Oleh Syed Wafa

Walaupun penyanyi no satu Malaysia, Datuk Sri Siti Nurhaliza sibuk dalam persiapan konsert hebat, ‘Sebuah Epitome:Saya Siti Nurhaliza’ pada 9 Mac ini, beliau tetap melaungkan masa untuk menerima undangan usahawan terkenal tanah air, Datuk Sri Rozita Ramelan ke Restoran Rasa Rosz miliknya.

Siti yang hadir bersama pengurus beliau iaitu Rozi Abdul Razak dan pembantu peribadi, Aiman yang mengatur pertemuan bersejarah ini, disambut penuh mesra dan rasa terharu oleh Rozita serta staf di Restoran Rasa Rosz yang terletak di AEON Big, Wangsa Maju.

Siti disambut dengan penuh mesra oleh Datuk Sri Rozita Ramelan pemilik Restoran Rasa Rosz.

“Sebenarnya saya agak terharu dan berbesar hati Siti sudi datang menjamu selera di sini, walaupun dalam kesibukan aktiviti kerjaya seni, beliau tidak mengecewakan jemputan saya dan sudi meluangkan masa emasnya untuk datang ke restoran milik saya,” kata Rozita dengan senyuman gembira.

Restoran Rasa Rosz yang mula beroperasi pada Oktober tahun lepas, kini mula mendapat sambutan hangat kerana hidangannya yang begitu enak dan banyak pilihan. Ini diakui oleh Siti sendiri setelah datang menjamu selera di restoran ini.

Siti hadir bersama pengurus beliau, Rozi Abdul Razak dan pembantu peribadi Aiman.

“Ikhlas Siti katakan masakan di sini begitu mengikuti selera Siti dan pasti akan datang lagi kerana Siti dah jatuh cinta dengan keenakan masakan di restoran ini,” kata Siti Ikhlas.

“Bagi mereka di luar sana atau tinggal berdekatan dengan Wangsa Maju, rugi tidak datang menjamu selera di sini kerana terus terang Siti katakan, hidangan di sini sungguh enak dan tersendiri,” kata Siti bersungguh-sungguh.

Siti jatuh cinta dengan hidangan di Restoran Rasa Rosz.

Siti yang sempat mencuba beberapa menu antaranya Spaghetti Aglio Olio,Gulai Kawah Tulang, Chicken Buttermilk, Ayam Percik, Udang Harimau Masak Lemak Nenas, Cucur Udang & Tauhu Bergedil Ayam serta kuih-muih dan ternyata beliau begitu menyukainya.

Menurut Rozita, di bulan Ramadan ini disediakan menu khas atau menu ramah untuk semua lapisan masyarakat merasa keenakan masakan di sini.

Bergambar kenangan.
Siti begitu mesra melayan staf serta tetamu VIP untuk bergambar.
Siti sudi bergambar kenangan bersama tenaga kerja Restoran Rasa Rosz.

“Sempena jom iftar bersama Restoran Rasa Rosz ini, kami turut menyediakan beberapa set hidangan yang boleh dipilih pelanggan mengikut cita rasa mereka. Hidangan kami mengandungi set hidangan utama, kuih-muih, pencuci mulut, kurma dan minuman. Diskaun sebanyak 5% akan diberikan kepada mereka yang membuat tempahan awal sebelum 10 Mac ini,” kata Rozita lagi.

Selain set hidangan yang disediakan, pelanggan juga boleh memilih menu lain yang terdapat di Restoran Rasa Rosz. Lebih 40 jenis menu masakan tradisional dan fusion yang patut dicuba berupa Soto Ayam Terapung, Lontong Goreng, Cucur Udang, Pasta Asam Pedas Fettucini, Nasi Goreng Belacan Daging Tenderloin, Nasi Goreng Tomyam Ketam, Nasi Ayam Ratu Tumis, Ayam Masak Lemak Cili Padi, Asam Pedas Tulang, Fried Bao Bao dan banyak lagi

Rozita juga berharap Siti akan datang lagi menjamu selera di sini dan semoga persahabatan ini akan berpanjangan.

Siti menerima cenderahati ikhlas dari Rozita Ramelan sebagai tanda terima kasih beliau sudi meluangkan masa datang menjamu selera di Restoran Rasa Rosz.

Di akhir pertemuan, Siti menerima cenderahati ikhlas dari Rozita Ramelan sebagai tanda penghargaan di atas kesudian beliau meluangkan masa ke Restoran Rasa Rosz.

“Pasti Siti akan datang lagi ke sini untuk menjamu selera bersama keluarga,” kata Siti Ikhlas.

 

@rasaroszresto Dato’ Sri Siti Nurhaliza datang makan tengahari di Rasa Rosz Resto. Terima kasih kerana sudi. Alhamdullillah Tokti suka. Pilihan beliau Aglio Olio Sambal Prawn. Selainnya bungkus juga bawa balik. Jangan serik datang ya Tokti. 🩵 Grab pun ok juga 🩵 . #tokti #sitinurhaliza #datositinurhaliza #datosrisitinurhaliza #resto #rasaroszresto #restoran #aeonbigwangsamaju #aeonbig #makantengahari #makananviral ♬ Nirmala – Siti Nurhaliza

Previous articleRugi Tak Datang Berbuka Puasa Di Hotel Tenera-Rozita Che Wan 
Next articleNona & Kak KM Bangga Dengan Kejayaan Konsert ‘Rock Legend Berzaman,’ Berjaya Himpunkan Sembilan Penyanyi Rock Satu Pentas!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here