Datuk Azmir Saifuddin, CEO FINAS.

Oleh : Syed Wafa

Tidak dinafikan kebanyakkan filem keluaran Malaysia yang ditayangkan di pawagam bagaikan kurang promosi. Tidak mendapat sambutan bukan kerana filem tersebut tidak berkualiti atau tidak bagus tetapi ini adalah kerana kurang promosi dari penerbit filem itu sendiri.

Malah rata-rata peminat filem keluaran Malaysia agak terkejut terdapat filem yang ditanyangkan di pawagam tidak diketahui oleh mereka dan terlepas untuk menonton. Apakah masalah sebenar, penerbit filem ini agak takut untuk mengeluarkan kos dalam mempromosikan filem mereka?

Azmir berharap penerbit filem bijak dalam mempromosi filem mereka.

Menurut, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS ( CEO FINAS ), Datuk Azmir Saifuddin Mutalib “Faktor kekurangan bajet merupakan faktor utama penerbit filem di negara ini agak takut untuk mengeluarkan kos untuk promosi.

“Kos yang tinggi dalam mempromosikan filem merupakan faktor utama filem kita kurang promosi dan sambutan. Mereka mengharapkan sepenuhnya dana dari FINAS dan perkara ini sepatutnya tidak berlaku.

“Sebenarnya mereka boleh menggunakan pelbagai cara untuk mempromosikan filem terbitan mereka. Hari ini kita banyak platform media sosial yang boleh membantu seperti You Tube, TikTok, Twitter, Facebook, Instagram dan banyak lagi, dari situ mereka boleh gunakan untuk mempromosi secara kreatif untuk filem mereka.

Azmir juga berharap penerbit filem tidak mengharap sepenuhnya dana dari FINAS.

“Saya harap penerbit filem di luar sana berfikir secara kreatif dalam memperomosikan filem mereka tanpa menggunakan kos yang tinggi dan mengharapkan sepenuhnya dana dari FINAS, ini agak mengecewakan pihak kami,” kata Azmir Saifuddin kepada Ladybosz ketika ditemui baru-baru ini.

Bila ditanya mengenai Dana Kandungan Digital (DKD) diberikan kepada penggiat industri kreatif sebagai pemangkin utama ekonomi negara disamping memartabatkan budaya bangsa.

DKD yang mula diperkenalkan pada April 2015 oleh FINAS, telah menimbulkan persoalan pelbagai pihak yang mempersoalkan ketelusan dalam pengagihannya disamping mendakwa daripada 10 penerima DKD hanya dua yang berjaya.

Menyedari itulah, kini dalam pembahagian dana FINAS (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia) lebih teliti demi merancakkan pembangunan industri kreatif tempatan agar mampu bersaing dan lebih kompetitif di peringkat antarabangsa.

“Tidak dinafikan sebelum ini banyak penerima dana yang gagal. Gagal yang dimaksudkan untuk menyiapkan filem dan gagal di pawagam apabila tidak mendapat sambutan daripada penonton. Dalam soal ini kami tidak boleh tutup mata.

Syed Wafa (Penulis paling tengah) bergambar kenangan bersama wartawan tersohor tanah air Muzlina Abu Bakar ( kini merupakan wartawan di BebasNews) dan Azmir Saifuddin (CEO FINAS) yng ditemui baru-baru ini.

“Setelah berbincang dengan pihak Kementerian Komunikasi dan Ahli Perbadanan, FINAS akan membuat perubahan sesuai dengan amanat Menteri, Fahmi Fadzil, iaitu hanya filem berkualiti layak menerima dana kerana filem berkualiti sahaja yang boleh diekspot dan meningkatkan box office.

“Melalui perbincangan, kami bersepakat tunjang utama kejayaan dan kualiti sesebuah filem adalah skrip. Jika skrip tidak mantap apabila ke fasa penerbitan ia akan menjadi chacha marba,” kata Azmir Saifuddin Mutalib dengan penuh harapan.

Menurut Azmir Saifuddin Mutalib lagi, FINAS hanya akan memberi dana kepada syarikat penerbitan bersandarkan apakah mereka telah bersedia dan adakah skrip itu milik mereka. Ini amat penting kerana kadangkala ada yang mengambil penulis skrip dan pengarah tangkap muat.

Previous articleEsok puasa jangan lupa niat (Bahagian 1)
Next articleRugi Tak Datang Berbuka Puasa Di Hotel Tenera-Rozita Che Wan 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here