Kak KM peminat tegar muzik rock.

Oleh : Syed Wafa

Sesuatu yang luar biasa, cipta sejarah! Buat julung kalinya para peminat genre rock tanah air bakal disajikan dengan persembahan daripada sembilan penyanyi rock legenda tanah air yang bakal membuat persembahan bertenaga menerusi Konsert ‘Rock Legend Berzaman’ yang akan diadakan di Mega Star, Arena pada 3 Mac akan datang.

Sembilan penyanyi legenda rock atas satu pentas, tidak cukup dengan itu, para penonton bakal dihiburkan dengan 32 buah lagu rock yang akan didendangkan penyanyi seperti Ameng Spring, Zamani Slam, Muss dan Amir Ukays yang pastinya menggamit kenangan mereka yang hadir.

Selain mereka berempat, lima lagi penyanyi rock tempatan yang turut memeriahkan lagi malam konsert tersebut adalah Ezad Lazim, Shidi Data, Azan Scan, Poey Sting serta Hazama.

Menurut Ketua Pegawai Operasi RAR Sky Entertainment, Rose Azlin Rosli yang bertindak sebagai penganjur, pihak mereka begitu teruja untuk menganjurkan satu konsert yang pastinya dinantikan-nantikan peminat genre rock tempatan.

Kami cukup teruja malah diharapkan konsert ini bakal mengubat kerinduan semua peminat muzik rock tanah air.

Walaupun agak sukar untuk menghimpan sembilan legenda rock terkenal tanah air di atas satu pentas, kami berjaya melakukan itu dan berharap agar konsert kami nanti akan berjalan lancar.

Ketika ditanya mengenai kriteria pemilihan barisan penyanyi, Pengurus RAR Sky Entertainment iaitu Muhammad Iskandar Ali memaklumkan bahawa pemilihan penyanyi dibuat mengikut permintaan usahawan popular, Kak KM yang bertindak sebagai penaja bagi konsert tersebut.

Menurut Kak KM, dia sememangnya peminat tegar bagi lagu-lagu bergenre rock jiwang dan ‘tangkap leleh’ malah sering mendengar lagu-lagu tersebut sewaktu memasak di dapur setiap pagi.

Saya selaku peminat tegar lagu-lagu jiwang dan leleh, serta membesar dengan rock kapak, memang sangat teruja dengan penganjuran konsert ini.

Diharapkan semua yang hadir akan terhibur dengan himpunan para selebriti yang membuat persembahan. Kita ‘sing-along’ sama-sama dan kasi gegar Mega Star Arena nanti.

Buat peminat muzik rock tanah air, jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan sembilan penyanyi rock kegemaran anda di Konsert ‘Rock Legend Berzaman’ bertempat di Mega Star, Arena pada 3 Mac nanti.

Anda boleh membuat pembelian tiket yang dijual dari harga RM198 sehingga RM358 menerusi laman web www.ticket2u.com.my.

Previous articleMalam Gala  ‘ABANG LONG KU AH LONG’ menerima banyak tajaan
Next articleKhasiat dan Manfaat Asam Keping

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here