Oleh Syed Wafa

Sesuatu yang luar biasa, setelah beberapa minggu beroperasi ramai pengunjung tertanya-tanya apa rahsia sebenarnya yang membuatkan masakan di Restoran Rasa Rosz begitu enak?

Malah rata-rata menu di Restoran Rasa Rosz mempunyai citarasa yang tersendiri dan pasti rindu untuk datang lagi ke restoran ini.

Menurut pemilik Restoran Rasa Rosz dan juga seorang usahawan yang berjaya,Datuk Sri Rozita Ramelan berkongsi rahsia di sebalik penyediaan masakan di Restoran Rasa Rosz yang begitu enak.

Empat pes Ratu Tumis Rasa Rosz yang hangat di pasaran!

“Terus terang saya katakan sebenarnya kami menggunakan produk keluaran saya sendiri iaitu Ratu Tumis Rasa Rosz yang terdapat di pasaran sekarang.

“Dengan menggunakan produk keluaran kami bukan sahaja melazatkan lagi masakan malah menjimatkan masa dan pastinya pengunjung tidak menunggu begitu lama.

Tiga sambal keluaran Rasa Rose yang enak!

“Restoran kami menggunakan system blueprint di mana kami memendekkan cara memasak. Mungkin sebelum ini untuk memasak sesuatu menu ambil masa yang agak lama. Tapi kami nak ringkas, cepat dan sedap, di mana sesuatu menu dapat disiapkan dalam masa lima minit dan paling lama 30 minit sekali bersama dengan hiasan dan sebagainya.

“R&D aplikasi pes Ratu Tumis dan produk Rasa Rosz ini memerlukan kepakaran saya dan ketua cef untuk pilihan menu di Restoran Rasa Rosz ini. Ianya mengambil masa dua minggu untuk memilih menu pilihan yang lazat serta menyelerakan,” kata Rozita Ramelan bersungguh-sungguh.

Produk ‘Lazzat’ juga menjadkan masakan menyelerakan!

Menurut ketua cef Restoran Rasa Rosa iaitu Cef Bob Azran,beliau berkata sepanjang pengalaman beliau sebagai cef, inilah pengalaman yang luar biasa dengan menggunakan produk dari Ratu Tumis Rasa Rosz seperti pes serta sambal,bukan sahaja menjadikan masakan bertambah enak malah sungguh mudah untuk dimasak.

“Saya tidak pernah bertemu dengan pes yang sehebat ini yang sungguh sempurna dan tugas saya sebagai cef menjadi mudah dan cepat,” kata Cef Bob Azran.

“Rugi pengguna atau Cef di luar sana tidak mencuba,pasti anda akan bangga dengan produk ini,” kata Cef Bob Azran lagi.

Ini juga berita gembira buat pengunjung setia pasaraya terkemuka AEON Big di Wangsa Maju, anda akan menikmati potongan sebanyak 10 peratus setiap menu yang dipesan di Restoran Rasa Rosz sempena pembukaan rasmi restoran tersebut.

Cef Bob Azran (Paling Kanan) bersama pembantu yang begitu berpengalaman dalam dunia masakan…mereka menjanjikan masakan yang lazat untuk pelannggan di Restoran Rasa Rosz

Jika anda tidak tahu ke mana untuk menjamu selera di hujung minggu bersama keluarga, pastinya Restoran Rasa Rasa pilihan terbaik untuk menjamu selera bersama keluarga tercinta.

Bagi anda yang ingin mencuba menu baru pula, silalah berkunjung ke Restoran Rasa Rosz di AEON Big, Wangsa Maju yang menyajikan lebih 40 jenis menu masakan tradisional dan fusion yang patut dicuba malah harga sungguh berpatutan.

Tawaran 10 paratus ini akan bermula dari tarikh pembukaannya pada 19 Oktober lalu hingga 30 November ini.

“Selain pes, kami juga turut keluarkan perasa ‘Lazzat’ yang berasaskan ‘vegetarian’ serta sambal yang sedia untuk dimakan iaitu, Sambal udang kering, Sambal ikan bilis dan Sambal shitake cendawan,” kata Rozita.

