Hidangan Crispy Buttermilk Chiken yang sungguh lazat.

Oleh: Nafsiah Jani

Mereka yang belum berkesempatan merasa hidangan Crispy Buttermilk Chicken yang lazat, cepat-cepatlah berkunjung ke Restoran Rasa Rosz yang terletak di AEON Big, Wangsa Maju. Set promosi istimewa untuk Tahun Baharu Cina ini akan berakhir pada hujung Februari ini.

Set hidangan berserta air terpilih ini ditawarkan pada harga yang berpatutan. Hidangan Crispy Buttermilk Chicken ini cukup enak untuk dinikmati kerana ia dihidangkan dengan ayam yang cukup besar, kuah buttermilk yang sungguh sedap, lemak dan berkrim.

Pemilik Restoran Rasa Rosz, Datuk Sri Rozita Ramelan berkata, sempena Tahun Baharu Cina ini pihaknya memilih untuk mempromosikan hidangan sebegini.

“Promosi ini akan berakhir sehingga 29 Februari ini. Jadi rebutlah peluang menikmati keenakan masakan yang kami sediakan. Selain hidangan set promosi, restoran kami juga turut menyediakan pelbagai hidangan yang enak menepati citarasa masyarakat majmuk di Malaysia.

“Tak sangka sambutan hidangan set promosi Tahun Baharu Cina ini begitu hangat sekali. Memandangkan begitu banyak permintaan terhadap set ini setiap hari mungkin kami akan lanjutkan lagi promosi hidangan Crispy Buttermilk Chicken ini.”

Hidangan Crispy Buttermilk Chicken didatangkan bersama tiga pilihan air. Pelanggan boleh memilih salah satu daripada air special yang ditawarkan iaitu Peach Lychee, Sunset Soda dan Sweet Splash.

Untuk menikmati minum petang sambil santai bersama keluarga atau rakan-rakan, Restoran Rasa Rosz juga menyediakan set minum petang hidangan kuih melayu bersama teh tarik dan kopi O. Pelanggan juga boleh menambah air secara percuma pada harga RM9.90 sahaja.

Restoran Rasa Rosz juga menyediakan lebih 40 jenis menu masakan tradisional dan fusion yang patut dicuba. Antara menu yang ditawarkan adalah Soto Ayam Terapung, Lontong Goreng, Cucur Udang, Pasta Asam Pedas Fettucini, Nasi Goreng Belacan Daging Tenderloin, Nasi Goreng Tomyam Ketam, Nasi Ayam Ratu Tumis, Ayam Masak Lemak Cili Padi, Asam Pedas Tulang, Fried Bao Bao dan banyak lagi.

Restoran Rasa Rosz dibawah naungan Syarikat Rasa Rosz Sdn. Bhd. ditubuhkan sejak tahun 2018 sehingga kini. Bermula dengan pengeluaran produk Ratu Tumis dan kerjasama dengan kedutaan Thailand bagi membawa masuk produk M-SHROOMS yang halal dari Thailand.

Datuk Sri Rozita Ramelan bersama produk-produk keluarannya.

Rasa Rosz juga mengorak langkah menghasilkan Sambal Ready To Eat, perencah serbaguna Lazzat, sambal belacan dan pelbagai lagi jenis pes masakan yang berkualiti tinggi untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.

Pada yang belum berkunjung ke Restoran Rasa Rosz jangan lepaskan peluang menikmati hidangan promosi istimewa ini dan lain-lain hidangan yang ada. Sekali cuba pasti nak lagi.

Previous articleDatuk Afdlin Shauki ingin bantu gelandangan
Next articleKenapa ayah halang Mariam Baharom jadi anak wayang?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here