Oleh : Nafsiah Jani

Sempena menyambut bulan Ramadan ini, Hotel The Pearl Kuala Lumpur juga tidak terkecuali menawarkan hidangan berbuka puasa di Melo Cafe & Deli, bermula 14 Mac hingga 7 April 2024.

Bertemakan Sajian Warisan Nusantara, hotel bertaraf empat bintang itu menawarkan kepelbagaian menu istimewa menerusi lebih 100 juadah dan hidangan menarik.

Lebih menarik, cabutan bertuah turut diadakan kepada pengunjung, di mana hadiah utama adalah wang tunai RM5,000, RM3,000 untuk pemenang kedua dan RM1,000 untuk pemenang ketiga.

Hotel kelas perniagaan ikonik ini menawarkan lebih pelbagai hidangan yang menyelerakan dan keseluruhannya mengimbau kembali citarasa masakan di kampung. Kualiti makanan yang dipersembahkan cukup memuaskan sekaligus membuatkan para pelanggan ingin datang berbuka puasa lagi disini.

Antara juadah istimewa tradisional Melayu yang menjadi perhatian adalah Daging Rendang Tok, Nasi Briyani Ayam, Nasi Briyani Kambing, Sup Tulang Rawan, Shawarma Ayam, Bubur Lambuk Ayam, Bubur Lambuk Daging dan tidak lupa pencuci mulut yang menarik seperti Gerai Apam Balik Special, Waffle, Gerai ABC dan Cendol berpulut, Aneka Biskut Nostalgia serta Gerai pencuci mulut dan buah-buahan. Tidak lupa pencuci mulut yang menarik seperti aneka pemanis mulut, sago gula melaka, kuih-muih, variasi bubur manis, buah-buahan dan ais krim.

The Pearl Kuala Lumpur menyediakan promosi bufet Ramadan pada harga bermula RM108 bagi dewasa, warga emas dan Orang Kurang Upaya RM88 dan RM68 harga kanak-kanak bagi mereka yang membuat tempahan antara 14 hingga 24 Mac ini.

Uniknya pada tahun ini adalah bufet disajikan seperti Gerai Ramadan yang pastinya memberikan anda pengalaman seolah-olah berada di Bazar Ramadan. Antara Gerai Bufet Ramadan yang disediakan ialah Gerai BBQ, Gerai Satay Kajang, Gerai Kawah, Gerai Sup Berapi, Gerai Aneka Goreng, Gerai Sup Penang, Gerai Lemang Tok Wan, Gerai Bakar, Gerai Murtabak, Roti John & Roti Canai serta Gerai Jagung Kukus Sekinchan.

Disamping Gerai Ramadan, Chef juga turut tampil dengan Sambal istimewa iaitu Sambal Hijau, Sambal Belacan dan Sambal Tumis yang dijual dengan harga RM15 sebotol. Antara menu istimewa lain yang dijual ialah Daging Tok Rendang (RM28), Ayam Masak Merah (RM18) dan Kupang Masak Hijau (RM28).

Selain daripada juadah berbuka puasa yang indah, surau juga disediakan di tingkat lapan untuk para tetamu menunaikan solat Maghrib dan Tarawih bersama imam yang dijemput bagi mengetuai Solat Tarawih sepanjang bulan Ramadan ini.

Previous articleMakanan yang sesuai di bulan puasa
Next articleKesibukan mengurus program Musollah Aisya tak halang Umie Aida untuk berlakon

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here