Image by Freepik

Oleh Asmat Fikri

Masalah kesihatan dalaman, pastinya setiap wanita ada mengalaminya. Tidak kira kecil atau besar, pastinya keadaan ‘sakit perut’ dirasai setiap orang. Seawal usia remaja, sakitnya mungkin nampak biasa seperti senggugut, namun menginjak ke awal dewasa, sakit lain pula muncul.

Jika kita fokuskan kepada kesihatan dalaman, pasti tahap yang teruk adalah kanser. Namun selain kanser, ramai juga dalam kalangan wanita amat risaukan sejenis penyakit dalaman iaitu cyst.

Boleh dikatakan cyst ini amat popular dan biasa dalam kalangan wanita terutama yang telah berkahwin. Walaupun kelihatan seperti perkara biasa, namun masih ramai sebenarnya yang tidak mengetahui lanjut apakah itu cyst dan adakah cyst ini bahaya atau tidak kepada wanita?

https://www.myupchar.com/en, CC BY-SA 4.0, via Wikimedia Commons

Maksud Cyst Ovari

Menurut laman doctoroncall.com, Cyst merupakan ketumbuhan tidak normal yang mengandungi cecair di dalamnya sama ada air, cecair bercampur protein atau darah, darah beku, darah haid, minyak atau lemak. Cyst ini juga kadang kala boleh terjadi bersama dengan ketumbuhan daging seperti kanser, rambut, tulang dan banyak lagi.

Cyst ini juga boleh menandakan wujudnya penyakit yang kemungkinan boleh membawa masalah yang tidak diingini kepada pesakit. Oleh itu, jika dapat dikesan lebih baik untuk dikeluarkan atau dibuangkan cyst ini. Walaupun cyst ini selalunya tidak membahayakan dan bersifat ketumbuhan tidak berbahaya.

Terdapat banyak jenis cyst seperti Corpus luteal cyst, Follicular cyst, Dermoid cyst dan yang paling popular adalah ovarian cyst atau cyst ovari yang terjadi kepada wanita selalunya disebabkan oleh kitaran haid yang tidak sekata serta ketidak seimbangan hormon dalam badan.

Cyst ovari adalah kantung yang dipenuhi cecair yang tumbuh di ovari semasa ovulasi. Ia biasanya berlaku di dalam atau di permukaan ovari, sebahagian daripada sistem pembiakan wanita yang menghasilkan hormon estrogen dan progesteron, serta sel telur (ova) yang diperlukan untuk pembiakan.

Disebabkan terdapat banyak jenis cyst, sebab dan puncanya juga mungkin berlainan setiap jenis. Dan cyst ini bagi memudahkan kefahaman adalah ketulan yang mana ia juga mungkin berbeza pada pesakit atau kategorinya.

Untuk mengetahui apakah gejala cyst dan rawatannya jangan lupa ikuti sambungan bahagian kedua di artikel akan datang.

Previous articleNak kurus mesti cuba produk ‘TRULLYCAFFE’ keluaran Fazura!
Next articleUsia Tujuh Tahun: Masa Penting dalam Mendidik Anak (Bahagian 2)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here