Image by Oleksandr Ryzhkov on Freepik

Oleh Nafsiah Jani

Anda nak sihat dan cantik? Mulai sekarang amalkanlah minum air barli dan makan barli. Barli adalah bijirin yang kaya dengan kandungan fiber, mineral dan vitamin yang dapat memberi banyak manfaat kepada tubuh badan dan kesihatan seseorang.

Kandungan nutrisinya yang pelbagai antaranya vitamin K, vitamin B, folat, mangan, antioksidan, lutein, zeaxanthin dan flavonoid. Barli ini banyak kebaikkan kerana selain mencegah kegemukan ia juga membantu mencegah penyakit-penyakit kronik.

Apa lagi mulailah dari sekarang amalkan barli sebagai sebahagian daripada makanan harian untuk mendapat kesan yang menakjubkan.

국립국어원, CC BY-SA 2.0 KR <https://creativecommons.org/licenses/by-sa/2.0/kr/deed.en>, via Wikimedia Commons

Antara kebaikan barli ialah :-

1. Barli merupakan makanan yang kaya dengan serat, tinggi protin dan rendah lemak. Serat yang terdapat didalam barli dapat menghalang penyerapan kolestrol dari makanan ke perut dan usus. Sekaligus ia dapat menurunkan kadar kolestrol seseorang.

2. Jika diamalkan sebagai minuman harian, barli juga dapat membantu menjaga jantung kita daripada risiko serangan jantung. Kalium di dalamnya membantu mengawal dan menurunkan tekanan darah.

3. Selain susu, barli juga mampu menyumbang kepada kekuatan dan pertumbuhan tulang. Kandungan fosfrus, kalsium, kuprum dan magnesium serta zink didalamnya mampu meningkatkan kekuatan tulang dan rangka badan seseorang.

4. Barli yang berserat tinggi, bersifat antioksidan dan antiradang ini juga mampu menghalang pertumbuhan kanser yang kronik termasuk kanser usus.

5. Pengambilan barli yang konsisten juga dapat membantu mengurangkan masalah diabetes. Kandungan serat dan magnesium dapat menurunkan kadar gula dalam darah.

6. Mereka yang menghadapi masalah penghadaman eloklah mengambil barli sebagai makanan tambahan. Air barli cukup beralkali dan kandungan seratnya dapat membantu memudahkan perut kita untuk memproses dan mempercepatkan penghadaman makanan. Secara tidak langsung ia membantu menjaga usus kita.

7. Barli juga dapat membantu mengatasi masalah kulit, mendapat kulit yang sihat, cantik dan cerah. Asid azelaic yang terdapat didalamnya mampu merawat jerawat dengan mengurangkan keradangan pada kulit, serta mengelakkan liang pori kulit daripada tersumbat.

8. Antioksidan didalamnya juga mampu melawan radikal bebas dan melambatkan proses penuaan. Ini dapat membantu mereka yang mengamalkan barli sebagai makanan harian sentiasa kelihatan awet muda.

9. Untuk mereka yang ingin berdiet, barli cukup baik dijadikan makanan pilihan. Ia mengandungi karbohidrat kompleks dan serat yang boleh membuat anda sentiasa kenyang dalam tempoh yang lama. Kandungan beta glukan didalamnya dapat membantu meningkatkan metabolism tubuh seseorang.

10. Bagi ibu yang yang baru melahirkan dan mengalami kekurangan susu badan, bolehlah mencuba campuran air barli panas bersama satu sudu jintan manis. Campuran keduanya mampu meningkatkan susu badan ibu tersebut.

Previous articleTajul dan Afieq nyanyikan semula Insan Ku Sayang Kini Menghilang
Next articleWanita bawah 35 tahun cenderung kena strok lebih tinggi berbanding lelaki (Bahagian 1)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here