Oleh : Nafsiah Jani

Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2024 kembali lagi tahun ini bertempat di Hall 4 & 5, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 29 Mac hingga 1 April 2024. Acara kali ini merupakan edisi ke-15 penganjuran dibawah Star Vendors Event Sdn Bhd.

Acara ini akan berlangsung selama empat hari selama 72 jam tanpa henti bersama 72 orang artis, bermula jam 8 malam pada 29 Mac ini. Penganjuran kali ini memberi tumpuan kepada pelbagai pilihan jenama dan produk termasuk fesyen, kecantikan, kesihatan, barangan keperluan rumah, kuih raya, makanan minuman dan lain-lain membabitkan lebih 300 booth.

Artis dan influencer bergambar kenangan bersama Ifa Raziah dan para penaja Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2024.

Ketua Pengarah Eksekutif dan Pengasas Star Vendors Event Sdn Bhd, Dato Saripah Raziah atau Ifa Raziah berkata, matlamat penganjuran kali ini adalah untuk memberi platform yang eksklusif kepada usahawan tempatan dan selebriti tanah air untuk berniaga.

“Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2024 kali ini turut menyediakan hadiah duit raya bernilai RM100,000, sebuah kereta Audi TT dan 5 buah unit Iphone sumbangan dari Bee Society milik Shuib Sepahtu dan sebuah kereta Perodua Alza dari jenama Sugarbomb yang bakal diberikan kepada pengunjung yang bertuah pada 1 April ini.

Ifa Raziah bersama penaja-penaja Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2024.

“Selain dari memberi peluang pada usahawan tempatan, Starvendors akan menyaksikan pembabitan 72 selebriti dan influencer terkenal tanah air yang turut membuka booth dan menjual rangkaian produk mereka sendiri. Selebriti yang kita bawa juga dari pelbagai generasi. Dari selebriti senior hingga yang baru atau BBNU termasuklah influencers.

“Saya percaya setiap artis sama ada penyanyi atau pelakon ini mempunyai peminat mereka tersendiri. Pembukaan booth bermula dari jam 8 malam pada 29 Mac dan terus sehingga 12 tengahari pada 1 April nanti. Kita tak tutup booth, kalau datang untuk membeli-belah jam tiga pagi pun masih berjalan seperti biasa.” kata Ifa selepas majlis sidang media pelancaran Starvendors Mega Raya Fest 2024.

Penyanyi Sabhi Sadhi bersama.keluarga antara artis yang turut membuka booth.

Antara barisan selebriti dan influencer yang turut serta dalam Festival ini adalah Datuk Sri Siti Nurhaliza, Datuk Sri Aliff Syukri, Shuib Sepahtu, Shuk, Dayana Roza, Erra Fazira, Bella Astillah, Shahrul Ridzwan, Diana Danielle, Syatilla Melvin, Shahiezy Sam, Eira Syazira, Azad Jasmin, Aisha Retno, Risteena, Chacha, Emma Maembong, Nadia Brian, Rita Rudaini, Mawar Rashid, Black, Zulin Aziz, Kak KM, Puspagomen, Cikidot, Han Budak Cina dan ramai lagi.

Selain itu terdapat jenama-jenama terkenal yang turut serta antaranya Bulan Bintang, Behati, Wonderlab, Juragan, Neutrovis, Aducktive, Noir, Simplysiti, Black & Supremacy, Munawareen, Ainaa Beauty, Ayuwan X Ernie Zakri, Chatime, House of Ridz Okumura, Muslim Vibes dan ramai lagi.

Antara artis dan influencer popular yang turut mengambil bahagian.
Kak KM ( dua dari kiri) bersama keluarga bakal menjual baju dan korset popularnya.

Ifa menambah, tahun ini Bank Rasmi Starvendors, Affin Bank juga menyediakan fasiliti perbankkan dan terminal kad khas untuk usahawan-usahawan Starvendors.

Rakan Kurier Rasmi, Pos Malaysia Berhad akan memberi perkhidmatan Pos sewaktu acara yang boleh di nikmati oleh pengunjung-pengunjung dan juga usahawan-usahawan yang berniaga secara online sewaktu acara dijalankan.

Artis baru Aishah Retno tidak mahu ketinggalan untuk membuka booth.
Pelakon popular Rita Rudaini.

Ujar Ifa lagi, 100 pengunjung terawal akan mendapat goodies bag bernilai RM111,111.

“Kami juga berharapkan pengunjung boleh datang beramai-ramai dari seluruh Malaysia termasuk pengunjung dari Brunei, Singapura dan Indonesia untuk membeli-belah di Starvendors Mega Raya Fest ini.

“Selain membeli-belah, peminat juga boleh bersua muka dengan artis kesayangan mereka secara dekat. Bukan itu saja, selain cabutan bertuah, pelbagai acara dan persembahan pentas akan diadakan bagi memeriahkan lagi suasana.

Pelakon Faezah Elai bersama keluarga.

“Harapan saya pada tahun ini adalah tahun kita bangkit bersama termasuklah usahawan-usahawan dan rakan rakan selebriti terus maju kehadapan bersama tagline Starvendors Pasti Mega!.”

Selepas kejayaan melaksanakan Festival ini di lokasi yang sama, Starvendors juga telah melaksanakan road tour iaitu Starvendors Foodstival di beberapa negeri termasuklah Johor, Perak, Melaka dan Pulau Pinang.

Ifa Raziah turut memberi peluang kepada media untuk berniaga di event hebat ini.
Ifa Raziah janji pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung.

Paling membanggakan Star Vendors Event Sdn Bhd telah berjaya memecahkan rekod selama 100 jam pada tahun tahun lalu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) serta mendapat pengiktirafan Malaysian Book of Records sebagai longest non stop Raya Festival.

Star Vendors Event Sdn Bhd juga mempunyai misi dan visi tersendiri dimana setiap penganjuran acara yang diadakan di seluruh negara berjaya membuka peluang kepada golongan berpendapatan rendah termasuk selebriti tanah air yang memiliki produk jualan dapat menjana pendapatan dan berjaya merancakkan lagi ekonomi negara. Untuk maklumat lanjut, bolehlah hubungi Zue di talian 012-343 6988.

Artis-artis yang menyertai Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2024.
Previous articleDoa sebelum memulakan perjalanan
Next articleJenis-jenis keguguran (Bahagian 2)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here