Kak Ros pemilik Kedai Kak Ros Sup Tulang yang terkenal bersama suami Hatta Sanie.

Oleh Syed Wafa
Foto Afhzahafiez Kamaruddin

Kerana sup tulang yang begitu enak dan mendapat sambutan di sekitar Keramat Wangsa sehingga menjadi viral dan seolah-olah ‘berhantu’ dan pasti rindu untuk datang lagi menjamu selera di sini.

Kedai Kak Ros Sup Tulang yang terletak di Jalan 30/56, Keramat Wangsa ini beroperasi dari pukul 11pagi hingga 4 petang ini sentiasa dipenuhi pelanggan setia kedai ini.

Sup daging yang begitu digemari pengunjung.
Daging goreng kunyit kacang panjang antara menu yang digemari pengunjung.

Bukan sahaja kerana sup tulang dan sup daging yang mendapat sambutan tetapi kerana masakan panas yang terdapat di sini banyak pilihan dan sungguh menyelerakan.

Menurut Kak Rosanah yang merupakan pemilik kedai makan tersebut, antara kesukaan pengunjung di sini selain sup tulang,menu lain yang juga dapat sambutan ialah ikan keli masak berlada, ikan siakap tiga rasa, daging goreng kunyit kacang panjang, ayam masak merah dan banyak lagi.

Ayam masak merah juga begitu terkenal di sini.
Ikan keli masak berlada juga kesukaan pengunjung.

Kedai makan yang sudah lebih 28 tahun beroperasi ini mendapat sokongan dari suami tercinta beliau Hatta Sanie yang juga merupakan bekas pegawai perhubungan awan (PRO) sebuah syarikat rakaman terkenal tanah air satu ketika dulu.

“Ramai juga rakan-rakan artis yang datang menjamu selera ke sini antaranya seniwati Uji Rashid dan anak Cico, komposer terkenal Datuk S. Atan dan isteri, Awie dan ramai lagi,” kata Hatta Sanie.

Rizal dan isteri Maryam dari Durian Kimci antara pengunjung setia kedai makan ini.
Antara selebriti terkenal yang sering berkunjung ke sini.

Influencer terkenal Durian Kimci juga merupakan pelanggan tetap di sini malah mereka pernah menviralkan lagi kedai makan ini melalui media massa mereka.

“Isteri saya Maryam begitu meminati sup daging di sini hampir setiap minggu kami akan buat pesanan,” kata Rizal pemilik channel Durian Kimci bersungguh-sungguh.

Tan Sri Zulhasnan Rafique antara VIP yang pernah menjamu selera di sini.
Kak Ros dan suami melayan pelanggan setia,Fairus Arshat dan teman yang selalu berkunjung ke sini.
Seniwati Uji Rashid merupakan pelanggan setia kedai makan ini.

“Sebenarnya banyak dugaan untuk Kak Ros berjaya seperti sekarang malah kedai ini pernah beberapa kali disihir dan saya berikhtiar berubat dan syukur pada Allah SWT semuanya dizinkanNya kedai Kak Ros pulih seperti biasa,” cerita Kak Ros.

Menurut Kak Ros lagi resipi masakan di kedainya adalah resipi dari keluarganya di Thailand tempat asal beliau.

Beliau juga menerima tempahan masakan untuk 100 orang ke 1,500 orang dan bagi mereka yang ingin buat tempahan boleh hubungi di talian +617-6165648.

Previous articleNourul kongsi ilmu dan pengalaman menerusi program Firetalk
Next articlePes Sambal Ratu Tumis Rasa Rosz Melazatkan Sambal Udang Petai!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here