Oleh Nafsiah Jani

Sempena kedatangan bulan puasa ini sudah pasti sesetengah orang menghadapi masalah lapar di tengahari. Ditambah pula jika mereka tidak bersahur sudah pasti ini akan menimbulkan masalah.

Dari segi kesihatan, berpuasa adalah penting untuk merehatkan sistem penghadaman setelah 11 bulan bekerja. Nabi Muhammad SAW juga ada menyebut ‘perut adalah tempat bermula pelbagai penyakit dan amalan pemakanan yang betul adalah sumber ubat’.

Untuk memastikan perut kita sentiasa sihat, kena seimbangkan pemakanan sayur bersama daging. Kita boleh makan apa sahaja, asalkan hidangan yang kita ambil mengandungi semua khasiat dan seimbang. Bukan sahaja di bulan puasa bahkan pada bulan-bulan lain juga, corak pemakanan yang baik ini boleh diteruskan.

Food and drinks served for ramadan
Photo by Gül Işık on Pexels

Berpuasa juga boleh membantu seseorang yang ingin mengurangkan berat badan, menurunkan paras kolesterol darah, merendahkan kandungan gula dan trigliserida dalam darah serta tekanan darah.

Disebabkan kita berpuasa dalam satu tempoh masa yang panjang, makanan yang diambil juga perlulah mengenyangkan dan mampu membekalkan tenaga yang mencukupi pada tubuh badan. Untuk memastikan kita sentiasa kenyang disini kami cadangkan beberapa pengambilan makanan yang sesuai bagi membantu anda kekal bertenaga sepanjang hari.

1. Selain nasi, pasta juga mempunyai kandungan kalori yang cukup tinggi. Malah, pasta juga mengandungi karbohidrat yang dapat membekalkan tenaga sepanjang hari berpuasa. Pasta juga rendah garam dan bebas kolesterol. Malah pasta juga mempunyai nutrisi penting yang baik untuk dibekalkan kepada badan seperti zat besi dan vitamin.

Pasta on white plate on focus photo

2. Buah kurma juga bagus diamalkan ketika bersahur bagi membantu mereka yang ingin menurunkan berat badan. Tambahan pula tiga biji buah kurma sederhana mengandungi 60 kalori. Buah kurma juga mengandungi gula ringkas seperti fruktosa dan dekstrosa yang bertindak sebagai tenaga segera yang mampu mengembalikan tenaga dan mencergaskan badan dengan cepat. Kandungan karbohidrat, lemak, protein, vitamin A, C, B1 & B2 didalamnya juga turut membekalkan nutrien penting untuk tubuh badan seseorang.

3. Makanan berasaskan kekacang juga elok untuk diamalkan sepanjang berpuasa kerana kekacang memberi keupayaan tahan lapar 31% lebih lama berbanding makanan lain. Antara kekacang yang sesuai adalah kacang panjang, kacang tanah dan lain-lain jenis kekacang yang membekalkan pelbagai khasiat yang baik untuk tubuh kita. Nutrisi yang boleh diperolehi daripada kekacang ialah sumber protein yang tinggi yang kebiasaannya terkandung dalam sayur-sayuran. Khasiatnya sangat berguna kepada individu yang ingin mengamalkan diet pemakanan dalam mengelakkan lemak dan kolesterol dalam tubuh.

4. Jika anda penggemar makanan berprotein berasaskan ayam atau daging sebaiknya pilihlah bahagian dada ayam atau daging merah pejal. Sistem pertahanan badan ketika berpuasa dapat ditingkatkan dan anda kekal aktif walaupun seharian berpuasa.

5. Bagi menghindari rasa lapar ketika berpuasa, digalakkan mengambil makanan sihat dengan kandungan serat tinggi ketika bersahur. Makanan ini akan membuat seseorang itu kenyang lebih lama dan menjadikan perut tahan lapar. Makanan berbijirin dan roti gandum yang tinggi serat sesuai diamalkan kerana ia akan membantu proses penghadaman dan pencernaan pada usus menjadi lebih sihat.

6. Sesetengah orang mungkin takut makan sayur kerana risau cepat lapar di bulan puasa. Sebenarnya, anda tak perlu risau kerana nutrisi yang padat dalam sayur dapat mengurangkan rasa lapar sepanjang berpuasa. Sayur kubis bunga, sayur bayam, brokoli dan lobak merah amat dicadangkan kerana kandungan airnya yang tinggi.

Appetizing cut egg roll with ripe vegetables
Photo by Klaus Nielsen on Pexels

7. Telur elok diamalkan bagi mereka yang berpuasa. Ia mengandungi sumber protein yang tinggi khasiatnya serta diperkaya dengan lemak sihat, vitamin, mineral dan rendah kalori. Nutrisi yang tinggi dalam telur ini juga akan membantu mengurangkan rasa lapar dan kenyang sepanjang hari.

8. Susu pula mengandungi kalsium dan protein yang sangat tinggi. Kalsium zat paling penting untuk tulang manakala protein memberi tenaga. Minum susu juga boleh mengurangkan kepanasan jantung dan menguatkan belakang dan juga otak.

9. Madu mengandungi flavonoid dan antioksida yang tinggi dan boleh bertindak sebagai pemanis semula jadi. Madu juga dapat menambahkan tenaga dan memastikan kesegaran tubuh badan kerana madu mengandungi sumber neuron kortikal iaitu sumber tenaga yang sangat diperlukan oleh tubuh badan. Kandungan fruktosa dan glukosa dalam madu dapat diserap ke dalam badan dengan mudah dan menjadikan tubuh lebih segar bertenaga. Madu juga berupaya merawat pelbagai jenis penyakit yang ada. Ia juga merupakan antara makanan sunnah yang diamalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W.

10. Makanan yang berasaskan labu juga turut digalakkan. Buah labu ini sangat sihat kerana kalorinya kurang, melambatkan kelaparan dan kandungan air sangat tinggi (94%), sekali gus mengurangkan hidrasi pada mereka yang sedang berpuasa.

Previous articlePenyebab Air Ketuban Kering (Bahagian 2)
Next articleSajian Warisan Nusantara penyeri Ramadan The Pearl Kuala Lumpur

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here