Oleh: Wawa Najwa

YAYASAN Ammirul Ummah bersama-sama dengan Fauziah Ahmad Daud, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), serta pelbagai pihak lain telah menganjurkan Program Pendidikan Anak-Anak untuk Hari Akhirat.

Melalui program tersebut, Yayasan Ammirul Ummah telah mengedarkan Flash Card ayat terawal dan terakhir Surah Al-Kahfi kepada pelajar dan guru di sekolah-sekolah di daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

Pengarah Yayasan Ammirul Ummah, Mohd Kamal Ismail berkata, tujuan pengedaran Flash Card tersebut adalah untuk mendorong pelajar agar membaca, menghafal dan memahami ayat-ayat tersebut.

Yayasan Ammirul Ummah telah mengedarkan Flash Card ayat terawal dan terakhir Surah Al-Kahfi kepada pelajar.

“Pemilihan Surah Al-Kahfi dilakukan atas dasar kelebihan yang terdapat padanya. Seperti yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Nabi Muhammad SAW bersabda, “Sesiapa yang menghafal 10 ayat daripada awal surah Al-Kahfi akan terselamat daripada fitnah Dajjal.

“Ayat-ayat surah ini akan dibaca oleh pelajar dan guru setiap pagi sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran, ” jelasnya.

Tambah Mohd Kamal, sempena Ramadan kali ini, pihaknya juga mengajak para pelajar  menonton filem “Aidil dan Atok” arahan Fauziah atau Ogy.

Ayat-ayat surah akan dibaca oleh pelajar dan guru setiap pagi sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran.

Filem ini mengisahkan seorang kanak-kanak yang mendapat pendidikan yang cemerlang daripada datuknya.

Datuknya berjaya mendidik Aidil sehingga dia sanggup mengorbankan wang simpanannya bagi menghadiahkan mahligai kepada ibu bapanya di akhirat, walaupun dia sangat menginginkan gajet seperti kanak-kanak lain pada hari ini.

“Sebagai galakan, pihak Yayasan Ammirul Ummah telah mengagihkan Tabung Eksklusif secara percuma kepada pelajar yang menyertai program ini. Seramai 23,298 ibu bapa pelajar dan guru telah menyertainya.

Yayasan Ammirul Ummah mengagihkan Tabung Eksklusif secara percuma kepada pelajar yang menyertai program mereka.

“Kami berharap melalui program ini, kami dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat dan membantu dalam pembangunan pendidikan dan nilai-nilai Islam yang baik di kalangan generasi muda,” katanya.

Selain itu, Yayasan Ammirul Ummah juga telah menjalankan beberapa aktiviti lain seperti solat hajat dan tahlil perdana, program wakaf al-Quran, Fidyah Online, pembersihan 100 tandas masjid, dan agihan makanan kepada pelajar-pelajar miskin dengan kerjasama Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), Pertima, Etika, MSM Prai Berhad, Faiza, Adabi, Konsortium Kilang Beras, Gula Prai, Desa Murni, UWM Holdings Berhad, Kedai Emas Saufi, Kedai Emas Mokhtar, KMI Healthcare, dan lain-lain.

Turut mengagih bekalan makanan kepada pelajar.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Yayasan Ammirul Ummah di talian 017-3163106. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun CIMB (8603 3382 18) atau laman secara online di www.yayasanammirulummah.com

Previous articleChinta Event Entertainment & Warung Tok Kay Raikan Selebriti Terkenal Berbuka Puasa
Next articleKami di Ladybosz mengucapakan Selamat Hari Raya Aidilfitri!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here