Oleh : Syed Wafa
Dua hari berturut-turut air mata saya mengalir melihat kemuliaan hati pasangan suami isteri iaitu Emran Abd Wahid dan Dr. Rohaya Isa merainkan insan-insan istimewa berbuka puasa.
Paling istimewa pasangan suami isteri ini cuma manjemput pihak media dari Ladybosz sahaja untuk membuat liputan majlis tersebut dan pastinya kami tidak lepaskan peluang untuk menghadiri dua hari berturut-turut majlis yang indah ini.
Sebenarnya terlalu banyak aktiviti amal yang dilakukan oleh Emran pemilik Maharani Cafe dan isteri beliau Dr. Rohaya Isa pemilik Klinik Pergigian Rohaya di bangunan milik mereka yang terletak di Kota Damansara.
Menurut Imran , majlis amal berbuka puasa ini sudah berlarutan sejak enam tahun yang lalu bagi merainkan artis-artia veteran yamg banyak berjasa dalam dunia seni tanah air, anak-anak yatim serta anak-anak OKU dari Pertubuhan Kanak-kanak Insan v Istimewa Cemerlang.
Antara artis veteran yang dirainkan Datuk Hail Amir, Datuk Jefdrydin, Uji Rashid serta anak, Cico, Datuk S. Atan serta isteri Datin Izan, Norlia Ghani, Dayang Sulu, Abas Bakar, Sandakiah Aziz dan ramai lagi.
Rata-rata artis yang hadir begitu terharu kerana Emran tidak pernah lupa untuk menjemput mereka untuk menghadiri majlis berbuka puasa pada setiap tahun.
“Kami bukan sahaja diraikan dalam majlis berbuka puasa dengan hidangan makanan yang sungguh lazat malah Emran dan isteri turut memberi cenderahati dan duit raya,” kata Norlia Ghani gembira.
“kak Uji terharu sangat ada insan berhati mulia yang tidak pernah lupa Kak Uji dan anak, Cico,” ujar Uji Rashid.
“Auty rasa gembira sangat Dr. Rohaya sudi memberi rawatan gigi pada auty, nampaknya tahun ini auty boleh tersenyum lebar dengan gigi baru,” kata Margeret Gan sambil tersenyum
Menurut Imran dan isteri tercinta Dr. Rohaya, satu kepuasan bila dapat merainkan insan-insan istimewa ini.
“Bila saya lihat anak-anak yatim dan OKU ini tersenyum hati saya sungguh puas dan kegembiraan ini bagaikan satu kurniaan yang sangat bermakna,” kata Imran ikhlas.
Bagi mereka yang ingin membuat majlis rumah terbuka atau sebagainya di Maharani Cafe yang menyediakan dewan yang selesa serta hidangan yang sungguh lazat boleh hubungi di talian +6016-2166854.
Untuk mendapat rawatan gigi di Klinik Pergigian Rohaya boleh hubungi di talian +6016-2166863.
Kami di Ladybosz mendoakan semoga pasangan suami isteri ini sentiasa dirahmati Allah…Amin
SYED Wafa pernah menulis dan melukis di Utusan Malaysia (sisipan Remaja), URTV, Mangga, Hai serta pernah menjadi Editor Majalah Oh-Gee.