Image by gpointstudio on Freepik

Oleh Asmat Fikri

Penyebab atau faktor berlakunya masalah air ketuban kurang ini juga adalah kerana beberapa keadaan. Antaranya adalah:

Masalah Buah Pinggang

Bayi mempunyai masalah buah pinggang dan saluran kencing. Oleh sebab itu, dia tidak berupaya untuk memproses air ketuban yang ditelan untuk dikeluarkan sebagai air ketuban semula.

Masalah Plasenta

Ia juga boleh disebabkan oleh plasenta tidak berfungsi dengan baik. Kemungkinan di mana aliran darah dan zat yang diperlukan janin tidak disalurkan secukupnya kepada janin menyebabkan penghasilan air ketuban menjadi sedikit.

Air Ketuban Leaking

Air ketuban bocor boleh terjadi dalam banyak akibat. Antaranya adalah disebabkan hentakan kuat pada perut seperti kemalangan dan sebagainya.

Komplikasi Kesihatan Ibu

Contohnya pre-eclampsia, tekanan darah tinggi dan diabetes.

Image by tirachardz on Freepik

Masalah Pada Pundi Kencing Bayi

Pundi kencing yang tersumbat akan memerangkap pengeluaran air kencing dan air ketuban.

Mengenai air ketuban kurang ini juga, Dr. Zubaidi sekali lagi memberi pandangan beliau iaitu punca terjadinya perkara ini adalah kerana kebocoran selaput ketuban yang tidak disedari oleh wanita hamil. Mereka sangka bahawa cecair yang keluar adalah air kencing atau keputihan yang banyak tanpa menyedari sebenarnya selaput ketuban mereka telah mengalami kebocoran.

Biasanya kebocoran ini kecil dan air ketuban yang keluar hanya sedikit tetapi berlaku berhari-hari. Ini menyebabkan air ketuban (dalam selaput ketuban) dalam rahim mengalami kebocoran. Beliau turut menasihatkan jika kita tidak pasti sama ada air yang keluar itu air ketuban atau apa, buatlah pemeriksaan doktor.

Jika disahkan air ketuban yang keluar, sebelum usia kehamilan 37 minggu, doktor mungkin akan memberikan antibiotik bagi ibu dan bayi mengelakkan bayi dalam rahim mengalami jangkitan kuman. Risikonya, jangkitan kuman pada bayi dalam rahim boleh menyebabkan bayi meninggal dunia dalam rahim tanpa disedari.

Cara Atasi Masalah Air Ketuban Kurang

Menurut laman Hello Doktor, ada banyak perkara yang boleh dilakukan untuk menambah air ketuban yang kurang. Antara rawatan dan tip adalah seperti berikut:-

• Minum air secukupnya. Kajian menunjukkan pengambilan air yang cukup boleh membantu meningkatkan air ketuban bagi wanita yang berada dalam 37-41 minggu kehamilan.

• Rehat secukupnya. Mungkin kedengaran klise, namun rehat yang cukup boleh membantu melancarkan pengaliran darah melalui plasenta seterusnya meningkatkan isipadu air ketuban ibu.

Pregnant woman drinking a glass of water
Photo by cottonbro studio on Pexels

• Rawatan transfusi IV. Jika anda mengalami masalah dehidrasi (disebabkan selalu muntah dan sebagainya), doktor akan mempreskripsikan rawatan transfusi IV. Ia bagi mempercepatkan proses hidrasi sekali gus meningkatkan jumlah air ketuban.

• Suntikan air masuk ke dalam kandungan melalui amniosentesis. Prosedur tersebut bukan sahaja boleh menarik air keluar untuk analisis tapi juga digunakan bagi menambah jumlah air ketuban sebelum bersalin. Ini mengurangkan risiko anda bersalin czer.

• Amnioinfusi merupakan prosedur yang boleh meningkatkan jumlah air ketuban. Doktor akan menggunakan air garam ke dalam selaput air ketuban anda. Prosedur ini boleh dipreskripsikan bagi meningkatkan penampakan bayi semasa pemeriksaan ultra bunyi atau jika kadar degupan jantung bayi tidak normal sebelum bersalin.

Penutup

Justeru, untuk ibu hamil, pastikan sentiasa mematuhi jadual pemeriksaan kesihatan bulanan yang ditetapkan oleh pihak klinik Kesihatan bagi mengelakkan keadaan ini berlaku. Menerusi pemeriksaan kesihatan bulanan, doktor atau kakitangan pihak Kesihatan akan sentiasa memeriksa dan memantau keadaan kesihatan ibu hamil dan bayi bagi mengelakkan pelbagai masalah timbul seperti masalah air ketuban kurang ini.

Previous articleHari ini puasa, boleh tidak pakai lipstik (Bahagian 2)
Next articleMakanan yang sesuai di bulan puasa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here