Oleh Asmat Fikri

“Doktor beritahu aku susah nak mengandung sebab ada PCOS”

Biasa kita dengar masalah macam ini dalam kalangan keluarga atau kenalan? Terutama bagi mereka yang sedang berikhtiar untuk memiliki zuriat sendiri selama bertahun-tahun. Masalah PCOS ini sering disebut dalam kalangan wanita, namun sebenarnya masih ramai yang tidak tahu maksud PCOS yang sebenarnya.

Tahukah kita bahawa Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) boleh melibatkan 5-10% wanita dalam usia reproduktif mereka dan kesannya sedikit sebanyak mengganggu kesuburan wanita dalam proses untuk hamil.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), PCOS ialah satu sindrom yang boleh memberi kesan kepada kitaran haid, kesuburan dan rupa fizikal seseorang wanita yang menghidapinya. Pesakit PCOS akan menghadapi masalah kitaran haid yang tidak menentu disebabkan ketidakseimbangan hormon dalam badan dan ini boleh menjejaskan kesuburan pesakit.

Image by Freepik

Penghidap PCOS juga mempunyai level hormon lelaki (androgen) yang lebih tinggi, akan menghasilkan hirsutism (sila lihat hirsutism) iaitu rambut kepala nipis di bahagian ubun-ubun (botak) dan jerawat.

Keadaan ini berlaku apabila keadaan kilang telur atau ovari seseorang wanita menjadi bengkak disebabkan benih terperangkap di dalamnya dan tidak boleh menetas pada waktu subur. Ia menyebabkan kesan pada kitaran haid samada tidak datang bulan dalam tempoh jangka masa yang lama atau darah keluar berlebihan ketika sedang datang bulan.

Punca PCOS

Meskipun punca sebenar PCOS masih belum diketahui lagi, namun KKM menjelaskan wanita PCOS mempunyai tahap hormon-hormon pituitari luteinizing (LH) dan hormon lelaki (androgen) yang lebih tinggi yang boleh mengganggu fungsi normal ovum (telur). Jika imbasan ultrasound dilakukan pada wanita PCOS, beberapa cyst kecil (4-9 mm) dapat dilihat dalam ovari.

Cyst kecil ini adalah folikel kecil (yang didalamnya terkandung telur) yang tidak mampu berkembang kepada saiz yang akan mencetuskan ovulasi. Akibatnya, kadar estrogen, progesterone, LH, dan folikel merangsang hormon (FSH) menjadi tidak seimbang. Ini adalah antara penyebab phenomena PCOS.

Selain itu dikatakan juga seorang wanita berisiko tinggi mendapat PCOS disebabkan oleh faktor-faktor berikut:

  1. Rintangan insulin: Rintangan insulin merujuk kepada masalah apabila tisu badan menunjukkan kerintangan terhadap kesan insulin. Oleh itu, badan memerlukan pengeluaran insulin tambahan untuk mengimbanginya.
  2. Ketidakseimbangan hormon: Peningkatan paras testosteron dan hormon peluteinan (LH).
  3. Genetik: Jika saudara terdekat seperti ibu, kakak atau ibu saudara anda menghidap PCOS, kemungkinan anda untuk menghidapinya adalah tinggi.

Untuk mengetahui gejala dan kesan PCOS ini ikuti kupasan dan sambungan artikel akan datang dalam bahagian 2.

Previous articleDaun pegaga bagus untuk lelaki dan wanita
Next articlePengarah Imam Tanpa Makmum mahu ikut jejak langkah P.Ramlee

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here