Oleh Wawa Najwa

Semuanya bermula apabila Nourul Wahab Depp sering berkongsi pandangannya tentang kehidupan di media sosial. Secara tak langsung ada yang meminta nasihatnya dan Nourul juga tidak lokek untuk berkongsi ilmu.

Menurut Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab, 46, secara peribadi dia suka berbicara perihal personal development atau pembangunan peribadi.

Personal development merujuk kepada aktiviti yang direka untuk meningkatkan bakat, potensi, kebolehkerjaan dan juga kekayaan. Pada bila-bila masa anda secara sedar berusaha untuk memperbaiki diri dan mengambil bahagian dalam pembangunan peribadi.

Nourul mahu membantu insan-insan yang ada masalah.

Kata Nourul, selepas sering membuat perbualan motivasi di sosial media, dia berusaha belajar tentang personal development dan juga tentang skil serta bakat.

Nourul akui walaupun apa yang dia perkatakan di sosial media kecil saja tapi mampu memberi impak kepada orang lain. Malah, suaminya selalu memberi dorongan kepadanya kerana Eric Daniel Depp juga seorang trainer dan speaker dalam personal development.

“Saya menggunakan sosial media untuk bantu orang merasa better dalam life mereka. Saya suka melayan mesej orang dalam sosial media.

“Bila berlaku Covid ramai yang alami masalah mental kerana mereka tidak ada saluran untuk meluahkan apa yang terpendam. Saya mula buat di sosial media dan ramai yang hantar mesej kepada saya dan beritahu apa yang saya perkatakan memberi kesan kepada mereka.

Dee sebagai pengacara untuk program Firetalk And Showcase With Nourul Depp, baru-baru ini.

“Kalau tengok ramai yang buntu dan tak berani nak bercakap tentang masalah mereka kerana takut orang kata tabu sebab depres. Orang Melayu kita selalu suka relate dengan sesuatu yang tak sepatutnya. Saya rasa adalah menjadi tanggungjawab saya untuk bantu.

“Lagipun, sebagai wellness coach, indiependent distributor dengan HerbaLife, saya berjumpa dengan ramai orang. Saya ni jenis yang tak boleh tinggal dengan seseorang yang negatif atau bersama dengan orang yang skeptikal dan sebagainya, sebab itu saya nak bantu orang lain,” katanya.

Nourul baru saja berkongsi pengalamannya dengan peserta dalam program Firetalk And Showcase With Nourul Depp di Hotel Royal Chulan, baru-baru ini.

Ujarnya lagi, jika dilihat, masalah kesihatan mental makin menjadi-jadi. Orang yang menghadapi masalah sebegini perlu dibantu agar masalah mereka dapat dirungkai. Itu yang Nourul cuba “korek” daripada peserta yang hadir.

Antara peserta yang hadir menjayakan program Firetalk.

“Setiap daripada kita memerlukan semangat atau motivasi buat diri sendiri dalam menjalani kehidupan seharian. Kebanyakan daripada kita mempunyai masalah yang sukar untuk dikongsikan. Maka dengan adanya acara pembangunan diri ini, sedikit sebanyak mampu memberi semangat buat diri sendiri,” katanya.

Tidak dinafikan Firetalk membawa suatu pengalaman yang luar biasa kepada peserta kerana Nourul mengetengahkan beberapa topik seperti Dig It, Face It, Heal It yang menyentuh situasi seperti trauma, panik, ketakutan dan anxiety.

Rata-rata peserta yang hadir sangat supportive. Tidak malu untuk berkongsi rasa, rahsia, kesedihan yang dialami. Malah ada dikalangan mereka yang telah mendapat semangat baru tanpa menoleh kebelakang.

Selain berkongsi ilmu tentang personal development dengan peserta, Nourul yang dikenali kerana lagu Cinta Azali dan Kerana Terluka turut menghibur tetamu yang hadir.

Sempat menghibur tetamu yang hadir dengan lagu-lagu popularnya.

Nourul menyampaikan lagu medley dendangan Salamiah Hassan, Datuk Aishah, Fauziah Latiff, Datuk Francissca Peter, Ramlah Ram dan Ziana Zain serta beberapa buah lagu dari album solo dan duetnya.

“Ini event anjuran sendiri dan saya tak fikir untuk make profit kerana tujuan utama saya adalah nak tolong orang. Bagi saya, asalkan lepas nak bayar hotel dan kru, itu sudah cukup.

“Ini adalah satu cabaran kepada saya kerana saya perlu bercakap selama tiga jam dan lepas tu menyanyi kerana saya suka mencabar diri sendiri. Bagi saya, kalau kita tak cabar diri sendiri pasti rasa flat saja,” katanya yang bakal mengadakan program Firetalk seterusnya pada pertengahan tahun 2024.

Tenaga kerja yang melaksanakan program Firetalk bersama Nourul.

Nourul fokus bisnes di Bali

Nourul yang kini menetap di Bali bersama suami dan anak-anak, Zachary, Raphael dan Isabella sejak September 2021 berkata, dia selesa menetap di sana.

“Saya pilih tinggal di Bali sebab impian suami nak bersara di sini. Impian dia memang nak duduk di Bali. Saya sendiri pun suka Bali. Hidup kami, pagi saya bangun Subuh, 4.45 pagi sebab sini cerah awal. Lepas Subuh, buat yoga, anak pergi sekolah pukul 8 pagi kemudian pergi gimnasium sebelum mulakan kerja.

Bersama keluarga tercinta.

“Anak balik sekolah pukul 4 petang sampai pukul 8 malam tu, waktu dengan mereka. Alhamdulillah, dengan gaya hidup dan bisnes yang kami pilih ni kami ada masa untuk luangkan masa dengan anak-anak,” katanya yang akan turun Malaysia kalau ada urusan.

Ujar Nourul, sepanjang menetap di Bali dia ibarat semi retired sebagai penyanyi kerana lebih senang fokus kepada bisnes.

“Saya di sini saya sembunyikan status, hanya kawan-kawan gim yang follow kat IG tahu yang saya ni penyanyi. Kat sini, saya semi retired sebab dengan bisnes yang saya ada saya pilih untuk fokus pada bisnes yang ada dan yang baru nak buat ni. Kalau ada show atau kerja baliklah ke Malaysia.

Gembira menetap di Bali bersama keluarga ketika ini.

“Kami akan tinggal di Bali ini sampai Isabella capai umur 17 tahun, so lagi 13 tahun, insya-Allah. Tak tahu la lepas tu plan macam mana, bila anak-anak dah besar, nak balik Malaysia atau duduk kat mana ke?

“Plan seterusnya yang saya nak pergi adalah Canary Island, Sepanyol. Sekarang husband dah pencen. Bila anak-anak dah habis sekolah tak tahu lagi nak pergi ke mana,” kongsinya.

Previous articleSyarat untuk menjadi isteri Nash
Next articleKedai Kak Ros diserbu kerana sup tulang berhantu!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here