Menu asam pedas tulang yang sungguh lazat
Rugi tak cuba ‘Cucur Udang’ di Restoran Rasa Rosz

Restoran Rasa Rosz di bawah naungan Syarikat Rasa Rosz Sdn. Bhd. ini ditubuhkan sejak tahun 2018 sehingga kini. Bermula dengan pengeluaran produk Ratu Tumis serta kerjasama dengan kedutaan Thailand melalui produk halal iaitu M-SHROOMS yang dibawa khas dari Thailand.

Rasa Rosz juga mengorak langkah mengeluarkan produk masakan yang berkualiti tinggi untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.

‘Spaghetti Prawn Sambal Aglio Olio’ juga perlu anda cuba,sungguh enak

Rozita menambah, lokasi ini dipilih memandangkan ia adalah sebuah mall yang menawarkan barangan pada harga berpatutan dan dikunjungi ramai ahli keluarga dalam satu-satu masa.

“Lokasi ini kami pilih kerana ia berdekatan dengan kawasan perumahan yang diduduki ramai penduduk berbangsa Melayu, ramai keluarga yang berkunjung, tempat yang selesa, parking yang murah dan persekitaran yang menarik. Saya harap restoran kami dapat jadi pemanis untuk orang yang membeli- belah di sini,” katanya mengenai tema dan konsep moden minimalis yang digunakan bagi menghiasi restoran ini.

Manakala Pengarah Urusan AEON BIG (M) Sdn Bhd., Wangsa Maju, Encik Sheikh Farouk Sheikh Mohamed berkata, kerjasama ini bukan saja restoran, malah terdapat produk-produk Rasa Rosz yang turut dijual di AEON Big Haypermarket yang terdapat sebanyak 21 outlet di Semenanjung Malaysia iaitu satu di Ipoh, 14 outlet di Lembah Kelang, 3 di Johor Bahru, 2 di Pulau Pinang dan 1 di Kuantan.

“Kami melihat semua perkara adalah untuk hubungan jangka panjang dan kami melihat restoran ini sesuai juga dibuka di outlet-outlet kami yang lain. Harga yang ditawar juga sesuai dengan profile pelanggan kami. Bagi kami produk Ratu Tumis adalah produk yang bermutu tinggi dan syarikat kami berasal dari Jepun dan kami selalu meletakkan kualiti adalah keutamaan kami. Itu sebabnya sesuatu produk yang ingin memasuki hypermarket kami kena melalui pelbagai tapisan yang ketat,” kata Sheikh Farouk.

Antara menu yang perlu anda cuba di Restoran Rasa Rosz adalah Soto Ayam Terapung, Lontong Goreng, Cucur Udang, Pasta Asam Pedas Fettucini, Nasi Goreng Belacan Daging Tenderloin, Nasi Goreng Tomyam Ketam, Nasi Ayam Ratu Tumis, Ayam Masak Lemak Cili Padi, Asam Pedas Tulang, Fried Bao Bao dan banyak lagi menu yang sedap serta menyelerakan.

Rozita Ramelan dan Sheikh Farouk mengalu-alukan kedatangan anda ke Restoran Rasa Rosz di AEON Big,Wangsa Maju

Majlis perasmian Restoran Rasa Rosz baru-baru ini,telah disempurnkan oleh pemilik,Datuk Sri Rozita Ramelan bersama suami, Datuk Mohd Omar Mustapha dan Pengarah Urusan AEON BIG (M) Sdn Bhd., Wangsa Maju, Encik Sheikh Farouk Sheikh Mohamed.

Bagi mereka yang berkunjung ke AEON Big, Wangsa Maju jangan lepaskan peluang menjamu selera di Restoran Ras Rosz bersama keluarga.

Previous articleSuami selamatkan Neng Yatimah daripada kerakusan tentera Jepun!
Next articleKhasiat Buah Bidara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here