis berbuka puasa dalam suasana sederhana tetapi penuh keceriaan itu berjaya menghimpunan artis-artis terkenal tanah air antaranya Azura Aziz, Cheb Ali, Mama Yong, Mama Syieda serta para penggiat seni seperti Dayang Hana, Watie SB dan Papa Remy ( bekas suami artis allahyarhamah Mek Habsah) dan Presiden Artis Pelapis Malaysia yang juga aktivis Kemasyarakatan , Datuk Hazmimi Johar.
Khairul (Paling Kanan) bergambar kenangan bersama tetamu

Hidangan lauk-pauk ala kampung yang begitu menyelerakan antaranya ikan singgang, masak lemak putih kobis carrot, Ikan masak sambal, Bendi rebus serta ulam ulaman, Pecal , Budu, Kuih lopeh dan minuman sejuk  Oren cordial F&N yang segar disediakan ketika berbuka.

Yang nyata tetamu yang hadir pada majlis berbuka puasa, makan dengan penuh berselera dengan hidangan yang disediakan oleh Warung Tok Kay.
Menurut pemilik Chinta Event Entertainment, Khairul Rizal Khalid serta rakan Mohd Amin, sudah menjadi tradisi setiap tahun Chinta Event akan mengadakan Jamuan Berbuka Puasa bagi meraikan kenalan artis khususnya artis-artis veteran yang banyak memberi sokongan kepada mereka.
Antara tetamu yang hadir

Bagi mereka, berkongsi rezeki setahun sekali adalah satu tuntutan dalam ibadah apatah menjamu mereka yang berpuasa di Bulan yang penuh dengan keberkatan itu.

“Saya memilih Warung Tok Kay kerana tempat ini baru saja dibuka,  ramai yang menyatakan makanan di sini sedap-sedap belaka,  makanan di sini pula berasaskan selera masyarakat Melayu dan Pakistan, berbaloi datang sini, harga pun berpatutan,” jelas Khairul Rizal.
Menurut Khairul lagi, jika mendapat penajaan yang lebih banyak sudah pasti lebih ramai golongan artis yang dapat dijemput malah pelbagai cenderahati turut dapat disediakan
“Ramai artis-artis veteran yang bergurau dengan saya dengan meminta duit raya, saya mengiakan saja dan hanya tersenyum, mereka pun dah macam mak dan bapa saya, seronok tengok gelagat mereka,” cerita Khairul sambil tersenyum.
Majlis tahlil khas buat Allahyarham Jaafar Onn turut diadakan

Bagi Datuk Noora Kay dan juga merupakan seorang ibu tungal yang gigih, dia menyokong sepenuhnya usaha murni Chinta Event Entertainment dalam melaksanakan majlis seperti ini memandangkan dapat menghimpunkan artis-artis samada yang lama atau baharu.

“Ini satu program yang baik, walaupun warung Tok Kay baru sahaja dibuka, tapi Chinta Event telah memilih lokasi ini untuk majlis ini, saya amat berterima kasih kepada Chinta Event dan amat menghargai usaha mereka,” katanya.
Bagi penyanyi yang popular dengan lagu ‘ Bukan Ku Tak Sayang Lagi’ dan ‘Demam Cinta’,  Azura Aziz, Dia memberi sokongan penuh kepada Chinta Event Entertainment dan Warung Tok Kay kerana berpuashati dengan layanan dan servis yang disediakan oleh mereka.
“ Warung Tok Kay juga selesa, makanan pun ‘nice’, majlis ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara artis lama dan artis baharu kerana tiada yang lama, maka tiadalah yang baru,” jelas Azura lagi.
Khairul pemilik Chinta Event Entertainment merupakan teman rapat Allahyarham Jaafar Onn

Turut diadakan adalah Majlis Tahlil khusus untuk allahyarham Jaafar Onn yang kebetulan menghembuskan nafas terakhir pada tarikh tersebut. Allahyarham juga merupakan teman rapat pemilik Chinta Event iaitu Khairul.

Sejurus selesai berbuka dan solat Magrib, Tahlil khas buat Allahyarham Jaafar Onn dipimpin oleh suami Azura Aziz, Cheb Ali dalam suasana yang sebak dan pilu.
Semoga roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah SWT…Amin
Previous articleSungguh Mulia Hati Pemilik Maharani Cafe & Klinik Pergigian Rohaya Raikan Artis Veteran, Anak Yatim Dan Kanak-kanak OKU
Next articleProgram Pendidikan Anak-Anak untuk Hari Akhirat galak pelajar fahami surah Al-Khafi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here