Hati merupakan single baharu dendangan Ramlah Ram.

Oleh Wawa Najwa
Foto Koleksi Syed Wafa

Sebut saja lagu ‘Kau Kunci Cintaku (Dalam Hatimu)’ automatik peminat-peminat lagu Melayu tahu itu adalah lagu dendangan Ramlah Ram, juara program Bintang RTM 1985.

Ramlah yang bakal mencecah usia 59 tahun pada 19 Februari ini baru saja mengadakan konsert pertamanya di Singapura iaitu Ramlah Ram – The Musical Evolution yang berlangsung di Esplanade Concert Hall pada 1 Januari lalu.

Bukan itu saja, Ramlah baru melancarkan rakaman semula ‘Kau Kunci Cintaku (Dalam Hatimu)’ sebagai hadiah buat peminat-peminatnya.

Album ‘Kau Kunci Cintaku (dalam hatimu)’ memberi kejayaan besar dalam kerjaya senia Ramlah Ram.

Jelas Ramlah, niat utama beliau merakam semula lagu tersebut adalah untuk mengimbas kembali kejayaan lagu tersebut selain ‘tribute’ kepada Tan Sri Ahmad Nawab selaku komposer dan lirik oleh Allahyarham Mama Juwie.

Lagu tersebut juga juara AJL 1988.

“Lagu ini telah digubah semula dengan susunan vokal dan muzik yang lebih segar. Versi terkini lagu “Kau Kunci Cintaku 2024′ diterbitkan di bawah label RRG Entertainment dan boleh distrim di semua platform digital,” kata Ramlah.

Sempena sambutan hari lahirnya yang akan diraikan pada 2 Mac ini, Ramlah turut melancarkan single baharu berjudul ‘Hati’ yang mendapat sentuhan daripada adiknya, Rashid Ram.

Merakam semula lagu Kau Kunci Cintaku (Dalam Hatimu).

Untuk pembikinan lagu ini Ramlah juga banyak memberikan ilham ketika proses menggubah melodi dan lirik lagu ini.

Lagu yang berkonsepkan musik santai ini merupakan single pertama Ramlah bagi tahun 2024 dan beberapa buah lagi single baharu bakal menyusul selepas ini.

Ramlah bakal merai hari lahirnya bersama peminat pada 2 Mac ini.

Untuk peminat Ramlah yang ingin menyertai majlis ini bolehlah menghubungi nombor talian +60126020384 melalui aplikasi WhatsApp sebelum 29 Februari 2024 atau layari laman sosial media rasmi Ramlah Ram di Instagram, Facebook dan TikTok untuk maklumat lanjut.

Previous articleErma Fatima bakal akhiri kerjaya seni?
Next articleDatuk Afdlin Shauki ingin bantu gelandangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here