Oleh Syed Wafa

Ramai di luar sana yang inginkan body yang slim dan cantik. Pastinya ramai yang impikan tubuh yang menawan seperti Fazura.

Ini berita gembira untuk anda, selebriti dan usahawan bejaya, Nur Fazura Sharifuddin yang lebih mesra dikenali sebagai Faz telah melancarkan produk terbaharu kopi diet TrullyCaffe melalui jenama TrullyDolly di sebuah hotel terkemuka di ibu kota baru-baru ini.

Suami, Fattah Amin sentiasa memberi sokongan kepada Faz untuk terus berjaya.

Majlis gemilang ini yang turut dihadiri oleh ahli keluarga Faz, rakan artis, agen FAZURA dan rakan media yang dijemput khas.

Faz yang tidak asing lagi di dalam perniagaan produk gaya hidup sihat berasa teruja dengan penawaran baharu syarikat melalui produk TrullyCaffe tersebut.

Nak cantik dan slim macam Faz, cubalah produk terbaru dari beliau.

“Faz sangat bersyukur kerana perniagaan yang dimulakan lebih 5 tahun lepas dapat terus berinovasi dalam mengeluarkan produk premium yang menitikberatkan kandungan berkualiti dengan harga mampu milik. Faz sendiri menggunakan TrullyCaffe di samping mengekalkan gaya hidup sihat dalam
mencapai penampilan fizikal yang diinginkan,” kata Faz bersungguh-sungguh.

TrullyCaffe yang rendah kalori dan tiada gula, didatangkan dalam dua perisa Caffe Latte dan Buttercream Latte. TrullyCaffe diperkayakan dengan ekstrak Garcinia cambogia, ekstrak kopi hijau dan saffron yang dilaporkan berpotensi membantu penjagaan berat badan.

Bergambar bersama stokis dan ejen produk beliau.

Menurut Faz lagi, kadang-kadang ianya mencabar dalam menguruskan keluarga, kerjaya dan perniagaan dalam masa yang sama tetapi Faz sangat bersyukur kerana masih mampu melaksanakan semuanya dengan baik, berkat doa dan sokongan ramai.

Dalam kesibukan itu juga tercetus idea slogan TrullyDolly iaitu “Trully jadi”.”  TrullyCaffe boleh diminum oleh kaum wanita dan lelaki yang mementingkan kesihatan dan penjagaan berat badan.

Setiap paket TrullyCaffe mempunyai 7 sachet bagi program 7 hari diet dengan harga mampu milik iaitu RM47.

Bersama keluarga tercinta.

TrullyCaffe boleh dibeli daripada stokis dan agen FAZURA yang sah, di kedai FAZURA dan melalui aplikasi mudah alih FAZURA.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Nur Farahwati binti Ahmad
Perhubungan Awam dan Pemasaran
FAZFIT SDN. BHD.
[email protected] / +6017-386 1747

Previous articleRestoran Ngam Ngam Neighbourhood menyantuni artis veteran!
Next articleCyst Ovari Digeruni Ramai Wanita (Bahagian 1)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here