Oleh Asmat Fikri

Jenis-jenis keguguran

Dr. Hj. Mohamed Hatta b. Mohamed Tarmizi turut menyenaraikan beberapa jenis keguguran. Oh! ada jenis-jenis keguguran rupanya? Itulah persoalan yang mungkin datang difikiran sesetengah orang, sebab sebelum ini kita mungkin fikir, keguguran adalah turun darah atau kandungan yang tak menjadi atau tak dapat diselamatkan lagi. Tapi, sebenarnya keguguran juga mempunyai beberapa jenis yang berbeza dari sudut perubatan.

Jenis keguguran adalah seperti berikut:

1. Ancaman keguguran (Threatened miscarriage) – ibu akan mengalami turun darah dan sakit di bahagian bawah perut. Pangkal rahim (servik) masih tertutup dan saiz rahim sama dengan minggu mengandung. Dalam kebanyakan kes, pendarahan akan berhenti sendiri dan kandungan boleh selamat dilahirkan walaupun tidak cukup bulan. Ada juga kes dimana pendarahan menjadi lebih banyak (tumpah darah) dan akhirnya gugur. Majoriti kes tidak berakhir dengan keguguran.

Image by freepik

2. Keguguran tidak dapat dielakkan (inevitable miscarriage) –Pangkal rahim terbuka, tumpah darah bertambah banyak dan sakit perut bertambah kuat.

3. Keguguran tidak lengkap (incomplete miscarriage) – bermakna kandungan telah gugur keluar tetap masih ada yang tertinggal lagi dalam rahim. Pintu pangkal rahim terbuka dan boleh berlakunya proses tumpah darah yang banyak.

4. Keguguran lengkap (complete miscarriage) – kandungan telah keluar sepenuhnya. Keguguran berlaku sebelum minggu ke-12. Pendarahan dan sakit berkurangan tanpa rawatan. Semasa pemeriksaan dilakukan (oleh doktor), pintu pangkal rahim sudah tertutup dan simptom-simptom mengandung sudah hilang. Ultrabunyi menunjukkan rahim tidak tertinggal janin.

5. Keguguran septik (septic miscarriage) – ibu yang keguguran dijangkiti kuman yang menjangkiti rahim. Simptom termasuk demam panas, menggigil, sakit perut, pendarahan faraj dan lendiran dari faraj (berbau busuk dan kental berwarna kuning)

Tanda Keguguran

Woman suffering from a stomach pain
Photo by Sora Shimazaki on Pexels

Terdapat beberapa tanda berkemungkinan ibu hamil mengalami keguguran. Antara tanda tersebut adalah;

1. Kekejangan perut. Rasa kejang seperti menarik ini adalah salah satu tanda keguguran. Kekejangan itu akan berlaku dalam masa yang agak lama juga dan tidak hilang walaupun telah berikhtiar dengan rawatan tradisional dan lain-lain.

2. Sakit perut. Kekejangan dan sakit ini datang serentak. Sakit yang luar biasa dan mungkin tidak pernah dirasai sepanjang tempoh kehamilan berlangsung. Sakitnya itu datang dari dalam perut iaitu di kawasan pangkal rahim.

3. Perlepasan cecair dan keluar darah. Antara tanda yang senang nak dipastikan adalah apabila keluar darah. Ada ibu hamil yang keluar darah jenis berketul, terutama apabila pembentukan janin telah berlaku, yang keluar itu adalah darah bersama janin. Namun, ada juga yang hanya keluar darah semata-mata. Namun begitu, ada juga kes di mana darah keluar tapi kandungan masih selamat dan tidak gugur. Jadi, apapun perlu dapatkan kepastian dan rawatan dari doktor ya.

4. Kehilangan pergerakan bayi. Seperti selalu, jika mengandung, ibu wajib melakukan rutin ‘checkup’ bulanan di klinik atau hospital. Semasa checkup ini pihak Kesihatan akan memeriksa kandungan ibu dan memeriksa bayi seperti jantung, pergerakan dan sebagainya. Sewaktu pemeriksaan itu biasanya akan diketahui jika terdapat sebarang masalah pada kandungan.

Tindakan selepas mengalami keguguran

Image by diana.grytsku on Freepik

Tentunya ada dalam kalangan ibu hamil yang masih lagi bingung apakah tindakan yang patut diambil jika mengalami keguguran. Di sini kami kongsikan beberapa tindakan yang perlu dibuat seperti yang dikongsi oleh Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.

  • Ujian perubatan diperlukan untuk mengesahkan sama ada keguguran berlaku. Jika disahkan, ujian juga boleh membantu menentukan sama ada sebarang tisu kehamilan tertinggal di dalam rahim anda. Ujian ini ialah:
    • Imbasan ultrabunyi
      Ujian darah untuk mengukur hormon yang berkaitan dengan kehamilan. Sekiranya terdapat tisu yang tinggal, doktor anda mungkin menasihati pilihan berikut:

      • Ambil ubat untuk mengeluarkan tisu.
      • Keluarkan tisu (D&C) secara pembedahan.
      • Tunggu sehingga ia keluar dari rahim anda secara semulajadi.
      • Biasanya, tiada rawatan diperlukan jika semua tisu telah dikeluarkan.
  • Selepas keguguran, antara perkara yang perlu dilakukan bagi memudahkan serta mempercepatkan proses penyembuhan adalah seperti ini:
    • Berehat dengan baik.
    • Menjauhkan diri daripada seks.
    • Elakkan senaman berimpak tinggi.
    • Elakkan tugas rumah tangga yang mencabar atau berat.
    • Mempunyai sistem sokongan yang baik semasa anda bersedih dan pulih.

 

Penutup

Diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat pada semua. Ingat, jika mengalami sebarang masalah ataupun merasakan ada yang tidak kena dengan kandungan, pastikan dapat perhatian atau nasihat dari doktor atau petugas kesihatan di klinik mahupun hospital. Semoga semua ibu hamil sentiasa sihat dan dapat menjalani momen kehamilan ini dengan gembira dan senang hati. Mudah-mudahan. Aamiin.

Previous articleDuit raya 100K dan dua buah kereta menanti pengunjung bertuah Starvendors
Next articleSalam Nuzul Al-Quran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here