Oleh Nafsiah Jani
Mungkin selama ini ramai yang menganggap asam keping atau juga dikenali asam gelugur hanya sebagai penyedap masakan. Namun disebalik warnanya yang gelap rupanya asam keping ini mempunyai rahsia dan banyak manfaat untuk kesihatan manusia.
Asam keping atau nama saintifiknya garcinia atroviridis juga dikenali sebagai garcinia cambogia. Rasa masam daripada asam keping menyebabkan masakan tahan lebih lama berbanding yang tidak memasukkannya.
Asam keping juga mengandungi asid hidroksikitrik dan vitamin C. Selain itu, buah ini juga mengandungi asid sitrik, asid tartarik, asid malic, asid askorbik, flavonoid, serat, vitamin dan mineral. Asid askorbiknya berperanan sebagai antibakeria. Daunnya pula mengandungi serat, karbohidrat, alkoloid, vitamin dan mineral.
Dikatakan dengan mengamalkan makan daun, bunga atau buah asam gelugur dapat menurunkan darah tinggi, merawat kencing manis, berat badan berlebihan, tidak selera makan dan sakit jantung. Manakala buah, bunga dan pucuknya pula bertindak sebagai antioksidan dan awet muda.
Kajian menunjukkan bahawa ekstraknya mempunyai fungsi antiobesiti, antidiabetes, antiulcerogenic, antikulat, antimikrob, antioksidan, antiradang dan antitumor. Kebanyakannya digunakan untuk manfaat kesihatan dan ekonomi.
Selain jus asam keping original yang di rebus sendiri, mereka yang ingin mengambil suplemen juga perlu mengetahui potensi risiko dan kesan sampingannya. Yang pasti, rujuk doktor terlebih dahulu jika anda berminat untuk mencubanya. Bukan semua ubat herba selamat untuk dimakan atau digunakan. Ia juga bergantung kepada antibodi seseorang. Selamat mencuba.
1. Jika anda demam, minumlah air rebusan asam keping untuk menurunkan suhu badan yang sedang panas. Jika air tersebut masam, tambah sedikit madu atau gula batu,
2. Sejak turun-temurun, air rendaman asam keping dapat membantu mengatasi masalah obesiti. Komponen aktif, asid hidroksikitrik di dalamnya dapat menghalang lipogenesis, satu proses di mana karbohidrat ditukar kepada lemak di dalam badan. Disebabkan badan menggalakkan penyimpanan glikogen dengan mengoksidakan karbohidrat menyebabkan selera makan dihadkan dan penambahan berat badan menjadi berkurangan. Minum setiap pagi dan malam. Jika diamalkan selalu insya-ALLAH perut buncit akan mengempis.
3. Minum air rendaman asam keping juga mampu menghilangkan sakit kepala.
4. Kini asam keping juga telah dijadikan jus minuman yang berfungsi sebagai antioksidan yang baik bagi membantu mengurangkan kolestrol dalam badan.
5. Asam keping juga dikatakan dapat menghilangkan jerawat. Caranya rendam asam keping di dalam air panas. Kemudian gosokkan asam keping tadi pada bekas jerawat, biarkan beberapa minit, bilas dengan air dan lakukan secara kerap.
6. Ambil satu atau dua hirisan asam keping dan masukkan kedalam segelas air panas. Biarkan selama beberapa jam dan minum secara teratur setiap hari. Jus ini dapat mengecilkan ovari lebih cepat, menyembuhkan rematik, sakit perut dan menurunkan kolesterol.
7. Untuk menyembuhkan sakit gigi, ambillah sepotong asam keping dan cuci hingga bersih. Masukkan ke gusi yang sakit dan biarkan selama 10 – 15 minit. Akhir sekali kumur-kumur dengan air hangat. Insya-Allah hasilnya cukup menakjubkan.
8. Air rebusan asam keping juga dikatakan dapat menghilangkan stres. HCA yang terkandung dalam asam keping ini mampu meningkatkan hormon dan membuat mood menjadi ceria dan kurang stres.
9. Asam keping adalah bahan awet muda yang dapat membantu mengekalkan keremajaan kulit. Selain itu, ia juga membantu menghaluskan dan mencerahkan kulit wajah.
10. Asam keping juga dikatakan berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi. Sebagai alternatif kepada ubat yang dibekalkan oleh hospital, pesakit darah tinggi juga boleh mengamalkan air rebusan asam keping setiap pagi.
11. Meningkatkan sistem imunisasi kerana kandungan vitamin C yang tinggi didalamnya mampu meningkatkan sistem imunisasi dalam badan dan mampu bertindak balas untuk melawan pelbagai jenis penyakit dengan lebih mudah.
12. Bagi ibu-ibu mengandung, amalkan meminum air asam keping semasa berpantang untuk mempercepatkan proses mengecutkan rahim.
Nafsiah Jani adalah seorang wartawan hiburan. Beliau pernah menulis di Utusan Malaysia, majalah URTV, Wanita dan Saji terbitan Utusan Karya.