Oleh Asmat Fikri

Cara kira waktu subur

Walaupun kadang-kadang ada di antara wanita yang masih ragu-ragu dengan tahap kesuburan dia, namun sebelum berjumpa doktor, sebenarnya kita ada kaedah mengira waktu subur sendiri. Mengetahui waktu subur ini penting bagi mereka yang inginkan zuriat, kerana di waktu subur inilah peluang untuk hamil lebih tinggi berbanding di luar waktu subur.

Ada banyak kaedah untuk mengira waktu subur, antaranya adalah:

1. Kira daripada kitaran haid
2. Gunakan kit kesuburan (OPK)

Kiraan melalui kitaran haid

Penting untuk wanita pastikan haid teratur setiap bulan sebelum mengira menggunakan kaedah ini.Pengiraannya adalah seperti berikut:

– Kitaran haid contohnya
Bulan Januari : 23/01/2024
Bulan Februari : 21/02/2024

– Jadi maknanya dari 24 Januari hingga ke 21 Februari, kitaran haid kita adalah 29 hari (kiraan bermula dari hari pertama haid hingga hari pertama haid bulan seterusnya).

– Untuk tahu waktu subur, sifirnya adalah

Jumlah kitaran haid tolak 14 hari = Hari subur

– Kenapa tolak 14 hari? Jawapannya adalah kerana fasa luteal (kematangan telur) berlaku selepas 14 hari ovulasi.

– Jadi 29 hari – 14 = 15

– Jadi hari subur kita adalah hari ke 15 dari tarikh hari pertama haid keluar, iaitu pada 07 Februari 2024.

Cara kedua untuk mengira waktu subur sendiri adalah dengan menggunakan OPK test iaitu test kesuburan.

– Uji OPK antara jam 2 petang – 8 malam.

– Pastikan uji OPK pada waktu sama setiap hari.

– Jangan minum air banyak selama 2 hingga 3 jam sebelum ujian OPK.

– Ujian OPK perlu mengikut hari yang disarankan, iaitu selama 6 hari berturut-turut bermula 3 hari sebelum tarikh subur.

– Seeloknya uji selama 6 hari bermula 3 hari awal sebelum tarikh kiraan subur. Bila ada dua garis terang, maka tarikh itu boleh `bersama’ suami dalam tempoh selepas 12 hingga 48 jam.

Penutup

Setelah dikongsi pelbagai maklumat mengenai kesuburan wanita di atas, diharap ianya dapat membantu para isteri atau pasangan untuk lebih tahu perkara penting berkaitan kesuburan.

Semoga setiap pasangan yang sedang menanti dan berusaha mendapatkan zuriat akan beroleh berita gembira dalam tempoh masa terdekat ini. Jika ada dikalangan kenalan kita belum beroleh rezeki memiliki zuriat, jagalah hati mereka.

Usah ditebak mereka dengan soalan-soalan yang menduga kesabaran serta menghadirkan kesedihan buatnya meskipun niat kita untuk bergurau. Ingat! Wajib untuk kita tidak mengguris hati saudara kita yang lain. Mudah-mudahan.

Pusat Rawatan Kesuburan

1) Vamsam Fertility and Health Care (Batu Caves)
Tel: 011-23212166

2) Pusat Pakar Wanita & Kesuburan Ng (Kuala Lumpur)
Tel: 016-3823197

3) Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TFF)
Istana Abdul Aziz, Bandar Indera Mahkota
25200 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tel : 09-573 3241

4) Pusat Pakar Kesuburan Sunfert
Level 2 Nexus, 7, Jalan Kerinchi,
Bangsar South, Kuala Lumpur
Tel : 03-22423211

Previous articleKebaikan dan khasiat Sirih Cina
Next articleDatuk Rahim Razali risau boleh tertidur ketika memandu!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here