Oleh : Syed Wafa
Foto : Chinta Event
Amat membanggakan Malam Gala Tayangan Perdana Telemovie ‘Abang Long Ku Ah Long’ apabila menerina hadiah tajaan daripada para penaja mencurah-curah malah mendapat sokongan dari pelbagai pihak baik daripada golongan artis, media dan mereka yang terlibat dalam produksi terbitan SZL Picture.
Antara penaja-penaja yang terlibat terdiri daripada Persada Asia, Chinta Event Entertainment, My Litlle Pony, Singa Indo Production serta SZL Academy.
Persada Asia menaja 20 keping emas Persada babygram serta little Pony voucher gift, Singa Indo Production ( voucher bernilai RM1K, RM300, RM100, Norinan Wardrobe), Chinta Event Entertainment ( liputan video coverage, jurugambar dan tarian menuju puncak).
Majlis yang dimulakan pada jam 6 petang dimeriahkan dengan kehadiran para tetamu jemputan diikuti dengan Ketua Operasi Persada Asia (COO) Datuk Muhd Salmizan Zainal Abdin dan isteri, Datin Ira Rohaya yang diundang khas untuk merasmikan majlis.
Dalam ucapan beliau, Datuk Muhd Salmizan mengalu-alukan kehadiran bakat baru dalam industrI lakonan seterusnya peluang untuk mereka menjana pendapatan pada masa depan.
Sejurus selesai perasmian, tarian khas ‘Menuju Puncak’ dipersembahkan sebagai simbolik bahawa bukan mudah menjadi seorang insan seni yang sedang mengatur langkah dalam bidang lakonan.
Latihan sebanyak 6 kali yang ditunjuk ajar oleh cikgu Aida menampilkan tarian yang sungguh menarik melibatkan 12 pelajar SZL Academy terdiri daripada golongan dewasa dan kanak-kanak dari pelbagai peringkat usia.
Sejurus selesai tarian, Tayangan Perdana ‘ Abang Long ku Ah Long’ bermula namun sebelum ditayangkan, ucapan dan komen dari Pengarah Abang Long Ku Ah Long, saudara Reym dilontarkan bagi memberikan kata-kata semangat dan motivasi kepada semua yang terlibat.
Hampir dua jam tayangan berlangsung dengan pelbagai emosi yang dilontarkan oleh penonton samada sedih, ceria dan suspens. Menarik sungguh cerita itu yang berlatarkan kisah gansterisme dan pergolakan keluarga.
Sejurus tamat tayangan, sebelum keputusan mereka yang terbaik diumumkan, penonton dihiburkan dengan persembahan nyanyian oleh Adan Putra ( Seragam Hitam), Naedy Azahar ( Darah Muda) dan Deena Pasha ( Sway).
Pasti peminat filem pendek ini nak tahu, siapakah pemenang Pelakon Terbaik dan Pembantu Terbaik kan? Penjurian melibatkan dua juri hebat iaitu guru lakon Watie Khahar dan Wartawan dari Ladybosz.com, Syed Wafa. Di bawah ini disertakan keputusan penuh,
1). Pelakon Lelaki Terbaik – Ahmad Fadhli Bin Ab Wahab@Masri
2). Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Muhammad Nur Imran Bin Mohamad Isa
3). Pelakon Wanita Terbaik – Puteri Nur Batrisyia Amalia Binti Yusri
4). Pelakon Pembantu Wanita Terbaik- Dayang Rozyta Binti Abang Kaderi
5). Pelakon Kanak-kanak Lelaki Terbaik – Mohammad Nasrullah Firas Bin Mohd Fazil
6). Pelakon Pembantu Kanak-Kanak Lelaki Terbaik – Muhammad Haziq Irfan Bin Muhammad Naim
7). Pelakon Kanak-Kanak Wanita Terbaik- Nur Al’Arrisya Suffiya@Ninu
8). Pelakon Pembantu Kanak-Kanak Terbaik- Puteri Ieman Qharmieylla Binti Mohd Soib
Ini pula senarai 4 nama pelakon yang menang mengikut pilihan pengarah.
1). Muhammad Nur Imran Bin Mohamad Isa
2). Puteri Nur Batrisyia Amalia Binti Yusri
3). Abi Bakar Nur Bin Kamarudin
4). Mohd Akbar Bin Yusof
Tahniah kepada semua pemenang.
Bertambah meriah majlis tayangan apabila pemenang Pakaian Lelaki dan Wanita Terbaik turut diumumkan iaitu Khairul Rizal dan Nora Maria. Majlis yang bertemakan Merah dan Hitam menepati melalui pemakaian yang digayakan oleh kedua-duanya. Begitu menyerlah kedua-dua warna itu apabila digayakan oleh kedua-duanya.
Majlis yang gilang gemilang ini tamat sekitar jam 11 malam diakhiri dengan bergambar ramai oleh semua yang terlibat disusuli dengan sessi wawancara yang dikendalikan oleh Chinta Event Entertainment melibatkan tetamu dan para pemenang anugerah.
SYED Wafa pernah menulis dan melukis di Utusan Malaysia (sisipan Remaja), URTV, Mangga, Hai serta pernah menjadi Editor Majalah Oh-Gee.