Oleh : Syed Wafa

Inilah saat yang ditunggu, Hotel Tenera terus menjadi pilihan lokasi bufet Ramadan tahun ini yang bakal diserikan dengan kehadiran pelakon dan usahawan popular Rozita Che Wan.

Dengan bertemakan ‘Lip-Lap Lip-Lap’, Rozita Che Wan yang lebih mesra disapa Che Ta tampil sebagai wajah bufet Ramadan Hotel Tenera kali ini  yang bermula pada 14 Mac 2024 sehingga 7 April 2024 ini.

Che Ta hadir bersama suami, Zain Saidin.

Seperti biasa, Bufet Ramadan di Hotel Tenera  menjadi pilihan Che Ta  dan orang daripada pelbagai golongan kerana sajiannya yang sedap, tempatnya yang selesa dengan harga berpatutan buat seisi keluarga.

Menurut Pengurus Besar Hotel Tenera,  Fadzly Hamzah,  bufet Ramadan pada tahun ini masih mengekalkan konsep gerai-gerai seperti di bazar Ramadan.

Antara juadah berbuka puasa di Hotel Tenera.

Untuk itu, terdapat lebih  40 gerai yang menyediakan pelbagai jenis hidangan seperti masakan panas, bakar,  sup, pasta, pizza, dim sum, kuih muih, buah-buahan serta aneka minuman.

Bukan itu sahaja, terdapat lebih daripada 130 menu hidangan seperti Nasi Kambing Apollo, Nasi Ayam Buluh Betung, Sup Gear Box Kampung Utara, Gerai Satay Kicap, Omar Maju Rojak Padang Kota, Shawarma, Kentang Sangkut Mania, Kopi Arang Panggang Live, Teh Chai, Air Ais Blended, Ais Krim Sang Kaya dan yang pasti dinanti-nantikan DURIAN ‘Unlimited’ yang akan disajikan pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja.

Bukan itu sahaja, hidangan lain yang pastinya tidak dapat dilupakan adalah Kepala Salmon Jawa Teriyaki, Lidah Bakar Masih Terasa, Ikan Bakar Sumbat, Shellout, Rendang Tok Perak, Daging Asam Kunyit, Siput Sedut Masak Lemak, Urat Keting Asam Pedas, Sotong Goreng Simbah Percik, Daging Tetel Gulai Rebung, Ikan Talang Gulai Nenas, Ayam Ungkep, Sembilang Masak Lemak Daun Kunyit dan banyak lagi.

Lebih menarik sempena penampilan Che Ta kali ini, pengunjung berpeluang untuk menikmati menu pilihan selebriti itu di gerai ‘Wadai Kepeng Lip-Lap Lip-lap’.

 

“Rugi tak datang berbuka di sini dengan pelbagai menu dan harga yang sungguh berpatutan, harap anda semua tidak lepaskan peluang keemasan ini,” kata Che Ta bersungguh-sungguh.

Kesedapan menu-menu hidangan ini adalah   hasil air tangan seorang Cef yang berpengalaman, Cef Sahisal Azrul Mat Said iaitu sebagai Chef Eksekutif Hotel Tenera.

Keunikan dan keaslian menu yang dihidangkan telah menerima banyak maklum balas yang positif daripada pengunjung kami, malah Hotel Tenera telah menerima anugerah berprestij  ‘Best Ramadan Buffet’ pada tahun 2019, 2022 dan 2023 daripada Gastronomy Association of Malaysia.

Pakar motivasi terkenal tanah air, Datuk Mohd. Fadzilah Kamsah ( Berdiri Paling Tengah) turut hadir.
Hotel Tenera menawarkan harga tempahan awal  atau ‘early bird’ pada harga RM98  sahaja daripada harga asal  RM138 (Isnin-Khamis) dan RM158 (Jumaat-Ahad).

Tawaran pembelian terbuka sehingga 29 Februari 2024. Bilangan baucar adalah terhad. Untuk pembelian baucar ini sila layari www.tenerahotel.com.my atau menghubungi/whatsapp di talian 019-3854 796.

Sepanjang bulan Ramadan juga, Hotel Tenera turut menawarkan promosi harga bilik istimewa termasuk dengan baucar Bufet Ramadan serta hidangan di waktu sahur.
Pihak hotel turut menyediakan kemudahan surau atau dewan solat kepada para pengunjung untuk menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Solat terawikh.

Tetamu terhibur dengan persembahan bertenaga, Datuk Jamal Abdillah.
Pihak hotel juga membawa  wakil Tahfiz Sulaimaniyyah dan Tahfiz Masjid Al-Hasanah untuk memimpin solat Jemaah Isyak dan Terawih pada setiap malam disepanjang bulan Ramadan.

Sedikit mengenai Hotel Tenera, hotel milik penuh Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad, KPFMB ini adalah berkonsepkan ‘mesra Muslim’.

Antara yang menarik hotel ini mempunyai 500 buah bilik, 10 bilik seminar, sebuah grand ballroom yang boleh memuatkan seramai 1200 orang dan mempunyai tiga buah kolam termasuk satu kolam yang berkonsepkan muslimah.

Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi di talian 03-89299600 atau whatsap 019-3854796/019-3592796.

Untuk maklumat lanjut, sila layari media sosial Facebook (Hotel Tenera Bangi) atau instagram (@hoteltenerabangi).

Che Ta di sidang media sempena promosi Ramadan di Tenera Hotel baru-baru ini.

 Pakej-pakej istimewa Hotel Tenera

Pakej Ramadan Staycation
 2 Hari 1 Malam (Bilik Superior)
 Bufet Ramadan untuk 2 orang
 Sahur untuk 2 orang
 RM388 bersih/bilik
 2 Hari 1 Malam (Apartment 2 Bilik Tidur)
 Bufet Ramadan untuk 4 orang
 Sahur untuk 4 orang
 RM688 bersih/unit
Pakej Ramadan Residensi 
(Tempahan adalah untuk 20 orang ke atas)
 2 Hari 1 Malam (Bilik Superior Single-bed King/Queen)
 Bufet Ramadan untuk 1 orang
 Sahur untuk 1 orang
 RM298 bersih/seorang
 2 Hari 1 Malam (Bilik Superior Twin-sharing)
 Ramadan Bufet untuk 2 orang
 Sahur untuk 2 orang
 RM216 bersih/seorang
* Pakej promosi penginapan diatas adalah sah daripada 14 Mac 2024 sehingga 7 April 2024
Maklumat & Tempahan
📌Maklumat Media
☎️019-332 9417 (Whatsapp)
    Saiful Anwar Dato’ Ramli
    Director of Sales & Marketing
📌Tempahan Bufet Ramadan
☎️03-8929 9600
☎️019-385 4796 (Whatsapp)
📌Tempahan bilik penginapan
☎️03-8929 9600
☎️019-233 1796 (Whatsapp)
Previous articleCEO FINAS harap penerbit filem bijak dalam mempromosi filem!
Next articleSiti Jatuh Cinta Dengan Restoran Rasa Rosz!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here