Oleh : Syed Wafa
Foto : Kamarul Bahrin Ismail

Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, “ RAMA-DINE “ iaitu sebuah program yang merangkumi 2 majlis amal iaitu “Datum Lambuk” dan “Iftar-fiesta” telah dilancarkan. Program yang julung kali diadakan ini, dihadiri oleh 200 tetamu jemputan dari pelajar Maahad Tahfiz Akademi Miftahul Ulum Ampang, Persatuan Penghuni Rumah Kediaman Polis Diraja Malaysia dan kakitangan Datumcorp International Sdn. Bhd (DCI).

“ Datum Lambuk “ merupakan aktiviti memasak bubur lambuk oleh ahli-ahli Lembaga Pengarah DCI, wakil pengurusan DCI dan juga ahli Masjid Muaz bin Jabbal yang berlangsung di P1 (Parking Lot), Datum Jelatek Shopping Centre. 1000 bubur lambuk diedarkan kepada masyarakat dan penduduk di sekitar Keramat, Setiwangsa dan juga lokasi-lokasi yang telah ditetapkan.

Kerja mulia…Encik Zainal bin Mat Aini, General Manager Human Resource & Administration ( baju putih), Puan Salena Said, Assistant General Manager Finance (tudung biru) dan
Puan Hajjah Suzana binti Zakaria, Senior Manager Corporate Services (tudung hitam) turut sama-sama memasak bubur lambuk.

Manakala majlis “Iftar-Fiesta” yang diadakan di Temu Jelatek, adalah majlis berbuka puasa bersama semua tetamu yang hadir. Dalam majlis ini juga, penyampaian sumbangan duit raya kepada pelajar tahfiz Maahad Tahfiz Akademi Miftahul Ulum Ampang dan penyerahan sumbangan kerusi roda kepada Persatuan Penghuni Rumah Kediaman Polis Diraja Malaysia (PPRK).

Majlis telah dilancarkan oleh Puan Saleha Said,
Assistant Genaral Manager Finance. Turut hadir ialah Pengerusi PPRK PDRM, Tuan Hj Che Nazari bin Omar. Majlis “RAMA-DINE” ini adalah program tahunan di bulan Ramadhan bertujuan mengeratkan silaturrahim antara pihak Datumcorp İnternational bersama masyarakat setempat.

Untuk makluman *DatumCorp İnternational Sdn. Bhd (DCI)* , adalah sebuah anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Ianya telah dirasmikan oleh DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj, Raja Muda Selangor pada 10hb Disember 2022. Datum Jelatek Shopping Centre dibuka kepada umum sejak 26hb November 2022.

Previous articleKebaikan dan khasiat peria katak
Next articleAmelina bahagia lihat anak-anak membesar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here