A pile of green soursop
Photo by Xavier Messina on Pexels

Oleh Nafsiah Jani

Buah durian belanda memang sedap dimakan kerana rasanya yang masam-masam manis membuatkan kita teruja untuk menikmati kelazatan buah tersebut berulang-kali. Selain buahnya yang enak dimakan begitu sahaja, buah ini juga sedap dijadikan jus kerana rasa manis aslinya dan lemak berkrim cukup menyegarkan. Jika dahulu buah ini dibiarkan masak diatas pokok dan busuk begitu tetapi tidak hari ini.

Durian belanda atau nama saintifiknya Annona Muricata kini menjadi pilihan ramai untuk menanamnya disebabkan khasiatnya yang begitu banyak.

Selain buahnya, daun, biji dan akar buah durian belanda juga mujarab untuk dijadikan ubat bagi merawat pelbagai jenis penyakit. Istimewanya buah ini kerana ia mengandungi karbohidrat, fruktosa, amyloid, asid sitrik, manganese, sukrosa, reticuline, vitamin C, vitamin B1 dan vitamin B2.

Berikut adalah antara manfaat dan khasiat keseluruhan pokok durian belanda yang sering digunakan dalam perubatan tradisional dan moden untuk merawat penyakit.

Selamat mencuba dan anda pasti gembira dengan hasilnya yang dapat membantu menghilangkan atau meredakan penyakit yang dihidapi seseorang.

Person holding a green soursop fruit
Photo by Ornán Rodríguez Velázquez on Pexels

Ubati Demam dan Cirit-birit

Jus durian belanda kini banyak dijual dalam bentuk sejuk beku, tin, botol dan kotak. Jus ini sesuai diminum untuk membantu meredakan demam, membunuh cacing (masalah kanak-kanak) dan sebagai ubat cirit birit.

Mencegah Penyakit Kronik Kanser

Khasiat daun durian belanda telah terbukti baik untuk tubuh badan manusia serta dapat mencegah berbagai jenis penyakit kronik seperti kanser, kencing manis, sakit gout, buah pinggang,
jantung darah tinggi dan sebagainya.

Ambil 10 helai daun durian belanda yang sudah tua. Kemudian rebus bersama tiga gelas air hingga berwarna teh. Biarkan sehingga menjadi segelas air sahaja. Minum dua kali sehari atau selama dua minggu sehingga sembuh.

Air rebusan daun ini dipercayai sangat efektif melebihi kimoterapi kerana potensinya sebagai agen semula jadi untuk melawan kanser. Manakala buahnya dapat menghalang satu proses pembentukan saluran darah baharu yang merupakan titik permulaan pertumbuhan kanser tumor iaitu Angiogenesis.

Kajian yang dilakukan oleh Universiti Purdue di Amerika Syarikat mendapati air rebusan daun ini dapat merawat pelbagai jenis kanser. Selain itu, ia boleh menyekat pembiakan virus, anti keradangan serta mengurangkan kesan lebam, antimikrob dan anti parasit.

Membantu Menurunkan Tekanan Darah Tinggi

Hipertnesi atau penyakit darah tinggi merupakan salah satu faktor yang boleh membuatkan seseorang itu terkena strok. Bagi memastikan anda sihat dan tidak mengidap darah tinggi minumlah air rebusan daun durian belanda setiap pagi untuk
menstabilkan tekanan darah anda.

Mengatasi Kencing Manis

Bukan itu sahaja, air rebusan daun durian belanda juga dapat
membantu menurunkan kadar gula dalam darah. Amalkan air rebusan ini setiap pagi sehingga kandungan gula dalam darah anda betul-betul kembali stabil dan terkawal.

Krzysztof Ziarnek, Kenraiz, CC BY-SA 4.0 , via Wikimedia Commons

Merawat Gout dan Sakit Pinggang

Air rebusan daun durian belanda juga dikatakan mampu merawat dan menghilangkan sakit gout serta sakit pinggang. Caranya mudah sahaja, rebus 20 helai daun durian belanda dengan sukatan lima gelas air. Biarkan sehingga mendidih dan tinggal sebanyak tiga gelas sahaja. Minumlah air rebusan ini setiap pagi
dan hanya sekali sehari.

Mengubati Ekzema

Bagi mereka yang ada sakit ekzema jangan risau kerana daun durian belanda dapat mengubatinya. Ambil beberapa helai daun
durian belanda dan tumbuk sehingga lumat kesemuanya. Bila sudah hancur sapukannya ditempat yang ada eczema.

Meredakan Kencing Tidak Lawas

Buah durian belanda juga dapat membantu pesakit kencing tidak lawas kerana kandungan ferum atau iron di dalamnya mampu
membersihkan buah pinggang dan memperbaiki sistem penghadaman manusia. Kandungan di dalam buah ini juga dapat
mengurangkan risiko seseorang itu mendapat penyakit batu karang yang biasanya terbentuk daripada mendapan garam
galian dalam badan.

Menguatkan Daya Ketahanan Badan

Khasiat daun durian belanda juga mampu menguatkan daya ketahanan tubuh. Ambil lima helai daun durian belanda. Rebus dengan sukatan empat gelas air. Biarkan mendidih sehingga menjadi satu gelas. Minum sehari sekali. Manakala isinya yang berwarna putih mempunyai kandungan antioksidan yang mampu
meningkatkan daya tahan badan serta turut melambatkan proses
penuaan.

Mengatasi Buasir dan Urat Saraf

Untuk mengatasi masalah buasir, ambil 10 helai daun durian belanda tua. Kemudian rebus dengan tiga gelas air, didihkan
sehingga menjadi segelas. Setelah suam, minumlah sekali sehari sehingga penyakit buasir sembuh. Bagi mengubati masalah urat saraf, minumlah air rebusan itu dua kali sehari, iaitu pada sebelah pagi dan petang.

Mencegah Tulang Rapuh

Kandungan sodium, phosphorus dan potasium yang terbaik dan amat tinggi di dalam buah durian belanda membuatkan buah ini
sangat istimewa. Jika diamalkan selalu, kandungan buah ini
mampu menguatkan tulang, membina semula serta turut merawat penyakit tulang atau Osteoporosis. Untuk mendapat kesan yang maksimun jadikan pengambilan buah ini sebagai makanan harian kerana ia juga sedap dimakan begitu sahaja.

Previous articleHalalkah konsep Buy Now Pay Later?
Next articlePCOS Penyebab Ramai Wanita Sukar Hamil (Bahagian 2)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here